CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ramai Belum Terima Bayaran Penuh - Farahdhiya

30-10-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6357| Komen: 18

Description: "Diddy Sendiri Memang Kalau Boleh Mahu Haknya Dilunaskan Tetapi Bayangkan Isu Ini Sudah Berlarutan Lama Tetapi Terus Tergantung. Sebelum Ini Memang Ada Perancangan Untuk Melakukan Sesuatu Untuk Meny ...



KUALA LUMPUR:  Sangkakan isu bayaran yang belum dijelaskan penerbit teater Terima Kasih Cinta, Boudeng Edruce sudah selesai kerana sudah tiada kedengaran lagi suara mereka yang teraniaya.

Teater yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2011 ini pernah mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu apabila ada pelakon yang bersuara untuk menuntut hak mereka.

Namun, apabila BH Online semalam melaporkan mengenai Farahdhiya yang memuat naik status di Facebook meminta RM30,000 dijelaskan Boudeng kerana penantian penyanyi berkenaan bakal genap empat tahun pada Januari depan, ternyata isu bayaran itu masih belum selesai.

Lebih mengharukan apabila dua individu yang pernah terbabit dalam teater berkenaan sudah pergi menghadap Ilahi dan bayaran yang sepatutnya diterima mereka daripada penerbit itu belum dijelaskan. Mereka yang dimaksudkan ialah Allahyarham Latif Ibrahim dan jurusolek bernama Teja.

Nadia Aqilah Bajuri yang turut berlakon dalam teater berkenaan memberitahu memang tiada siapa yang terbabit dengan teater itu sudah menerima bayaran penuh daripada Boudeng.

"Dia (Boudeng) memang tak pernah bagi saya tarikh atau tempoh tertentu bila dia akan jelaskan hutangnya kepada saya. Dia terus lesap begitu saja. Hal ini sudah hampir empat tahun dan hingga ke tahap saya sendiri jadi reda.

"Dia bukan saja hilang tetapi lebih pelik kehidupannya masih seperti biasa, seperti tiada masalah langsung atau seperti dia tidak berhutang kepada kami," katanya.

Sementara itu, Badrul Hashim, pengurus Diddy Hirdy, berkata artisnya itu hanya menerima 40 peratus saja bayaran pendahuluan daripada pihak penerbit. Diddy kini melanjutkan pengajian di United Kingdom.

"Diddy sendiri memang kalau boleh mahu haknya dilunaskan tetapi bayangkan isu ini sudah berlarutan lama tetapi terus tergantung. Sebelum ini memang ada perancangan untuk melakukan sesuatu untuk menyaman pihak berkenaan.

"Tapi jadi rumit pula apabila dia (Boudeng) menggunakan syarikat orang lain untuk segala urusannya. Kalau saman nanti syarikat yang tiada kena mengena itu pula jadi mangsa,"  katanya.

Anding, menerusi aplikasi WhatsApp, memuji apa yang disuarakan Farahdhiya kepada BH Online.

"Saya sendiri terfikir nak bersuara juga sepertinya kerana hal ini sudah lama terbuku," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 29-10-2014 10:14 AM
ini cerita yg deja moss & norish karman+farah dhiya bergaduh tu kan
puncanye tak dapat bunge ke hape
Quote edoraixora 29-10-2014 10:16 AM

Quote fizroy 29-10-2014 10:17 AM
kesian mereka.....
Quote seri_mawr 29-10-2014 10:47 AM
cerita tak untung gamaknya...xde duit nak bayor..
Quote kejoraria 29-10-2014 10:49 AM
oo...citer ni.....aku tak tgk pun
Quote zila_hakimie 29-10-2014 10:57 AM
rasa mcm laku juga cta ni last few years

ntahla.. ingat2 lupa

and yes, ada kontroversi deja moss bab bagi bunga
ms tamat teater..
Quote kakprik 29-10-2014 11:02 AM
pelakon pon tak der yang komersial..agaknya tak der orang datang tengok kot..tu pasal la tak der untung...tapi kalau dalam kontrak kata pelakon patut dapat bayaran yang tetap..bukan atas jumlah penonton..memang harus settlekan la..orang dah kerja..hars la nak bayaran..
Quote putehkundor 29-10-2014 11:19 AM
Diddy hirdi sampai melarikan diri ke u.k.......
Mungkin beliau santap dgn komen2 terhadap vc lgbt beliau hari ITU...

Berhutang duit ni jgn la main2, jgn la sampai menganiaya org....
Quote putehkundor 29-10-2014 11:52 AM
Abg faradhiya ni hot jugak kannn....
Tempoh hari bercinta dgn ahli sihir kejam, norish karman..
Lepas tu beliau terberanak....tapi bukan anak abg faradiya tu kann?
Sori la....mak teh tak ikut sangat gossip depa ni.

Quote putehkundor 29-10-2014 11:53 AM
Mak teh pernah jumpa abg faradiya ni sekali jah....
Kendu gak.....kena la dgn taste mak teh yg tak seberapa ni
Quote jaridompok 29-10-2014 11:58 AM
kesian pelakon yg kena. padahal bukannya kategori org sengkek takde duit pun boudeng nih
Quote silampumeja 29-10-2014 12:41 PM
ooo teater tu aku tengok...tu first teater aku tgk kat IB rsenye... ramai je yg pergi...xde la sendu sangat.... penuh jgak pon.... pelik klu xde bayaran
Quote CrowneGlory 29-10-2014 12:50 PM
Boudeng and d gang.... Biar papa asal bergaya...
Quote tomet05 29-10-2014 02:36 PM
latiff ibrahim menyanyi dalam teater ni
meremang dengar beb
Quote helmeita 30-10-2014 02:20 PM
dah rugi.. nak bayar aper??
Quote apiang 30-10-2014 03:08 PM
boudeng n d gang tu sapa?? tepek le gambau....
Quote malaywood.NET 30-10-2014 04:51 PM
apa kejadah tak bayar pulak ni.. bayar lah org penat bekerja.
Quote lasagnaklcc 30-10-2014 05:07 PM
diddy amik course apa kat UK?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.205497 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top