CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Imej Pontianak Di Hospital Banting

4-11-2014 01:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20312| Komen: 91

Description: "Lagipun Hospital... Biasalah. Hospital Kan Tempat Banyak Berlaku Insiden Ngeri Macam Pesakit Mati Kemalangan, Mati Dibunuh, Mati Bunuh Diri, Atau Pun Mati Sakit. Itu Perkara Biasa, Tapi Janganlah P ...
Berhenti sebar gambar pontianak


Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital. Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital.

BANTING - Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.

Berhenti sebar gambar

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.

"Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

"Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.

Bukan rakaman CCTV hospital

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.

“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.

Simpan buat koleksi peribadi

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.

"Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.

"Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya.

10

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 4-11-2014 11:08 AM
alhamdulillah....selepas saya scan...tak der hantu...yang ada kacang hantu....dulu masa jaga kilang shift malam alasan hantu selalu digunakan pakai untuk menidakkan kehadiran kerja shift malam..selepas saya cover untuk beberapa malam...takder hantu..yang ada kacang hantu...taik punya alasan hantu juga dipersalahkan
Quote supernaturalee 4-11-2014 11:11 AM
kau kan temui...bahagia
wlaupun aku tidak...bersama
Quote GhostWalking 4-11-2014 11:16 AM
tapi pontianak ni rambut tak nampak.spesis ponti apakah
Quote MengkuduMasam 4-11-2014 11:20 AM
smalam ade satu kes kat menara tm...

cleaner punya kerja... dia pakai telekung... pastu suh org amik gamba dari jauh....

bengong!
Quote chinta89 4-11-2014 11:24 AM
apalah yg nak ditakutkan.. dh mmg kita tahu diorang wujud n mmg ade sekeliling kita kan? cuma kita tak nampak je.
Quote lurve82 4-11-2014 11:26 AM
ala kat sebelah korang pun ada skrg ni..cuma xnmpk je...
Quote arira_arora 4-11-2014 11:28 AM
hurm.... org je byk kecoh.. berlambak je kt tmpt lain pnn...
Quote tobby 4-11-2014 11:29 AM
dia pun makhluk juga.  yg lebih menakutkan ialah penyamun/perompak/penagih/peragut yg menunggu mangsa x kira waktu.
Quote Al-Patih 4-11-2014 04:11 PM
lurve82 posted on 4-11-2014 11:26 AM
ala kat sebelah korang pun ada skrg ni..cuma xnmpk je...

jantan ...ke..betino...
Quote Changa 4-11-2014 04:13 PM
bab entiti ini akak tak pasti la makhluk apa namun sepanjang riwayat hidup akak pernah dua kali encounter entiti yg jelas solid, tiada konsep nampak transparent ke apa yg orang selalu cerita kan itu.

yg akak pernah selisih dulu badan bagak, bukan slim pun.rambut hazab, lepas baju putih tu kotor2 sebgitu, takde la putih bersih. Last edited by Changa on 4-11-2014 04:14 PM

Quote batmana 4-11-2014 04:17 PM
apala bodohnye amik gmba cmni

kamu nk amik gmba lagi jelas senang je, pi sorg2 ke kubur, jam 12 mlm. pstu serula antu tu dtg depan2..
pasti akan muncul punye.
klu tk muncul, psti dia kaco ko, cm bagi pelempang ghaib..

takyah susah2 nk amik gmba, jupe depan mata lagi besh.
Quote Eric.n9 4-11-2014 04:22 PM
GhostWalking posted on 4-11-2014 11:16 AM
tapi pontianak ni rambut tak nampak.spesis ponti apakah

2 version

1. Cik ponti muslimah pki skaf kot.
2. cik ponti rambut boy-cut


Quote BotakChinPeng 4-11-2014 06:00 PM
Pontianak tanpa kepala pulak dah
Quote sabbath_shalom 4-11-2014 06:02 PM
MengkuduMasam posted on 4-11-2014 11:20 AM
smalam ade satu kes kat menara tm...

cleaner punya kerja... dia pakai telekung... pastu suh org a ...

Pakai telekung sis?

Hantu tu nak pegi solat Tahajud ke sis?
Quote clarizsa 4-11-2014 06:23 PM
nape plak nk henti sebarkan? i pun nk tgk... selalu dengar suara dia je x pernah nampak...

harap pontianak2 ni leh tolong pi takutkan para perompak perogol peliwat biar mampus dgn ngeri...
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 07:09 PM
Dah ada depan kamera hp kenapa tak  rakam  je
Quote kivio 5-11-2014 01:09 AM
Maka bodohlah siapa yang percaya
Quote BotakChinPeng 5-11-2014 01:18 AM
Quote mbhcsf 5-11-2014 01:31 AM
kawan kakak saya pakai telekung keluar bilik , masa tu i think lewat malam kot ...yg minah minah saleh ni lepas mabuk balik bilik tak kenal pintu ke ape , nampak my sister's friend bertelekung terus jerit  ....

gosh...

lagi satu citer seorg hamba allah yg pulang dari umrah tak sempat nak  tukaq telekung ke tudung....sampai klia pi toilet ...gempaq japanese tourist dalam tu ingat  u know...isk isk

memacam kalau nak dengaq citer lagu ni ...

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060840 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top