CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pemimpin Ngo Terlibat Dadah

21-10-2014 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7219| Komen: 9

Description: Dalam Serbuan Itu, Suspek Disyaki Memiliki Dadah Selepas Penemuan Lapan Paket Dipercayai Syabu Dalam Poket Seluarnya Dengan Nilai Anggaran Rm1,600, Dan Disiasat Mengikut Seksyen 12(2) Serta Ditahan Re ...
Anak Pemimpin Ngo Terlibat Dadah


Guru sekolah rendah ini (dua, kiri) ditahan kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, petang kelmarin.

DUNGUN – Seorang guru sekolah rendah ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat, dekat sini, petang kelmarin.

Rahsia penglibatan kakitangan awam itu terbongkar selepas risikan polis mengesan sebuah rumah yang dijadikan tempat melepaskan gian kerana sering dikunjungi individu mencurigakan, disyaki penagih.

Guru terbabit dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan tidak bermoral itu sebelum segalanya terbongkar dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Sub Inspektor Ismail Omar, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Sebaik menyedari kehadiran polis, sekumpulan penagih termasuk guru terbabit yang berada di dalam rumah berkenaan, dikatakan enggan membuka pintu menyebabkan polis terpaksa mengumpil dan memecahkan pintu utama untuk melakukan pemeriksaan.

Sebuah bilik rumah teres difahamkan milik bapa guru terbabit yang juga pemimpin NGO itu dipercayai dijadikan tempat melepaskan gian berikutan penemuan beberapa peralatan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, guru terbabit yang difahamkan anak seorang tokoh politik dikenali di Dungun, menafikan dia terlibat penyalahgunaan dadah sehinggalah ujian saringan air kencing mendapati dia positif syabu.

Guru lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan masih bujang itu juga dipercayai sudah lama terlibat penyalahgunaan dadah tanpa pengetahuan bapanya.

Selain guru terbabit, tiga lagi rakannya turut diberkas selepas didapati positif dadah, termasuk seorang pengedar berusia 34 tahun yang menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu.

Keadaan bilik ini tidak ubah seperti sarang tikus yang dipenuhi dengan kotak rokok dan botol plastik.

Guru sekolah rendah yang juga anak seorang tokoh politik ini (kiri) mengakui sudah lama terlibat penyalahgunaan dadah, namun tidak diketahui sehingga dia ditangkap polis, petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, suspek disyaki memiliki dadah selepas penemuan lapan paket dipercayai syabu dalam poket seluarnya dengan nilai anggaran RM1,600, dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) serta ditahan reman sehingga 23 Oktober ini.

Sementara itu, guru terbabit bersama dua lagi rakannya yang difahamkan bekerja sebagai pemandu lori dan pekerja badan berkanun pula, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dilepaskan dengan jaminan polis sehingga laporan kimia diterima untuk mengesahkan status urin.



Polis melakukan pemeriksaan selepas memecah masuk rumah disyaki menjadi port dadah dalam kalangan penagih yang ditahan dalam serbuan di Gong Pasir, petang kelmarin.

21

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 21-10-2014 02:06 PM
mesti ramai yang tanya anak sapa ni
Quote fredza 21-10-2014 02:19 PM
anak bapak dia..
Quote makneng 21-10-2014 02:36 PM
kasihang..kasihang..kasihang..

bilik tu dah mcm dumpster


ni mmg anak bapak...tapi sape nama bapaknye???
Quote -electrifying- 21-10-2014 02:39 PM
anak sapa la ni yerkkk ~
Quote kerunai 21-10-2014 02:56 PM
ganung boh ...mende gok dop isap dadoh dop isap gang, mane ganah boh
Quote jazaa 21-10-2014 03:56 PM
Ala...takkn di buangnya...tu pun ntah dah brp bln tak gi ngajor...gurubesor buat tak nmpak je....


Quote gaara_X 21-10-2014 03:59 PM
tak kisah laa..anak siapa...kalau dah salah tetap salah....
Quote Modngengade 21-10-2014 04:28 PM
kerunai posted on 21-10-2014 02:56 PM
ganung boh ...mende gok dop isap dadoh dop isap gang, mane ganah boh

isap batu?  masuk dlm list dok boh?

Quote raxief 21-10-2014 08:02 PM
cikgu stimm ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.075187 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top