CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petaka Kencing Atas Tilam

21-10-2014 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5610| Komen: 11

Description: Jurucakap Polis Berkata, Tang Dipercayai Hilang Sabar Kelmarin Kerana Kao Sekali Lagi Kencing Di Atas Tilam Walaupun Sebelum Itu Disuruh Ke Tandas.“Kao Enggan Ke Tandas Kerana Mendakwa Dia Tidak Bera ...
Petaka Kencing Atas Tilam

Gambar hiasan


Kunming, China Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.

Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.

Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.

“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.

Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata. Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.

Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.

Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.

Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati. Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.

Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah. Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu.  -

4

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 21-10-2014 08:38 AM
1001 kegilaan...
Quote jazaa 21-10-2014 08:48 AM
Tak pe lah....bior lah dia mati dari hidup siksa brpanjangan dg bapak yg ncm tu...

RIP BOY......


Quote makneng 21-10-2014 08:49 AM
betul2 malapetaka ni
Quote mbhcsf 21-10-2014 08:53 AM
ya allah

kesian kan

ayah dia pemabuk  teruk ni ...hilang pertimbangan
underlying depression

siannn...
Quote enchikfitz 21-10-2014 09:36 AM
Cina PRC dan kepelikan tahap pprt berpisah tiada. Kesian budak tu dpt bapak gila
Quote kejoraria 21-10-2014 09:37 AM
org lelaki ni pegang tgjwb sikit dah stress sampai bunuh2 anak....
Quote amyainsamad 21-10-2014 09:49 AM
tension sgt .........
Quote Eliadaisy83 21-10-2014 09:52 AM
Hanya terdapat di china mainland..macam2 ada
Quote kenarikelabu 21-10-2014 09:54 AM
Aduiiyaiii.....gila tul
Quote winterwhite39 21-10-2014 10:00 AM
bunuh satu hal, yang nak potong anunye ngape..

memang gile
Quote spiderman80 21-10-2014 10:00 AM
China Darul Pelik

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.509769 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top