CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Roket Ke Isis Meletup

30-10-2014 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4638| Komen: 8

Description: Roket Angkasa Orbital Sciences Corp Tanpa Pemandu Itu Setinggi 14 Tingkat Bangunan Itu Meletup Dan Terbakar Di Kompleks Pelancaran Angkasa Lepas Wallops Island, Virginia Pada Jam 6.22 Petang Waktu Tem ...
Roket Ke Isis Meletup

Antares meletup hanya enam saat sebaik ia dilancarkan pada pukul 6.22 petang waktu tempatan.



CAPE CANAVERAL: Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup hanya enam saat sebaik dilancarkan, awal pagi Rabu.

Kepulan asap dan api yang marak dapat dilihat dengan jelas sekitar Florida akibat letupan roket kargo Cygnus yang membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.

Senario sebelum Antares meletup di Wallops Island.

Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, roket itu melakukan perjalanan pertamanya setahun lalu.

Roket angkasa Orbital Sciences Corp tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Syarikat pemiliknya berkata, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.

NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.

Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 29-10-2014 02:59 PM
mujur tiada siapa yang terlibat.
Quote chinta89 29-10-2014 03:19 PM
bahaya sgt!
Quote amyainsamad 29-10-2014 03:21 PM
xde org.......
Quote AbukRokok 29-10-2014 03:29 PM
roket tu mencontohi kamikaze ISIS
Quote mattzzx 29-10-2014 05:43 PM
Pihak NASA telah melarang orang ramai dari mengutip serpihan tersebut........
Quote roblucci 29-10-2014 09:11 PM
AbukRokok posted on 29-10-2014 03:29 PM
roket tu mencontohi kamikaze ISIS

takde orang
Quote alphawolf 30-10-2014 07:39 AM
Libat orang apa, angkasawan kat ISS sekarang dah kekurangan bekalan...
Quote edoraixora 30-10-2014 12:37 PM
terkagum jap dgn teknologi manusia

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056349 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top