CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Guna Anjing Pengesan Cari Pelajar Hilang

5-11-2014 06:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2571| Komen: 0

Description: Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman Berkata, Setakat Lima Petang Tadi, Usaha Mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, Masih Gagal Sehingga Pihaknya Terpaksa Menggunakan Emp ...
Guna anjing pengesan cari pelajar hilang 


Anggota Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan anjing pengesan dalam operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu di Hulu Terengganu, hari ini. 



HULU TERENGGANU - Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan bagi menjejak seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang sewaktu menyertai acara maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini, petang semalam.
           
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, setakat lima petang tadi, usaha mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, masih gagal sehingga pihaknya terpaksa menggunakan empat ekor anjing pengesan polis dalam operasi itu.
           

"Kita juga menambah anggota penyelamat kepada 92 berbanding 42 orang pada sebelah pagi tadi berikutan keadaan cuaca di samping permukaan jalan yang licin.
           
"Walaupun hujan dan cuaca gelap, kita akan teruskan usaha sehingga berjaya menemui mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di Sekayu, di sini hari ini.
           
Mangsa seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira 6 petang semalam.


Azman sebelum itu memaklumkan kepada penganjur bahawa dia tidak menemui Ahmad Rafikin yang akan diambilnya pada 3 petang selepas perlumbaan itu.
           
Operasi mencari dan menyelamat, yang membabitkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung itu, turut disertai anggota keluarga mangsa.
           
Abang mangsa, Ahmad Ridhuan Azman, 27, berkata beliau bersama bapanya mula menyertai operasi yang bermula kira-kira 8 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat terkini usaha mencari dan menyelamat adik bongsunya itu.
           
"Laluan yang mencabar serta licin serta di tambah dengan hujan lebat menambahkan lagi kesukaran kami bersama pihak penyelamat mencari adik saya.
           
"Jika tersilap langkah, kita akan terjatuh ke dalam gaung. Namun saya dan ayah berharap adik selamat dan kami sekeluarga sudah bertekad untuk tidak berputus asa sehinggalah dapat menemui adik," katanya.
           
Beliau berkata, Ahmad Rafikin merupakan seorang yang aktif dan amat meminati sukan lasak dan mereka sekeluarga sentiasa menyokong minatnya itu, namun tidak menyangka insiden seumpama itu berlaku kepada mangsa.
           
Dalam pada itu, penduduk kampung serta 29 pelajar pondok Darul Iman turut mengadakan solat hajat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat itu.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838087&extra=&page=1
4

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.143806 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top