CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Enggan Ceraikan Nurul Izzah Kerana Masih Sayang

29-10-2014 11:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 46181| Komen: 59

Description: ‘Hakam’ Adalah Sebuah Jawatankuasa Yang Dilantik Oleh Mahkamah Untuk Menasihati Suami Melafazkan Talak Tetapi Sekiranya Suami Masih Enggan Maka ‘Hakam’ Tersebut Akan Melafazkan Talak Bagi Pihak Su ...
Suami enggan ceraikan Nurul Izzah kerana masih sayang



KUALA LUMPUR – Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang.

“Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak,” katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.

Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.

Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya ‘Shiqaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Azmi berkata mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap.

“Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu,” katanya.

Peguam syarie itu berkata pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baharu tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.

Azmi berkata mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan ‘Hakam’.

‘Hakam’ adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka ‘Hakam’ tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami.

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: “Terima kasih kerana menghormati privasi saya”. 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 28-10-2014 07:21 PM
Apa masalah rumah tangga diorang ni..ada sesaper boleh beri pencerahan
Quote munchkin 28-10-2014 07:24 PM
kesian . moga dapat diselamatkan rumahtangga ni.
Quote muo1202 28-10-2014 07:38 PM
Ramai nk tahu kes ni... public figure la kan.. mcm retis gak.. fan club ramai..
Quote dubuk 28-10-2014 08:17 PM
muka dah nak sama dah
Quote dauswq 28-10-2014 08:22 PM
kenapa masih tak mau lepaskan bini yg tak sayang lagi kt kamu?
Quote liyanur 28-10-2014 08:53 PM
nampak bahgia jer knp tetiba nk cerai....
tp muka hgpa mmg nampak nk sama....
Quote tupaiterbang 28-10-2014 09:00 PM
mungkin ada arjuna indon menunggu
Quote asyriqa 28-10-2014 09:10 PM
apala masalah dorang nih... hensem gak laki dia nih... ke izah ada bopren lain yang lagi macho..ganteng...hot...
Quote Suchi 28-10-2014 09:13 PM
izzah skrg mmg pkai tudum stail gituh eh?
nmpk hijabista lah skit skrg ni

rasa dulu pkai bawal
biasa selempang kiri kanan..
Quote cucusaddam 28-10-2014 09:40 PM
dia dah kena liwat ke,tapi malu nak cerita kat hakim
Quote little_sis 28-10-2014 09:46 PM
gamba atas ni, mmg seiras sgt muka dua2..
Quote ladyxez 28-10-2014 09:48 PM
hubby dia nak poligami kot
Quote im_cyclist 29-10-2014 01:44 PM
Jodoh mereka setakat di ctu sj..
Quote tupaiterbang 29-10-2014 01:54 PM
im_cyclist posted on 29-10-2014 01:44 PM
Jodoh mereka setakat di ctu sj..

sume masalah nak salahkan Ilahi..
Quote namirulmukminin 29-10-2014 01:56 PM
Bodoh tul la laki si Izzah ni... Ko simpan pompuan tu pon ko dapat apa? Bukan dia ada masa nak layan ko pon... sibuk ke parti Papa KETUM dia tu je... Baik ko ceraikan aje... Pastu cari awek Thai... baru syookkkkk!!!....
Quote tupaiterbang 29-10-2014 02:01 PM
namirulmukminin posted on 29-10-2014 01:56 PM
Bodoh tul la laki si Izzah ni... Ko simpan pompuan tu pon ko dapat apa? Bukan dia ada masa nak layan ...

ok per..

Quote namirulmukminin 29-10-2014 02:04 PM
tupaiterbang posted on 29-10-2014 02:01 PM
ok per..

Haaaa... ni baru aweks Thai... Made ini thailand....
Quote tupaiterbang 29-10-2014 02:16 PM
namirulmukminin posted on 29-10-2014 02:04 PM
Haaaa... ni baru aweks Thai... Made ini thailand....

for sure dah pak mentua bukan peliwat..
Quote shamsadis 29-10-2014 02:20 PM
tupaiterbang posted on 29-10-2014 02:01 PM
ok per..

kedai mana nih cam sedap je kuih dia

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.074698 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top