CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Mat Rempit Antara Peserta Pencetus Ummah 2

7-11-2014 02:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6784| Komen: 15

Description: “Saya Tidak Kongsikan Namanya Siapa, Cuma Saya Ingin Jelaskan Program Ini Memberi Ruang Kepada Mereka Untuk Berdakwah."
Bekas Mat Rempit antara peserta Pencetus Ummah 2Astro Gempak


Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis Namanzee  Harris, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza, dan mempunyai  peluang kedua untuk berubah.

KUALA LUMPUR: Program pencetus Ummah (PU)  kembali lagi dengan musim kedua dan yang pastinya kali ini membawakan sedikit  kelainan apabila bekas mat rempit merupakan antara peserta PU.

Menurut  Pengurus Saluran Astro Oasis Namanzee Harris, setiap orang mempunyai latar  belakang yang berbeza, dan mempunyai peluang kedua untuk berubah ke arah  kebaikan.

“Saya tidak kongsikan namanya siapa, cuma saya ingin jelaskan  program ini memberi ruang kepada mereka untuk berdakwah."

"Kisah yang  lalu itu telah dijadikan pengajaran, dan tidak salah bagi diri seseorang itu  ingin menyampaikan dakwah mereka dengan ikhlas,” katanya di majlis sidang media  pengumuman 10 peserta pencetus ummah musim kedua di ibu negara.

  Tambahnya lagi, para peserta amat bertuah kerana mendapat barisan tenaga  pengajar yang amat berpengalaman yang akan membantu mereka mencapai misi  ini.

“Kami berharap agar para peserta dapat mengambil peluang ini untuk  mencedok segala ilmu untuk bekalan di masa depan.”

“Ini kerana Pencetus  Ummah bukan hanya sebuah program televisyen semata-mata, tetapi sebuah program  yang melahirkan pendakwah,yang kelak akan kembali ke pangkuan masyarakat,” ujarnya.

Sepuluh orang peserta Pencetus Ummah musim kedua yang terpilih  adalah Mohamad Azraie Mohamad Yunus (PU AZRAEI), 24 tahun dari Kedah; Amir  Shahrizal Md Sharif (PU AMIR), 37 tahun dari Kedah; Azihal Bangsawan (PU  AZIHAL), 31 tahun dari Sabah; Mohd Lokman Ahmad (PU LOKMAN), 29 tahun dari  Pahang.

Mohd Yusof Bin Arbain (PU YUSOF), 34 tahun dari Pahang; Mohd  Nasri Bin Abd Manap (PU NASRI), 40 tahun dari Kedah; Suhaimi Mohd Yunus (PU  SUHAIMI), 34 tahun dari Perak; Johani Ibrahim (PU JOHANI), 30 tahun dari Johor;  Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU FAIZ), 25 tahun dari Kelantan dan Azman Syah Bin  Alias (PU AZMAN), 33 tahun dari Kuala Lumpur.

Nantikan pengumuman  pengacara Pencetus Ummah musim kedua dan para juri di Mimbar Pencetus Ummah  minggu pertama secara langsung pada Khamis, jam 9.00 malam, 13 November 2014  nanti di Astro Oasis (Saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (Saluran  135).            

10

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alekxander 6-11-2014 09:08 AM
kerjaya ke mat rempit tu?
Quote famri7 6-11-2014 09:09 AM
Baru ummah boleh relate dgn diorang..eh.
Quote sabbath_shalom 6-11-2014 09:13 AM
Lobai Sunni Syafie pon mat rempit.
Quote chinta89 6-11-2014 10:14 AM
tak lama lagi terdedah la empunya siapa.
Quote Z77 6-11-2014 10:23 AM
menang sok jadi ustaz ramai le aweks2 tudung labuh wanabe gilakan ustaz ni..pastu adalak clip 3gp peribadi PU bekas mat rempit ni tersebar..dan spt biasa akan di nafikan oleh pemuja2 ustad PU ni.
Quote vespa_oren 6-11-2014 12:55 PM


Semua org ada peluang kedua, cuma sama ada dia nak berubah atau tidak
Quote BlueHand 6-11-2014 02:08 PM
Aku xkisah orang nak berubah.

Kalau nak angkat seseorang untuk jadi pakar rujuk agama biarlah ade ilmu agama yang bagus. Kalau nak jadikan seseorang pakar rujuk perubatan biarlah dari kalangan ahli perubatan, kalau nak jadikan seseorang itu pakar rujuk dalam perundangan biarlah dari kalangan yang tau undang-undang..

Kalau tak hancuslee... Aku tgk pun pening..
Quote blackred99 6-11-2014 02:15 PM
so dgn adanya berita ni, ramai mat rempit akan tgk rancangan ni?
Quote saladin780 6-11-2014 02:22 PM
rancangan penceloteh ummah ke pencetus ummah?
Quote Modngengade 6-11-2014 02:27 PM
sabbath_shalom posted on 6-11-2014 09:13 AM
Lobai Sunni Syafie pon mat rempit.

bekas mat rempit dol.....

BM fail?

Quote sabbath_shalom 6-11-2014 03:04 PM
Modngengade posted on 6-11-2014 02:27 PM
bekas mat rempit dol.....

BM fail?

Dah jadi lobai..resign mat rempit la..x gitu?
Quote HaifaHanna 6-11-2014 03:24 PM
alekxander posted on 6-11-2014 09:08 AM
kerjaya ke mat rempit tu?

Kt mesia ni kerjaya la, hahahahahahahahahahahahahaah
Quote nolya 6-11-2014 03:28 PM
Z77 posted on 6-11-2014 10:23 AM
menang sok jadi ustaz ramai le aweks2 tudung labuh wanabe gilakan ustaz ni..pastu adalak clip 3gp pe ...

cepat benor prasangka awak ye. Mudah benorlah awek2 tudung tu gilakan ustaz2 hanya kerana dia dah menang.  gitu ke?
Quote Z77 7-11-2014 08:42 AM
nolya posted on 6-11-2014 03:28 PM
cepat benor prasangka awak ye. Mudah benorlah awek2 tudung tu gilakan ustaz2 hanya kerana dia dah  ...

pasal pernah nampak depan mata..walaupun tak semua.
Quote Datinaishah 7-11-2014 08:45 AM
famri7 posted on 6-11-2014 09:09 AM
Baru ummah boleh relate dgn diorang..eh.

Famri7 pun bekas mat rempit ke.. Masa merempit Dulu Mu kepit tak..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.066980 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top