CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Upsr Bocor Ananda Krishnan Saman Kerajaan

21-10-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14526| Komen: 104

Description: Katanya Defendan Juga Gagal Menyelia Petugas Dan Ejen Mereka - Wakil Sah - Dalam Memastikan Tidak Berlaku Kebocoran Kertas Soalan Mulai Proses Awal Penyediaan Soalan, Hinggalah Proses Pengedaran Kerta ...
UPSR Bocor
        



KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.
           
K Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Oktober melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.
           
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 November.

Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata, defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.
           
Katanya defendan juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.
           
Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.
           
Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu.  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 20-10-2014 05:27 PM
semoga menang..kasi ajar gomen kaw kaw
Quote cintalara 20-10-2014 05:30 PM
ramai budak2 berkeperluan khas tertekan bila kena ambil periksa semula. dorg bersusah payah menjawab alih2 bocor. budak2 keperluan khas ni ada mcm2 ragam, tantrum, swing mood, dll. bukan budak aje tertekan, parent pun stress sama bila anak2 meragam takmau masuk periksa semula.
Quote robertocarbos 20-10-2014 05:36 PM
macam bodoh jek budak ni,
macam ko punye upsr tu masalah negara yang akan menyebabkan dinuclear oleh israel,
ni la akibat pencacai pkr
Quote dita85 20-10-2014 05:37 PM
Patutnye kes2 bunuh n rompak kat luar tu, saman juga mak bapak dorang sebab gagal mengajar anak2 dorang jadi seorang manusia..
Quote dita85 20-10-2014 05:46 PM
robertocarbos posted on 20-10-2014 05:36 PM
macam bodoh jek budak ni,
macam ko punye upsr tu masalah negara yang akan menyebabkan dinuclear ole ...

kann...bosan stok2 bodoh nak mencari salah je keje..yang salah dah ditangkap pn die buat tutup mate..nak JUGAKK salahkan kerajaan..cacai sungguh..

sok2 kalau PKR jadi kerajaan, bende cam gini jd lagi, mesti nak cakap yang bocorkan paper tu spy UMNO..hahahahah..lawak..sedihh
Quote sarahmirza 20-10-2014 06:01 PM
robertocarbos posted on 20-10-2014 05:36 PM
macam bodoh jek budak ni,
macam ko punye upsr tu masalah negara yang akan menyebabkan dinuclear ole ...

Tuduhan bodoh itu juga perlu ditujukan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab membocorkan kertas soalan UPSR.
Quote geenie 20-10-2014 06:04 PM
sarahmirza posted on 20-10-2014 06:01 PM
Tuduhan bodoh itu juga perlu ditujukan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab membocorkan kertas ...

agree




Quote NaylaArisha 20-10-2014 06:20 PM
robertocarbos posted on 20-10-2014 05:36 PM
macam bodoh jek budak ni,
macam ko punye upsr tu masalah negara yang akan menyebabkan dinuclear ole ...

before nak cakap budak tu bodoh
tolong fahamkan apa makna dyslexia
jgn tau nak hencap org tu pencacai
Quote edee_91 20-10-2014 06:23 PM
ananda krishnan dan saman berpisah teda...
Quote edee_91 20-10-2014 06:24 PM
korang perasan tak ni budak tu nama dia ananda krishnan.
Quote ice_sky92 20-10-2014 06:35 PM
Babi punya sekolah, cikgu2, pegawai2 yang nak jaga prestasi sekolah sangat tu konon sampai bocor paper. Tolong la amanah weh. Kesian budak2 yg tak tahu apa-apa especially budak2 yg sakit macam ni & budak2 luar bandar.
Quote GhostWalking 20-10-2014 06:42 PM
edee_91 posted on 20-10-2014 10:24 AM
korang perasan tak ni budak tu nama dia ananda krishnan.

Aah la weh
Quote Centurion 20-10-2014 06:45 PM
Mesti ada yg igt ananda yestro yg nk saman gomen...
Quote CrowneGlory 20-10-2014 06:47 PM
Semoga ko sekaya toke maxis dik...:lol
Quote mbhcsf 20-10-2014 06:50 PM
Ada locus standii tak ni...
Quote mizzmimi 20-10-2014 06:53 PM
Ku fikirkan tokey maxis.. Kikiki..
Quote penjejak_awan 20-10-2014 06:57 PM
keling ohh keling.....
Quote sriwanis 20-10-2014 07:01 PM
Kali ni aku setuju dgn tindakan adik ni...emosi budak2 jgn dipandang enteng..termasuk parents...
Quote mixed 20-10-2014 07:14 PM
bodoh punya org yg bocorkan upsr

Kesian anak2 yg terbabit!!

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.119360 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top