CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hafiz Masuk Kelas Vokal Demi Kris Dayanti

3-11-2014 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9646| Komen: 29

Description: “Untuk Mencipta Nama Di Sana Sangat Sukar Kerana Terlalu Banyak Persaingan. Walaupun Saya Pernah Ke Sana Untuk Melebarkan Sayap Ke Pasaran Indonesia, Saya Akui Tak Mudah Untuk Dikenali Dan Diterima O ...
Hafiz Masuk Kelas Vokal Demi Kris Dayanti



Penyanyi, Hafiz Suip, 24, enggan dianggap ‘nama besar’ dalam industri seni walaupun sudah mengecapi pelbagai kejayaan di Malaysia dan negara jiran. Jelas Hafiz, pengalamannya masih belum cukup banyak untuk memegang gelaran tersebut.

“Orang selalu panggil saya dengan gelaran ‘nama besar dalam industri’ sedangkan saya belum layak untuk menerima gelaran itu. Perjalanan saya dalam industri seni ini masih panjang dan masih banyak yang perlu saya pelajari,” ujar Hafiz ketika ditemui di majlis sidang media kedua konsert ‘Kris Dayanti Live in KL’ pada Khamis.

Dipilih sebagai artis jemputan di konsert itu nanti, kongsi Hafiz, dia begitu teruja dapat mengadakan persembahan bersama diva dari seberang itu.

“Dapat berduet dengan Kris Dayanti (KD) merupakan impian saya. Saya sangat berbesar hati dipilih sebagai artis jemputan di konsert itu nanti,” ujarnya berkongsi di akan menghadiri kelas vokal bagi memberikan persembahan yang terbaik di konsert tersebut.

“Untuk setanding dengan KD pada malam konsert itu nanti mungkin agak sukar. Apa yang saya boleh lakukan hanya membuat persediaan yang begitu rapi termasuk menghadiri kelas vokal,” katanya.





Walaupun masih hijau dalam industri, berduet dengan KD melengkapi profil Hafiz sebagai penyanyi baru yang sering berduet dengan diva termasuk Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Rossa. Kata Hafiz, dia berharap peluang berduet dengan KD memudahkan lagi laluan buatnya mengembangkan bakat di Indonesia.

“Untuk mencipta nama di sana sangat sukar kerana terlalu banyak persaingan. Walaupun saya pernah ke sana untuk melebarkan sayap ke pasaran Indonesia, saya akui tak mudah untuk dikenali dan diterima oleh peminat di sana. Seorang penyampai radio di Indonesia pernah berkata jika lagu saya dapat dimainkan di radio Indonesia seminggu sekali pun dah cukup baik,” jelas Hafiz.

Hafiz akan mendendangkan tiga buah lagu termasuk dua buah lagu duet bersama KD dan sebuah lagu secara solo di konsert itu nanti.

‘Konsert Kris Dayanti Live in KL’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November depan. Tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my pada harga RM98 sehingga RM1088.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 31-10-2014 06:59 AM
eh dah bam2 balik? bagus la - tapi awat pic first tu nampak cam artis indon tahun 80an - nampak kerasukan jah?

tapi respect la ngan hafiz ni dia memang sanggup belajar vokal lagi walaupun nampak dah terer - sedap je nyanyi menang anugerah berbagai - hari tu masa AJL dia masih berguru dengan cikgu syafi
Quote kaklehot 31-10-2014 08:30 AM
good job hafiz...kualiti penyanyi mcm ni yg perlu ada di Malaysia..still nk blajar vokal utk improve..well done
Quote tinkiwinki 31-10-2014 08:40 AM
bravo!
Quote putehkundor 31-10-2014 08:48 AM
Kannn dah nampak montel sikit....
Geramnya.....rasa nak cubit pipi...
Hari ITU mcm jerangkung jah

*hawau nya DJ radio tu...seminggu sekali?
  Kat sini 1 jam 10 lagu indon dj2 sendu kita dok pasang
Quote moller 31-10-2014 08:51 AM
seminggu sekali je? huhhh


