CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aduan Culik Sebagai Helah

20-10-2014 05:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7016| Komen: 39

Description: Pelajar Semester Lima Jurusan Fesyen Politeknik Johor Ini Mendakwa Dirinya Diculik Ketika Keluar Rumah Di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia Dibawa Ke Ipd Dungun Untuk Diambil Keterangan Ba ...

Gambar hiasan




DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti dilaporkan oleh pelajar berkenaan semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.

Hasil siasatan awal polis mendapati, ia satu helah dibuat pelajar itu untuk mengelakkan dia dikenakan tindakan susulan kegagalannya menghantar satu tugasan.

Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, dia dipercayai memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia diculik.

Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan  menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit mendakwa dirinya diculik.

Ekoran itu, ibunya yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, dikatakan telah menyuruh pelajar itu pergi membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.

Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.

Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.

Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.

Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, dia dilaporkan hanya membuat cerita rekaan berkaitan kesnya diculik.

Pelajar Semester Lima Jurusan Fesyen Politeknik Johor Ini Mendakwa Dirinya Diculik Ketika Keluar Rumah Di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia Dibawa Ke Ipd Dungun Untuk Diambil Keterangan Bagi Tujuan Siasatan Lanjut.

3

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 19-10-2014 11:51 AM
Kesian orang kelantan kena fitnah
Quote Akulah7E. 19-10-2014 11:53 AM
menyusahkan semua orang termasuk menyusahkan polis....bodoh punya betina
Quote myvios 19-10-2014 11:59 AM
kan dah thread pasal ni...
Quote krimkelapa 19-10-2014 12:06 PM


da jadi siwsi pong, 'berlakun' lagi. heeiiiiiii.

Quote nurul_akmar 19-10-2014 12:30 PM
teruk sgt ke tugasan tu???
Quote xpdckelate 19-10-2014 12:34 PM
budak2 ni pikir apela dalam pale otak dia
Quote mikasa 19-10-2014 12:52 PM
Harap lepas ni mana2 majikan berhati2 ambik student couse itu..kalau masa belaja pun otak dah panjang...dah keje nanti lagi laa panjang
Quote selipar_hijau 19-10-2014 12:59 PM
cih baru masuk poli dh malas buat assgnmnt
Quote sekel 19-10-2014 01:19 PM
DH KO TU PELAJAR & BELAJAR......................TUGASAN TU SIAP KAN LH

LEPAS DH HABIS BELAJAR NNT, X DPT KERJA SALAHKAN KERAJAAN

PADAHAL TIME INTERVIEW MMG BAGI JAWAPAN 'BODOH'
Quote ultra78 19-10-2014 01:30 PM
Haram jadah. Tugasan tu mungkin lagi mudah daripada pikir mengarang drama perculikan ni
Quote cupu 19-10-2014 01:37 PM
mana la dia dpt ilham ni..ssh betul aku nk pikir..
aku kat uni dulu,klu xleh bwk paper,plg koman gi klinik gomen amik mc ckp cirit jer...:Q

dpt drop paper.:lol
Quote jengkoil 19-10-2014 01:40 PM
cupu posted on 19-10-2014 01:37 PM
mana la dia dpt ilham ni..ssh betul aku nk pikir..
aku kat uni dulu,klu xleh bwk paper,plg koman gi ...

Mungkin selepas tgk cite BUDAK KELANTAN

*****Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.******
Quote jengkoil 19-10-2014 01:42 PM
ultra78 posted on 19-10-2014 01:30 PM
Haram jadah. Tugasan tu mungkin lagi mudah daripada pikir mengarang drama perculikan ni

Silap pilih course...patut amik kursus drama dan penulisan...
Quote cupu 19-10-2014 02:01 PM
jengkoil posted on 19-10-2014 01:40 PM
Mungkin selepas tgk cite BUDAK KELANTAN

*****Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kon ...

ala..budak ni budak johor..saja ckp kelantan nk burukkan kelantan la ni..mest set jdt ni.hihi
Quote jengkoil 19-10-2014 02:43 PM
cupu posted on 19-10-2014 02:01 PM
ala..budak ni budak johor..saja ckp kelantan nk burukkan kelantan la ni..mest set jdt ni.hihi

Set kita key berehi jual tino...ahahahaa..
Quote chinta89 19-10-2014 03:50 PM
aku dah agak budak ni buat2 citer...
Quote Cakkkk....aaaa 19-10-2014 04:00 PM
laaaaaa... tipu rupanya...

maknanya.. malaysia ni masih selamat la ya..
Quote kucingTomey 19-10-2014 04:09 PM
aku saspek budak ni cik es
Quote jengkoil 19-10-2014 04:22 PM
kucingTomey posted on 19-10-2014 04:09 PM
aku saspek budak ni cik es

Bam tucing pong layan cite cik es? SR gitteww. ..ahahaha

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 1.165893 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top