CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

6 Nama Bayi Yang Perlu Dielakkan, No 4 Adalah Yang Selalu Diberi

27-10-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21667| Komen: 115

Description: Cuma Apa Yang Ustaz Sharhan Mahu Sampaikan Ialah Dia Selalu Jumpa Kes-Kes Pesakit Yang Datang Untuk Buat Rawatan, Pesakit Itu Namanya Sama Seperti Nama-Nama Anak Jin Di Atas.
6 Nama Bayi Yang Perlu Dielakkan, No 4 Adalah Yang Selalu Diberi

TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.

Terbakor: Menurut komen komen yang kami baca mengenai artikel ini, ramai yang berkata terdapat khilaf dengan pendapat ustaz ini. Pada pandangan kami, ianya terpulang pada anda. Tapi selagi boleh elak, elakkanlah memberi nama yang seperti ini. Bukanlah haram, tapi bukankah elok kita mencegah dan sebaliknya memberi nama lain yang maksudnya lebih baik atau sama dengan nama nama di bawah?




Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alfida 25-10-2014 02:12 PM
sampahhh....ustaz ni yg kecoh caj mahal dan menipu pesakit...mastika ada dedahkan
Quote obelisk 25-10-2014 02:14 PM
Fwd:

MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?
Kerana:

Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh
Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).
Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.

Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.
Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.

Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan.
Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital.

Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.
Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.

Renung2kanlah..
Quote chaintea 25-10-2014 02:16 PM
ngarut la

elok je kwn i nama balqis n batrisya
najwa pon ada


alhamdulillah
Quote caprut 25-10-2014 02:19 PM
najwa latif . najwa anak tpm elok je idop. btol la org ckp islam ni xley pkir logik. ade abb la tu
Quote obelisk 25-10-2014 02:21 PM
zakuan pemain bola tu pun elok je, tak ada pulak kerasukan masa beraksi dipadang bola
Quote saladin780 25-10-2014 02:23 PM
Guna je lah nama2 asli melayu..melati ke..cempaka..mawar melur sarimah semua tu..senang idop xde nk pikir pasal anak jin ke apa
Quote noor2 25-10-2014 02:24 PM
nama Lantana Camara sedap tak untuk anak peempuan?
Quote EJALTI 25-10-2014 02:24 PM
Ada dalil ke?
Atau dari ayat Al-Quran?
Kalau tak ada, boleh blah la ko ustaz,
Dah la mahal charge mengubat nya......
Quote famri7 25-10-2014 02:34 PM
obelisk posted on 25-10-2014 02:14 PM
Fwd:

MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?

Kan sis.pastu salahkan yahudi nasoro dengan jarum2 halus hendak merosakkan kesyumulan isle(mazhab melayu) nan suchi.....saya senyum sinis saja lehat imam mesjid duk propa psl jarum2 halus nasoro dan illuminati setiap minggu.
Quote zorrro_03 25-10-2014 02:40 PM
Terpulang lah.  Masing2 boleh pilih apa yang terbaik untuk kehidupan.
Quote saladin780 25-10-2014 02:40 PM
noor2 posted on 25-10-2014 02:24 PM
nama Lantana Camara sedap tak untuk anak peempuan?

Amboi..cam nama species burung terancam adja..haha
Quote noor2 25-10-2014 02:51 PM
saladin780 posted on 25-10-2014 02:40 PM
Amboi..cam nama species burung terancam adja..haha

hihi x best ke...

Quote arasham 25-10-2014 02:52 PM
noor2 posted on 25-10-2014 02:24 PM
nama Lantana Camara sedap tak untuk anak peempuan?

lantana   tu   bunga? ok kut..


Quote NURMIMIE 25-10-2014 02:52 PM
uols berani tak bagi nama anak sempena nama nick korang kat sini?
Quote saladin780 25-10-2014 02:52 PM
noor2 posted on 25-10-2014 02:51 PM
hihi x best ke...

Ok jer noor..tp lantana tu apa maksudnya
Quote arasham 25-10-2014 02:53 PM
NURMIMIE posted on 25-10-2014 02:52 PM
uols berani tak bagi nama anak sempena nama nick korang kat sini?

kalau  NURMIMIE okjah..
Quote milo_888 25-10-2014 02:53 PM
Alah... kalau mak bapak datuk nenek pakcik makcik dan jiran tetangga budak tu tak sibuk nak pikir tahyul mahyul ni, letak nama Lucifer pun budak tu blh hidup sihatmcm org lain...
Quote addamnor 25-10-2014 02:54 PM
famri7 posted on 25-10-2014 02:34 PM
Kan sis.pastu salahkan yahudi nasoro dengan jarum2 halus hendak merosakkan kesyumulan isle(mazhab  ...

Sis jarum halus itu tetap ada, fitnah, ketidak adilan dsbginya..cuma umat isele sahaja yang choi akan jati diri.. Sembah allah taala tapi datang bala ujian sikit terus tukar sembah berhala.. Saya tetap percaya hiburan yang terlampau adalah salah satu medium yang cukup sempurna utk jarum2 tu masuk ke jiwa umat isele.. Tinggal yang mana kuat yang mana lemah shj
Quote noor2 25-10-2014 02:58 PM
saladin780 posted on 25-10-2014 02:52 PM
Ok jer noor..tp lantana tu apa maksudnya

bunga taik ayam...

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.153200 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top