CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Aidil (Bekas Suami Rita) Terlepas Aksi Final Piala Malaysia

31-10-2014 11:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11272| Komen: 35

Description: Aidil Menerima Kad Kuning Pertamanya Ketika Jdt Tewas 3-4 Kepada Felda United Pada Perlawanan Separuh Akhir Pertama Di Stadium Selayang Dan Menerima Kad Kuning Keduanya Pada Separuh Akhir Kedua Di Sta ...
Aidil (Bekas Suami Rita) Terlepas Aksi Final Piala Malaysia

Aidil Zafuan Abdul Razak.



KUALA LUMPUR: Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak sah terlepas peluang beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan JDT untuk menarik balik kad kuning keduanya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa kad kuning pertama dan kedua yang diterima Aidil pada dua aksi separuh akhir menentang Felda United FC, tidak akan ditarik balik.

Katanya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan Jawatankuasa Pengadil mengesahkan kad kuning yang diterima Aidil adalah tepat selepas membuat penilaian penuh terhadap video insiden terbabit.

"Setelah menilai video yang diserahkan oleh pihak JDT, kami berpendapat keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepada Aidil adalah munasabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia di di sini, Rabu.

Aidil menerima kad kuning pertamanya ketika JDT tewas 3-4 kepada Felda United pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Selayang dan menerima kad kuning keduanya pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

JDT akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Hamidin menyarankan penyokong pasukan JDT dan Pahang hadir seawal 2 petang pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

Katanya lebih 90,000 penyokong dari kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium itu nanti.

"Lebih 2,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di sekitar stadium pada hari tersebut. Kita jangka 500 buah bas daripada kedua-dua negeri akan membawa penonton menyaksikan perlawanan itu.

"Rapid KL akan melanjutkan tempoh perkhdimatan mereka sehingga penyokong meninggalkan stadium selepas perlawanan itu nanti.

"Bagi yang memandu kenderaan sendiri nanti disarankan supaya tiba awal untuk mendapatkan tempat letak kereta berhampiran dengan stadium," katanya.

6

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
8

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Darsitadara25 29-10-2014 10:21 PM
terlepas duit bonus juga ka ?
Quote de_ikea 29-10-2014 10:25 PM
Wah kisah ni pon leh masuk gossip retis :lol
Quote xixin5230 29-10-2014 10:27 PM
Sejak bila aidil ni jd retittttt?
Quote skun 29-10-2014 10:31 PM
Allah maha adil, jangan lupa ye aidil
Quote cemolot 29-10-2014 10:51 PM
kesah..main bola tak hebat mana pun
Quote enchikfitz 29-10-2014 10:51 PM
Kalau pernah terkait dgn retis, selamanya akan masuk bod gosip.
Quote alahai 29-10-2014 10:53 PM
pasepa tulis aidil bekas suami rita, awat tak tulis aidil suami zarema????org tak kenai zarema ka?
Quote Darsitadara25 29-10-2014 11:08 PM
alahai posted on 29-10-2014 10:53 PM
pasepa tulis aidil bekas suami rita, awat tak tulis aidil suami zarema????org tak kenai zarema ka?

kalau tulis adil suami zarema (anak bekas adun BN) , boleh masuk bod politik tempatan , LP


Quote rosevelvet 29-10-2014 11:14 PM
alahai posted on 29-10-2014 10:53 PM
pasepa tulis aidil bekas suami rita, awat tak tulis aidil suami zarema????org tak kenai zarema ka?

Rasanya org lebih address kpd rita sbb dia kuat meroyan
Quote atekome 29-10-2014 11:34 PM
Zarema tk glamer mcm rita..sape nk pdli kalo ckp aidil laki zarema
Quote JDT 29-10-2014 11:45 PM
xixin5230 posted on 29-10-2014 10:27 PM
Sejak bila aidil ni jd retittttt?

Edel  kan selebriti..wakak..ex hasben dan abang ipar retis.. Seharusnya berhubungkait kot?..
Quote Darsitadara25 29-10-2014 11:55 PM
JDT posted on 29-10-2014 11:45 PM
Edel  kan selebriti..wakak..ex hasben dan abang ipar retis.. Seharusnya berhubungkait kot?..

edel tu sendiri pun pernah berlakon

Sebelum ni penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pernah menerima tawaran menjadi pelakon sebagai pengawal keselamatan warganegara Nepal dalam drama pendek online berjudul Semua Boleh Bolt.

Terbaru, pemain pertahanan untuk pasukan JDT, Aidil Zafuan juga nampaknya turut cuba menjinakkan diri dalam bidang berkenaan. Cuma belum dapat dipastikan sama ada ianya adalah filem, drama, telemovie ataupun sekadar iklan sahaja.



Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram semalam, Aidil tampil memakai sut hitam putih sambil dikelilingi oleh pasukan keselamatan yang mengawasinya. Dah macam cerita James Bond dan Men In Black pun ada.

Tak kisahlah watak apa pun yang Aidil bawa, tetapi ada pihak yang sengaja mengaitkan tawaran berlakon Aidil itu dengan kes tuntutan nafkah anak-anaknya dengan bekas isteri, Rita Rudaini, yang tertunggak sehingga RM100,000.




Quote JDT 29-10-2014 11:57 PM
Darsitadara25 posted on 29-10-2014 11:55 PM
edel tu sendiri pun pernah berlakon

Sebelum ni penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pe ...


Aah....ye lah... dia pulak akan berlakon..
Tq utk info.. Last edited by JDT on 30-10-2014 12:00 AM

Quote fifie_olin 30-10-2014 07:10 AM
tgk live kt umh dgn jemah je la edel...ko men pon ke lautttt
Quote gula_tebu 30-10-2014 07:13 AM
Kesiannnnn..g beli tiket cecepat..eh, ke masuk free hahaha..
Quote tinkiwinki 30-10-2014 08:42 AM
Aidil who?
Quote suatumasa 30-10-2014 08:42 AM
hhhhrrrrmmmmm.........
Quote schababe 30-10-2014 08:43 AM
ko tgk kat stadium je la..
Quote Mierafaziera 30-10-2014 08:51 AM
zaman kejatuhan bermula...lepas ni injured pulak... karma akan mengejarmu edel...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.085476 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top