CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fahrin Ahmad Putus Asa Dalam Bercinta

21-10-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19670| Komen: 134

Description: Pengacara Dan Pelakon Kacak, Fahrin Ahmad Mengakui Bahawa Dia Seakan-Akan Berputus Asa Apabila Bercakap Mengenai Soal Cinta.
Fahrin Ahmad Putus Asa Dalam Bercinta


Pengacara dan pelakon kacak, Fahrin Ahmad mengakui bahawa dia seakan-akan berputus asa apabila bercakap mengenai soal cinta. Dalam usianya yang menginjak 35 tahun, jejaka yang kini membintangi drama rantaian popular berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna lebih bersikap terbuka dan katanya ingin terus mengahwini gadis pilihannya sekiranya dipertemukan jodoh.

“Mungkin saya sudah berputus asa dalam cinta. Dalam usia 35 tahun ini saya mencari kematangan dalam menilai pasangan itu sendiri. Mungkin saya nampak lebih kepada yang pratikal sebagai seorang ibu dan isteri dan itu juga yang saya nampak. Mungkin selepas ini saya tak boleh nak ambil risiko pergi 'date' dengan dunia media sosial sekarang ini. Alangkan berbahas di Instagram dengan Zara Zya pun orang komen,” katanya sambil ketawa.


Tambahnya lagi, dia mahu terus meminang mana-mana perempuan sekiranya dipertemukan jodoh dan tidak mahu lagi bercinta terlalu lama. Dengan erti kata lain, dia mahu terus berkahwin sahaja.

“Saya jenis kalau suka akan pinang terus. Kalau ada jangan risau saya akan beritahu. Tetapi Insya-Allah bukanlah orang dalam industri. Cukuplah dengan pengalaman saya yang lepas seperti mana orang semua tahu, sedangkan sampai ke hari ini orang masih berseloroh menyebut nama mereka. Tetapi saya tak kisah, kerana saya mendapati impak positif yang saya dapat dengan saya mampu tersenyum, saya tak rasa sedih dan tidak berdendam. Bagi saya itu pengalaman”


Peminat Ajak Kahwin, Beri Nasihat Kekal Lama Dalam Industri

Fahrin turut berkongsi cerita apabila ada orang yang ingin menjadikannya sebagai menantu kesan daripada drama yang dilakonkannya dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

“Ramai orang yang nak kahwin dengan saya, maksudnya 'Lukman' karakter yang saya lakonkan drama itu. Sekarang ini kita ada media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram. Benda-benda macam ini jangan terbawa-bawa, ini akan memudaratkan diri sendiri. Alhamdulillah saya menghadapinya dalam usia dan pengalaman yang ada,” katanya lagi.

Di usia yang matang ini juga Fahrin turut memberitahu sekiranya ingin mengekalkan momentum yang ada dalam industri ini, seseorang artis itu perlulah ikhlas dalam bekerja dan jangan terleka apabila berada di atas kerana dunia seni ada kitarannya.

“Strateginya perlu ikhlas jujur dalam bekerja dan jangan terpedaya atau ‘culture shock’ untuk kita terus kekal selama yang mungkin dalam industri. Selain itu jangan juga menyalahgunakan populariti yang ada,” tambah pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 ini.
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 21-10-2014 11:18 AM
koser sangat ngan mamat terlajak neh
ntah apa lagi nak diburu

haha
Quote puteri_impian 21-10-2014 11:19 AM
bang pariinnn
Quote Hessa 21-10-2014 11:20 AM
citer kahwin lg?...
Quote mylmor 21-10-2014 11:22 AM
abang pahrin...pinang lah daku....
Quote fredbok87 21-10-2014 11:23 AM
35 tahun still gojes meletop.... aku rasa fahrin ni mengikut jejak langkah anuar jeng
Quote JDT 21-10-2014 11:25 AM
X abis2 ngan citer nak kawen..
Quote amyainsamad 21-10-2014 11:27 AM
muda lg..baru 35
Quote pauliza 21-10-2014 11:28 AM
Nak naikkan rating minggu2 akhir cerita sendu ke abang pahrin??haha..lupa kan je lah.iols tgh menghitung hari bila la drama tu nak habis.cliche & terlalu biasa.baik fahrin atau sara ali & pelakon tempelan xde x factor .sorry.
Quote drlinda08 21-10-2014 11:42 AM
xde citer lain ke kalu nama dia kuar..
mesti citer pasal kawin, jodoh, percintaan..
Quote MsCinderella 21-10-2014 11:46 AM
sama la kita pahrin..

dah give up

Quote callance 21-10-2014 11:51 AM
Bang pahrin, aku setia menunggu mu...
Quote star_anisse 21-10-2014 11:52 AM
teruskan usaha ye korang... jgnla give up..
Quote soraya 21-10-2014 11:52 AM
haissshh ada iras salih yaakob pulak ku tengok.....kehkehkehkeh
Quote soraya 21-10-2014 11:54 AM
amyainsamad posted on 21-10-2014 04:27 AM
muda lg..baru 35

ntahnyer.....35 utk lelaki, aku pun rasa mude je....kehkehkehkeh...

asik ler dok pung pang citer pasal nak kawen.....potcit pahrin ko consentrate je dgn karier ko tu....kehkehkeh
Quote samshik 21-10-2014 11:55 AM
perlu ek cter kat satu donia yang chu olls paseghah?? Nak minta awek2 anto resume ker??
Quote WawaRaRa 21-10-2014 11:55 AM
dia ni x der citer pasal benda lain ke??? kaweennnnnn je tak sudah2... bosan dahhh....
Quote AshkieLa 21-10-2014 11:59 AM
lelaki 35 thn ape ade hal... bukan ade expired date mcm pempuan pun. Concentrate je kt career... lelaki makin stabil dan tua makin laku... ntah2 jodoh tu masih lagi kt bangku sekolah. Saper tau...
Quote mijaa 21-10-2014 11:59 AM
sabar la bang pahrin, belum sampai jodoh la tu. jangan la hadap sangat dgn cite2 percintaan ni. dendiam sudah le.
Quote dondangdendang 21-10-2014 12:01 PM
AshkieLa posted on 21-10-2014 11:59 AM
lelaki 35 thn ape ade hal... bukan ade expired date mcm pempuan pun. Concentrate je kt career... lel ...

ntah2 jodoh dia belum lahir lg kot...hihihiihih

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058707 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top