CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Isu Anjing: Umno Terasa Pedas Kenyataan Bekas Mufti

27-10-2014 12:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9238| Komen: 41

Description: "Sebagai Umat Islam, Kita Semua Tahu Anjing Itu Boleh Dipegang Dalam Keadaan Kering, Namun Tidak Boleh Dalam Keadaan Lembab. Hukum Tetap Hokum, Mana Boleh Dipermainkan.
Isu Anjing: Umno Terasa Pedas Kenyataan Bekas Mufti


Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii (gambar) berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah ‎secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada ‎entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis: "Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"

Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Semalam, beliau menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," tambahnya.

Razlan hari ini memberi amaran kepada Nga berhenti daripada mempergunakan kenyataan Asri itu untuk memburukkan agama Islam.

"Pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada terus memperlekehkan umat Islam lain," katanya.

Beliau juga berkata, Asri sepatutnya memberi nasihat yang jelas tanpa perlu mengelirukan lagi umat Islam.

"Sebagai tokoh agamawan, Asri sepatutnya memberi penjelasan dengan lebih terbuka, tanpa adanya percanggahan menyebabkan kekeliruan," katanya.

Razlan juga mendakwa kenyataan bekas mufti itu hanya semata-mata ingin meraih perhatian tanpa mempedulikan kepentingan umat Islam.

"Sebagai umat Islam, kita semua tahu anjing itu boleh dipegang dalam keadaan kering, namun tidak boleh dalam keadaan lembab. Hukum tetap hokum, mana boleh dipermainkan.

"Sebab itu saya mempersoalkan kenapa beliau perlu mengkritik dengan perkataan menyakitkan hati? Sebagai ikon agama, bila beliau menyatakan demikian, orang chauvinist mula mengambil kesempatan.

"Dan bagaimana pula kaum lain hendak tertarik dengan Islam kalau ulama kita pun berbeza-beza pandangan?" katanya.

Oleh sebab wujudnya pandangan yang berbeza antara ulama inilah katanya, Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Tahunan tahun lepas meminta Putrajaya mewartakan mazhab Shafie.

"Kita minta kerajaan wartakan mazhab Shafie tahun lepas sebab kita tidak mahu ada kekeliruan," kata Razlan.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 23-10-2014 03:58 AM
ketua Pemuda terasa kena anjing?
Quote famri7 23-10-2014 05:54 AM
Tengok kes bergaduh psl hanjeng pon dah buat ummah kaper tawar hati nk kenal isle.....yanh humno ni bajet maksum penyelamat syiar isle.kalo hidup nk orang puji2 jilat bontot pegi duk dlm hutan sis.
Quote mbhcsf 23-10-2014 06:28 AM
Dr Asri Zainal Abidin ni active ...termasuk dalam senarai list the most influential muslims tak ye?
Al AKITI from Oxford masuk.
Quote batmana 23-10-2014 06:52 AM
Dr. Maza ni bahasa Level tinggi.. Manalah pprt mcm si nga & pemuda umno nk paham apa yg dia ckp.
Quote obelisk 23-10-2014 07:29 AM
mbhcsf posted on 23-10-2014 06:28 AM
Dr Asri Zainal Abidin ni active ...termasuk dalam senarai list the most influential muslims tak ye?
...

asking question when u already know the answer is called sarcasm, and sarcasm is the lowest form of wit...

Quote magnus 23-10-2014 07:39 AM
Asri ni pun..cer org lain umpakan dia pun mcm anjing...marah jugak kot.... Last edited by magnus on 23-10-2014 07:40 AM

Quote Santeira 23-10-2014 07:41 AM
LOL. mmg betul pun. Selayaknyalah.
Quote obelisk 23-10-2014 07:44 AM
magnus posted on 23-10-2014 07:39 AM
Asri ni pun..cer org lain umpakan dia pun mcm anjing...marah jugak kot....

Ulama yang umpama anjing menjelir lidah tu perumpamaan daripada Al-Quran, Dr Asri hanya petik daripada Al-Quran

Quote nurul_akmar 23-10-2014 07:47 AM
nape xleh sentuh anjing dlm keadaan lembab? kalau dah sentuh, samak la..
Quote blackred99 23-10-2014 08:02 AM
siapa kuat mengampu, dia la yg terasa.
Quote Innrukia 23-10-2014 08:12 AM
Dr. MAZA ni populist
Quote AHMADVW 23-10-2014 08:15 AM
aku dr dulu lagi nak tgk maza ni nasihat shahidan kassim kawan baik dia tu
Quote R2D2 23-10-2014 08:19 AM
bagusnya Dr Asri dan Dr Basit, kalau ada isu2 semasa mereka cepat menjawab
berbanding ustaz, mufti lain..byk yg lebih pilih berdiam diri
Quote gaara_X 23-10-2014 08:33 AM
terasa benar deme tue...
Quote magnus 23-10-2014 08:58 AM
obelisk posted on 23-10-2014 07:44 AM
Ulama yang umpama anjing menjelir lidah tu perumpamaan daripada Al-Quran, Dr Asri hanya petik dari ...

Ayat tu tak merujuk kpd ulama saje kan..sesape pun boleh...
Quote kukulangau 23-10-2014 09:03 AM
apa lah asri ni
nak compare perumpamaan dari alquran
alquran tu wahyu Allah SWT
ko tu manusia biasa sama je dgn orang lain
kot different nye pun mungkin cuma pengetahuan bab agama ko tinggi sikit
but that doesnt mean you can gelar orang sesuka hati walaupun ada perumpamaan dari alquran
prfftttt
Quote penari 23-10-2014 09:03 AM
pemuda umno xde isu, tp terasa plk diri tu anjing...hehe
Quote mbhcsf 23-10-2014 09:09 AM
Innrukia posted on 23-10-2014 08:12 AM
Dr. MAZA ni populist

yup, i reckon so.

Quote mbhcsf 23-10-2014 09:10 AM
kukulangau posted on 23-10-2014 09:03 AM
apa lah asri ni
nak compare perumpamaan dari alquran
alquran tu wahyu Allah SWT

bukan apa , i tengok dengan banyak dia menulsi ni may be dia termasuk dalam list influential muslim so i tertanya jugak , nama dia ade ke.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.201060 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top