CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar MRSM Kena Hukum Gantung

30-10-2014 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16956| Komen: 137

Description: Azmi Berkata, Mara Bagaimanapun Masih Belum Mendapat Sebarang Laporan Rasmi Daripada Doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah Di Klang Di Mana Pelajar Yang Dicederakan Itu Telah Mendapat Rawatan Bagi Men ...
Pelajar MRSM Kena Hukum Gantung


KUALA LUMPUR: Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbabit dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Okt lalu, digantung persekolahan serta merta.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah.

"Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula hari ini.

"MARA berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," kata Azmi.

Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 30-10-2014 07:00 AM
wahh tajuk tak menahannn - igt gantung kat tali gantung
patut pelajar jahat2 ni jangan di gantung skolah
bahkan di hantar plak ke detention biar dia sekolah 7 hari seminggu selama
3 minggu - baru terasa sakitnya - dah kena gantung lagi la best takde buat apa kat luar tu
takde correction
Quote Modngengade 30-10-2014 07:01 AM
encikWawad posted on 30-10-2014 07:00 AM
wahh tajuk tak menahannn - igt gantung kat tali gantung
patut pelajar jahat2 ni jangan di gantung s ...

Belajar dari hakak GhostWalking
Quote encikWawad 30-10-2014 07:05 AM
Modngengade posted on 30-10-2014 07:01 AM
Belajar dari hakak GhostWalking

khenn - kaka ghost lagi lah tak menahan tajuknya
tringat semalam tajuk benang dia john naik tu - aigoo
Quote Modngengade 30-10-2014 07:08 AM
encikWawad posted on 30-10-2014 07:05 AM
khenn - kaka ghost lagi lah tak menahan tajuknya
tringat semalam tajuk benang dia john naik tu -  ...

Hahaha...up john katanya..

Terhibur baca tajuk tered beliyau
Quote sarahmirza 30-10-2014 07:12 AM


"Saman pihak sekolah dan warden asrama kerana gagal mendidik anak-anak ini". Kata seorang bekas pelajar asrama penuh yang kini seorang bapa/ibu  yang sangat percaya bahawa asrama adalah tempat terbaik untuk mendisiplinkan dan memanusiakan manusia.

Hanya mampu senyum.
Quote noor2 30-10-2014 07:29 AM
padan muka...

budak2 tak berapa cerdik ja tak dapat mendisiplinkan diri di tempat ramai...semua nak kena dgn mak pak...kat luar punya jahat perangai...balik rumah menikus pura2 baik..pandai menipu mak pak..
Quote famri7 30-10-2014 07:31 AM
Anak pelesit begini harus bagi berkawan dgn Ketum jah..biar dia rasa sakitnya.
Quote Simunggu 30-10-2014 07:42 AM
ini lah jadinya apabila quality kemasukan MRSM 100% berdasarkan keputusan SPM shj...dah lah tu SPM menipu dgn soalan bocor...meniru... akhirnya quality tahap longkang tak ada nilai sebagai manusia baik..

cerita soal masa depan pelajar ini pula....kalau cari pekerja...perkara No.1 adalah keperibadian..attitude.....No.2 baru check samada org ini pandai/ kompetent dgn kerjanya...No.3 kelulusannya..

dgn attitude baik..senang dibentuk walaupun tak pandai....kalau pandai kerja..kuat melawan..suka tipu..apa lah gunanya kan?? Last edited by Simunggu on 30-10-2014 07:46 AM

Quote Syd 30-10-2014 07:42 AM
encikWawad posted on 30-10-2014 07:05 AM
khenn - kaka ghost lagi lah tak menahan tajuknya
tringat semalam tajuk benang dia john naik tu -  ...

yang ai tak tahan gelak plak, tajuk thread pegawai polis ensem ajak menari waktu serbuan
kikikikiki
Quote noor2 30-10-2014 07:49 AM
PMR dan SPM belum tentu lulus..dah mula tunjuk perangai jahat...org duk asrama..ke sekolah nak belajar...ni awal2 dah tunjuk nak jadi gangster...bakal penjahat masa depan..
Quote star_anisse 30-10-2014 08:05 AM
yg jahat2 nie nnti kena htr pi mrsm serting la nnti nie...
Quote haryatie 30-10-2014 08:12 AM
ni yg buat aku terfikir fikir nak masukkan ank kesekolah berasrama atau tak..
byk hal yg merisaukan jerk..
takut sesuatu yg tak dijangka boleh berlaku..
Nauzubillah..
Quote mrsav 30-10-2014 08:13 AM
student MRSM pn perangai mcm lanun..
Quote xtahumenahu 30-10-2014 08:14 AM
teringat aku video research kat china...kenapa budak2 boleh jd kejam...sbb tiap2 hari dr kecik...mak bapak asek cakap...moron..useless...and so on...
Quote Vellfire 30-10-2014 08:17 AM
huh TT dasatnya tajuk...cepat2 aku masuk nak baca tau

umur mcm ni dah jadi samseng
hoh maleh nak komen
Quote CrowneGlory 30-10-2014 08:17 AM
Gay dan buli perkara biasa di asrama jejans kekdahnya..
Quote ejans 30-10-2014 08:17 AM
Kalo ke tali gantung terus lg bagus. Simpan bdk2 mcm ni tu dah besor nnti dibelasah bini dgn anak2 sampai mati..
Quote kluangman 30-10-2014 08:42 AM
Simunggu posted on 30-10-2014 07:42 AM
ini lah jadinya apabila quality kemasukan MRSM 100% berdasarkan keputusan SPM shj...dah lah tu SPM m ...

MRSM ni bukan masuk ikut UPSR dan PMR?
Apa kaitan dengan SPM bocor?
Quote MissMamamia75 30-10-2014 08:47 AM
Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit


hmmm..mcmana Handphone blh terlepas masuk ke asrama? (maybe MRSM ada kelonggaran ni..aku xsure sgt lah..) tp..kelonggaran mcm ni yg la yg blh timbulkan curi/tuduh/gaduh/pukul/sakit/gantung/buang

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top