CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Maharaja Lawak Mega kembali 14 November ini

24-10-2014 04:54 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 161945| Komen: 2506

Description: Sebanyak 10 barisan pelawak sudah berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di MLM 2014 iaitu Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYJ.



Kuala Lumpur: Program lawak terulung Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 kembali menemui penonton dengan barisan peserta dan gandingan terbaru bermula 14 November ini.

Program yang bersiaran setiap Jumaat, jam 10 malam ditayangkan menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134) serta Astro on-the-go (Warna).



Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, mereka sentiasa berusaha menyusun strategi terbaik bagi memastikan program ini menepati citarasa penonton.

"Kami bawakan musim terbaru ini dengan mengekalkan sebahagian besar format sedia ada di samping memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan barisan peserta.

"Musim ini bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit dalam kalangan pemain komedi profesional terbaik yang masing-masing mempunyai portfolio seni mengagumkan dalam bidang ini," katanya.

Sebanyak 10 barisan pelawak sudah berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di MLM 2014 iaitu Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYJ.

Kejutan berlaku apabila Rahim tidak lagi meneruskan cabaran bersama Jep dan Shuib dalam Sepahtu sebaliknya memilih untuk bersama Along dan Joey dalam kumpulan Jalor.

Tempatnya digantikan oleh Ilya yang juga pelopor kumpulan Senario manakala Zizan Razak membawa cabaran bersama Tauke dan Yus dari kumpulan Jambu yang kini dikenali sebagai Virus.


Sementara itu 16 lagi kumpulan perlu bersaing di pusingan Kerusi Panas MLM pada 31 Oktober dan 7 November ini untuk melayakkan diri dalam MLM 2014.

Hanya empat kumpulan akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan jumlah 14
peserta MLM 2014.

Turut berada dalam senarai ini ialah peserta musim lalu iaitu Wala yang dianggotai oleh Wan dan Lopz serta Zero yang dianggotai Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli.

Juara MLM 2014 akan menerima hadiah wang tunai RM500,000.

Sistem pemarkahan dikekalkan iaitu 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Datuk AC Mizal juga turut kekal sebagai pengacara untuk musim ini.



4

Bagus

Marah

Terkejut
6

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 21-10-2014 07:19 PM
check in.....
Quote pink_prada88 21-10-2014 07:33 PM
so sepahtu ada???? join ngan pak ya..... teringat kepok bonda wakakakak
Quote doubleeleven 21-10-2014 07:33 PM
johan xde ker???
Quote cemolot 21-10-2014 07:35 PM
kosser zizan lawak dah sendu jadi virus group orang
Quote kuceeng 21-10-2014 07:40 PM
tamatkan jela program ni...x pon buat 4 thn skali....
Quote slyfynx 21-10-2014 07:43 PM
Strategi beb
Nak duit undi,
And nak suh org pakai mustika pack
Quote Suchi 21-10-2014 08:18 PM
hurmmmmm....


ada lg eh
Quote makneng 21-10-2014 08:21 PM
Awat dah x ada jozan?
Quote hayrin86 21-10-2014 08:22 PM
kuceeng posted on 21-10-2014 07:40 PM
tamatkan jela program ni...x pon buat 4 thn skali....

Betul! Jimat sikit bil bulanan Astro, takyah langgan sebarang pakej pun tak apa..
Quote budak_gemuk91 21-10-2014 08:26 PM
jozan da xde???
Quote izat123 21-10-2014 08:28 PM
Tah tah Johan pun dah malas kot nak berganding dengan zizan yang tak kelakar. Tapi Sepahtu ada Ilya. Macam unik je. Ilya berlakon dengan diorang jadi bapak diorang kan dalam a few sepahtu telemovie. Nabil berani masuk solo lagi?
Quote buDak_gaTaL 21-10-2014 09:27 PM


mintak2 Bocey menang kali ni....kecewa Johan tak masuk plak



Quote nasi_goreng 21-10-2014 10:08 PM
lepas super spontan, maharaja lawak mega pulak. keje aku tengok je. memang tak laa nak undi. buat habis duit jahhhh
Quote aijinmisaki 21-10-2014 10:29 PM
ada lagi program sampah ini
Quote cemolot 21-10-2014 10:34 PM
SYJ dan Bocey pilihan meols untuk tahun ni.. go jihan muse!
Quote edoraixora 21-10-2014 11:10 PM
Sayot dgn Kepoh tu sape pulak ahlinye???

X sabo nk tgok Bocey ngan Comey
Quote hyie 21-10-2014 11:26 PM
syukurrr iols x payah langgan warna sebab astro bagi free 3 bulan sampai bulan 2 Btw masterchef bila ek?
Quote toxicated 21-10-2014 11:32 PM
Kesiannye jambu sbb zizan join dorg...eee...
Quote azwana_alia 22-10-2014 12:20 AM
kuceeng posted on 21-10-2014 07:40 PM
tamatkan jela program ni...x pon buat 4 thn skali....

motippppp?

Lihat semua komen(2506)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.088598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top