Quote atekome 31-10-2014 08:52 AM
Kt cne artis terlalu terlalu rmai..ms pi indon dgr satu lagu ms sopin ngn rumah mode..sdp gle tp syg tk msk market msia..yg msk putih2 melati yang nth aper2..
Quote Suchi 31-10-2014 08:58 AM
hai apiz

matahari bangkitlahhhhh
indahkan hari ini
saya mahu jemur baju
Quote Bawangbsr 31-10-2014 09:20 AM
Tepat sekali tekaan aku,
Last year  terbaca kat ig dato rossa ke dato ct..dh lupa. Kris dayanti ada komen ' bagus sekali ya suara hafiz?',
Masa tu aku rasa mesti dia berminat jugak nk berduet dgn hafiz.
Kelessss ko hafiz........
Quote nh83 31-10-2014 09:24 AM
artis macam ni la yg kita mau..pelapis yg sanggup belajar tuk improvekan diri dan merendahkan diri selalu..tapi sentiasa memberikan yg terbaik..bukannya sibuk terjebak dgn gosip2x liar hingga menjatuhkan kredibiliti sendiri..bakat harus seiring dgn tingkah laku yg baik tuk kekal dalam industri...aiseh mcm artis veteren yg memberi ucapan plak rase hahaha..
Quote achik2009 31-10-2014 10:10 AM
Hafiz, Krisdayanti bakal berduet


JOSAFRI (kiri) bersama Hafiz dan Krisdayanti (dua dan tiga dari kiri) pada sidang akhbar di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip atau Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal bergandingan dengan Krisdayanti menerusi konsert sulungnya, Krisdayanti Live In KL 2014 yang akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Pengarah Urusan One Drop Perfumes, Datuk Seri Josafri Johari berkata, pemilihan pemenang ka­tegori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-20 itu dibuat berdasarkan cadangan yang disuarakan oleh peminat menerusi akaun Facebook rasmi One Drop Perfumes sejak bulan lalu.

“Setelah mendapat lebih 20,000 cadangan oleh pengikut di Facebook, kami bersepakat untuk mengundang Hafiz sebagai artis jemputan bergandingan dengan Krisdayanti.

“Mengambil kira pencapaiannya dalam bidang muzik serta ke­upayaan vokal yang mantap, saya ya­kin Hafiz mampu memukau penonton menerusi persembahannya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.








Quote qqOfficial 31-10-2014 10:19 AM
KD tak berduet ngan tok ti ke utk konsert ni...lagu2 duet mereka kan best....

JIKA KAU TAK DATANG, amarah, tanpamu...   warghh....  tapi tket konsert mahal loo...
Quote Orix 31-10-2014 10:29 AM
rse nye ramai artis indo kenal hafiz sebab dia duet ngn ct kt APM n both menang award jgak kt APM tahun lepas, konsert nusantara, konsert destini, yg mne kt konsert2 tu ramai artis indon perform. n dorg2 ni jgak bestfren tok t.
Quote hafeeza 31-10-2014 01:36 PM
mesti best duet hafiz dgn kd ni..dua2 suara sedap
Quote arira_arora 31-10-2014 02:53 PM
hurm.. okey2 laa masuk kelas vokal...
Quote helle 31-10-2014 07:25 PM
Yeay..yeay...nak g lah..
Quote Changa 31-10-2014 07:40 PM
akak boleh puji la cara heshe bawa diri, boleh di katakan heshe memang jenis down to earth, bukan stok2 diva walaupun dah pop.

mungkin sebab masih di bawah kawalan keluarga.
Quote tomet05 31-10-2014 11:36 PM
hafiz masuk kelas vokal ??
kris yang perlu kot .. huhu
Quote achik2009 22-11-2014 07:00 PM


Good Luck Hafiz....buat yang terbaik....
Quote mitnick 22-11-2014 07:48 PM
so arini konsert theyolzzz?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.227183 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top