CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,500 Penduduk Apartment Teratai Dipindah

21-10-2014 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4854| Komen: 11

Description: "Siasatan Awal Mendapati Berlaku Pergerakan Tanah Runtuh Kira-Kira 15 Meter Dari Kawasan Perumahan. Demi Keselamatan Penduduk Kami Mengarahkan Penduduk Apartment Itu Berpindah Sementara Ke Sekolah K ...

1,500 Penduduk Apartment Teratai Dipindah




KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,500 penduduk Apartment Teratai, Taman Bukit Raya dekat Bukit Beruntung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bunga Raya ekoran kejadian tanah runtuh, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi sebelum tiba di lokasi pada jam 11.20 pagi.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergerakan tanah runtuh kira-kira 15 meter dari kawasan perumahan. Demi keselamatan penduduk kami mengarahkan penduduk apartment itu berpindah sementara ke Sekolah Kebangsaan Bunga Raya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penduduk perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari bagi mengetahui keputusan yang dibuat Jabatan Kerja Raya sama ada selamat atau tidak untuk mereka tinggal di situ.

"Kami tidak boleh jangka bila mereka akan dibenarkan balik ke kediaman masing-masing kerana ia memerlukan masa untuk menyiasat dan mengenal pasti akan keselamatan kawasan itu selepas berlakunya tanah runtuh," katanya.

Azhar berkata ketika ini pergerakan tanah masih lagi berlaku dan pemantauan terus dijalankan.

14

Bagus
18

Marah
7

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 21-10-2014 08:55 AM
Ingatkan beruntung duduk kat bkt beruntung....:Q


Quote AHMADVW 21-10-2014 08:57 AM
oh teratai bunga indah

sinar matamu bgaikan suria pagi
Quote makneng 21-10-2014 09:13 AM
mujur cepat..1.5k nyawa..banyak tu
Quote MissMamamia75 21-10-2014 09:15 AM
Scarynya...hopefully semua dpt bersabar..
Quote winterwhite39 21-10-2014 09:55 AM
jazaa posted on 21-10-2014 08:55 AM
Ingatkan beruntung duduk kat bkt beruntung....:Q

untung jugak... untung beli rumah lelong yg murah

tapi skg bila ada macam2, mahal balik hahaha

Quote jazaa 21-10-2014 10:00 AM
winterwhite39 posted on 21-10-2014 09:55 AM
untung jugak... untung beli rumah lelong yg murah

tapi skg bila ada macam2, mahal balik hahaha  ...

Dulu rm7k pun blh dpt apartment...skrg brp ek winter...


Quote revolusi_30 21-10-2014 10:24 AM
Apasal tempat Kuala Lumpur ..letak la Hulu Selangor ...coz Daerah Hulu Selangor ..ingat Apt Teratai kat Setapak tu ...aduyaiii wartawan pun ..
Quote winterwhite39 21-10-2014 10:36 AM
jazaa posted on 21-10-2014 10:00 AM
Dulu rm7k pun blh dpt apartment...skrg brp ek winter...

dulu rm5k pon ada

apartment teratai ni start dr 25k ke atas

ade je murah lagi tapi ntah corok mana

dengan byk rumah tinggalnye.. rosak... scary kot
Quote jazaa 21-10-2014 10:48 AM
winterwhite39 posted on 21-10-2014 10:36 AM
dulu rm5k pon ada

apartment teratai ni start dr 25k ke atas


Tak pe lah...kita beli...janji rumah tu nama kita...nanti bila dah ramai dok situ kita repair lah & sewakan...betul takkk...


Beli apmt yg ramai org mahal giler


Last edited by jazaa on 21-10-2014 10:51 AM

Quote kejoraria 21-10-2014 10:50 AM
bukit beruntung yg tak berapa nk untung
Quote gekkou 21-10-2014 10:52 AM
dengar berita kat radio pagi tadi katanya ini bukan kali pertama tanah runtuh kat cni
kesian..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049895 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top