CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Penyamun Di Cekup

21-10-2014 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13808| Komen: 81

Description: “Suspek Terus Melarikan Diri Ke Dalam Kebun Sawit Tidak Jauh Dari Situ Apabila Menyedari Perbuatannya Diketahui Penduduk Kampung. Beberapa Minit Kemudian, Suspek Ditangkap Sedang Bersembunyi Di Dalam ...
Gadis Penyamun Di Cekup

Batu Pahat: Seorang gadis tidak sempat menikmati hasil jenayahnya apabila dia dikepung dan ditangkap penduduk kira-kira 10 minit selepas menyamun seorang wanita warga emas di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja, Jumaat lalu.

Terdahulu, suspek yang berusia 20 tahun itu datang ke rumah ibu tunggal berusia 66 tahun terbabit pada jam 1.15 petang dengan mendakwa kononnya mahu mengambil kuih yang ditempahnya beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang berseorangan di rumah terus mempelawa suspek masuk sebelum dia menyiapkan bungkusan kuih seperti diminta gadis terbabit.

Katanya, dalam masa sama, mangsa turut ke dapur untuk menyediakan minuman kepada suspek dan kesempatan itu diambil oleh gadis terbabit untuk bertindak menyamunnya.

“Suspek mengekori mangsa ke dapur dan mencapai sebilah pisau pemotong sayur sebelum menghampiri dan mengacunya ke perut mangsa sambil mengarahkan tidak membuat bising.

“Suspek kemudiannya meminta mangsa menyerahkan semua wang tunai dan barang kemas miliknya selain mengugut akan mencederakannya sekiranya cuba melawan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Din berkata, suspek yang berjaya mengambil beberapa barang kemas serta sejumlah wang tunai milik mangsa kemudiannya melarikan diri dengan berjalan ke arah Jalan Kluang.

Beliau berkata, antara barang kemas diambil gadis terbabit ialah dua utas jam tangan, gelang tangan jenis zulian, gelang tangan manik, 11 kerongsang serta wang tunai sebanyak RM312.

“Sejurus suspek keluar dari rumah, mangsa menjerit meminta pertolongan jirannya untuk menangkapnya yang pada ketika itu masih berada di kawasan berdekatan.

“Suspek terus melarikan diri ke dalam kebun sawit tidak jauh dari situ apabila menyedari perbuatannya diketahui penduduk kampung. Beberapa minit kemudian, suspek ditangkap sedang bersembunyi di dalam semak selepas dikepung orang ramai,” katanya.


Penduduk turut merampas semula barangan kemas mangsa yang dilarikan itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.


Din berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.


“Kita yakin gadis berkenaan bertindak sendirian, tetapi siasatan menyeluruh sedang dilakukan,” katanya memberitahu suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

DIN menunjukkan barangan kemas yang ditemui semula selepas suspek ditangkap.  

25

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 21-10-2014 08:04 AM
Lawya punya penyamun. Gelang zhulian pun nk kebas ka?
Quote gaara_X 21-10-2014 08:13 AM
hihhkhikhk,....kalau zhulian pun kebas....mmg tak de standart laa menyamun...
Quote GhostWalking 21-10-2014 08:14 AM
Menyesal tak sudah ingatkan barang kemas betul
Quote kenarihitam 21-10-2014 08:18 AM
Haahaha..sekali tkebas brg kemas zhulian...
Quote fifie_olin 21-10-2014 08:19 AM
minah ni br pestime nk merampok gamaknya....smpi nyorok pon org leh jmpa....
Quote makneng 21-10-2014 08:21 AM
sikit benor hasil rompakan..tak berbaloi..ada zhulian plak tu..fail la ko dik..fail
Quote iman_aly 21-10-2014 08:46 AM
kihkihkihkihkih... lawak
Quote Tok_Batin 21-10-2014 08:50 AM
Sia-sia sahaja masuk jel 14 tahun demi barang kemas zhulian dik
Quote dubuk 21-10-2014 08:57 AM
hahahahahahahaha
Quote miss_qasehs 21-10-2014 09:05 AM
zulian aje pon...bkn emas
Quote SiMontel 21-10-2014 09:08 AM
lahai ..tak pasal je kena tangkap..menyamun zhulian....
set makcik makcik selalunya pakai barang kemas byk2 kat rumah ni dah kenapa...kan tak pasal je kena samun...
lagi byk pakai zhulian mmg lah jadi target..
Quote Dia_Yuni 21-10-2014 09:11 AM
baca tajuk lepas tu tengok gambar, lawak wey
Quote boyagombak 21-10-2014 09:12 AM
Abam polis kt belakang tu supo Zul Ariffin
Quote MissMamamia75 21-10-2014 09:16 AM
berani nya gadis2 zaman ni...ish2...
Quote lasagnaklcc 21-10-2014 09:19 AM
Gelang tgn manik

Polis hensem kat blakang tu penyeri ;p
Quote MengkuduMasam 21-10-2014 09:21 AM
arwah nenek aku kat kg hampir kena mcm nih... arwah ade masalah penglihatan/catarac yg agak teruk...

ade mamat dtg kata.... "nenek bukak pintu.. sy ni cucu nenek... nak pinjam duit 300 kete rosak kat pekan air itam"
Quote liyamariska 21-10-2014 09:23 AM
nk tgk rupa pompuan yg mencuri tu camne...
Quote JulietTheOrange 21-10-2014 09:26 AM
kerongsang pun nk curik kihkihkih nie low class pny perompak nie
Quote beautifulliar 21-10-2014 09:31 AM
Hensem pulok abam polis kt belakang tuh

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.366250 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top