CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Si Hantu Colombia

20-10-2014 04:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7960| Komen: 30

Description: "Soalan Pertama Mereka Tanya Ialah 'Tidak Sakitkah' Atau 'Siapa Yang Melakukan Ini Terhadap Kamu,'" Katanya.
Si Hantu Colombia

Mexico: Dengan wajahnya yang menakutkan, lelaki ini tidak mungkin diterima bekerja.

Malah, mungkin dia akan diusir sebaik memasuki bilik temuduga.

Inilah Si Hantu dari Colombia yang bangga dengan tatu hitam pada bola matanya, beberapa implan tanduk dan begitu banyak tindik.

Dengan wajahnya itu, Caim Mortis sudah pasti menjadi lelaki yang tidak perlu berpakaian khas bagi menghadiri majlis seperti Halloween.

Lelaki berusia 42 tahun ini menghabiskan 11 tahun daripada hidupnya untuk 'mengubah suai' tubuhnya, termasuk mentatu seluruh bola matanya menjadi hitam, membuat implan tanduk pada dahi dan lengan.

Tidak cukup dengan itu, dia menindik tanduk itu.

Akibat daripada tindakannya itu, keluarga Caim yang taat kepada ajaran Katolik, enggan menerimanya menyebabkan dia berpindah dari Colombia ke Mexico, tempat dia boleh diterima masyarakat.

"Apabila orang melihat saya kali pertama, reaksi mereka ialah terkejut atau hairan.

"Soalan pertama mereka tanya ialah 'tidak sakitkah' atau 'siapa yang melakukan ini terhadap kamu,'" katanya.

Menurutnya antara perkara yang mendorongnya melakukan pengubahsuaian pada tubuhnya ialah keinginan untuk menjadi unik dan berbeza berbanding orang lain.

Seperti Caim, ramai lagi yang ingin kelihatan pelik dan dia membantu mereka dalam tugasnya selaku artis tatu.

Minggu ini, Caim berkata, dia akan melancarkan karier baru musim Halloween akan datang, bersama-sama dengan rakannya, Gisella, yang akan memegang watak 'malaikatnya.'- Agensi



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 19-10-2014 10:58 AM
arggghhhhh ngeriiii
Quote capiloton 19-10-2014 01:36 PM
buruknya muka kau..
Quote ajuDK 19-10-2014 04:05 PM
Weirdo
Quote nourahfey 19-10-2014 04:26 PM
Boleh mimpi ngeri lau tatap lama2 neh!!
Quote mattzzx 19-10-2014 05:22 PM
nourahfey posted on 19-10-2014 04:26 PM
Boleh mimpi ngeri lau tatap lama2 neh!!

TEngok kejap dah lah....budak2 tak boleh tengok..

Quote matahari7001 19-10-2014 06:00 PM
owww men dok scroll scroll tetibe jek gambanyer itu...
nasib baik tak tumpah air aku nih!!
Quote ice98 19-10-2014 06:39 PM
mmg buruk...
Quote nourahfey 19-10-2014 06:41 PM
mattzzx posted on 19-10-2014 05:22 PM
TEngok kejap dah lah....budak2 tak boleh tengok..

kalu mcm tu awak pun sama la!!
Quote mattzzx 19-10-2014 07:17 PM
Memang lah sy tak tengok...
Quote AcikLijah 19-10-2014 10:07 PM
x terhadam dek akal ku... syok sgt kah buat muka iras2 syaiton??
Quote makton 20-10-2014 07:53 AM
buat tebiat...
Quote mattzzx 20-10-2014 08:30 AM
Nak glamer dan nak cari nama...
Quote raihaneem 20-10-2014 08:54 AM
ada gambar asal dia tak?...
dahsyat sgt tu....mmg mengerikan
Quote mrsav 20-10-2014 09:39 AM
buruk gile..
Quote anees~nuhara 20-10-2014 11:41 AM
xde ketenangan langsung di wajah itu...mmpi ngeri
Quote lylea 20-10-2014 11:43 AM
mak aihhh... apa yg cantik sangat muka mcm tu... jelik sehhh
Quote Artemesiaa 20-10-2014 12:03 PM
Amat mengerikan nak2 kalau terserempak waktu malam.
Quote kejoraria 20-10-2014 12:21 PM
Tuhan cipta rupa sempurna nk jugak jd rupa ala2 setan.....emmm....manusia tak bertamadun mmg mcm tu ler
Quote Mamason 20-10-2014 12:24 PM
alahai.... mmg suka wajah buruk ehhh..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top