CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Peristiwa Runtuhan Tembok Berlin Sambut Ulangtahun Ke-25 (Gambar)

11-11-2014 12:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7945| Komen: 6

Description: Hari Ini 9hb November 2014, Penduduk Berlin Menyambut Ulangtahun Yang Ke-25 Runtuhnya Tembok Berlin. Peristiwa Bersejarah Ini Diingati Dengan Pemasangan Belon-Belon Berlampu Sepanjang 15km Iaitu Lalua ...
Peristiwa Runtuhan Tembok Berlin Sambut Ulangtahun Ke-25 (Gambar)

Hari ini 9hb November 2014, penduduk Berlin menyambut ulangtahun yang ke-25 runtuhnya Tembok Berlin. Peristiwa bersejarah ini diingati dengan pemasangan belon-belon berlampu sepanjang 15km iaitu laluan terletaknya tembok tersebut satu tika dulu.


Pemandangan projek 'Lichtgrenze' dari udara

Projek ulangtahun ini dinamakan 'Lichtgrenze' (Sempadan Bercahaya) dimulakan malam tadi sehingga pukul 7 malam Ahad nanti. Sebanyak 8000 biji belon cahaya putih membahagikan bandar tersebut, iaitu dari Bornholmer Strasse ke Mauerpark dan Memorial Tembok Berlin di Bernauer Strasse, melalui Reichstag, Branderburg Gate dan Checkpoint Charlie hingga ke East Side Gallery. Projek tersebut adalah cetusan idea Christopher Bauder dan Marc Bauder, dan menurut penganjur tujuannya "untuk mengingati semula dimensi dan kekejaman Tembok Berlin."



'Lichtgrenze' merupakan sebahagian daripada acara budaya di Berlin sempena ulangtahun Tembok yang diruntuhkan pada 9 November, 1989 itu. Lebih daripada 100 orang mati kerana cuba melepasi sempadan antara Berlin Timur komunis dan bahagian Barat sepanjang terbinanya tembok tersebut dari tahun 1961 hingga 1989.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 9-11-2014 02:40 AM
Sedikit sejarah Tembok Berlin

Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin.

Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun.

Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev.

Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.
Tujuan

Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat. Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.

Mulanya pernghijrahkan seramai 2.5 juta dalam tempoh 1949 - 1962. Penghijrahan berkurang kepada 5000 orang dalam tempoh 1962-1989.

Latar Belakang
Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman telah terbahagi kepada 4 zon.

Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan terpecah pula kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis, British dan Amerika telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik Demokratik Jerman ( Jerman Timur ) pada tahun yang sama 1949.

Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara negara kapitalis Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis, kerajaan autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia.

Ketika Jerman Barat semakin kaya hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan warga Jerman Timur masih memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan "Grenzgeger". Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall.

Ramai penduduk Eropah Barat melancong dan membeli belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan menarik. Kebanyakan barang mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur banyak dibantu oleh Kesatuan Soviet.

Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13 Ogos 1961 di sebelah bandar Berlin Timur. Pagi itu, pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja awam mula membinanya. Pada mulanya tidak melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang menyeberangi sempadan bandar Berlin itu.

Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok Berlin ini . Ada ibu bapa yang tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman Timur. Ini menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini.

Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya Tembok Berlin.

Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963 . Perjanjian selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 adikuasa iaitu Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan Tembok Berlin.

Kerajaan Jerman Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan melindungi anti fasist'. Hakikatnya berjuta-juta keluarga terpisah.

Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap di Brandenburg Gate , mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut.

Pada Jun 1962 Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter . Tetapi pada 1989 menjadi sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas Tembok Berlin telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi Tembok Berlin.

Pelarian
Selepas Tembok Berlin dibina , kira-kira 5000 berjaya juga melepasinya. Sementara 192 atau 239 terbunuh ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera. Ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok. Ada yang membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.

Pelbagai cerita 'kelakar' wujud. Antaranya pasukan RAF Airmen menulis "Wish you were here" dan "Come back soon".

Antara mereka ialah Peter Fechter yang ditembak pada 17 Ogos 1962. Orang terakhir ditembak kerana kesalahan melintasi Tembok Berlin ialah Chris Gueffroy iaitu pada 6 Februari 1989.

Bekas Menteri Luar Jerman iaitu Hans-Dietrich Genscher merupakan salah seorang rakyat Jerman Timur yang lari ke Jerman Barat. Genscher berasal dari Halle di Jerman Timur. Tahun 1952, ketika Tembok Berlin belum dibina, beliau bersama keluarganya pindah ke Jerman Barat. Tahun 1974 - 1992 beliau menjadi Menteri Luar Jerman Barat di bawah Chancelor - Helmut Schmidt dan Helmut Kohl.


Tembok Berlin Pecah
Tembok Berlin dibuka semula pada 9 November 1989 ketika Jerman Timur dikuasai oleh Egon Krenz. Runtuhnya Tembok Berlin menandakan penggabungan semula Jerman Barat dan Jerman Timur. Amerika Syarikat berasa sangsi dengan pengabungan ini kerana kemungkinan lahirnya negara saingan dan munculnya "Adolf Hitler" yang baru tidak dapat dielakkan. Perdana Menteri Margaret Thatcher dari Britain hanya mendiamkan diri. Sementara Presiden François Mitterand menyambut baik penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur. Penggabungan ini menguatkan lagi Kesatuan Eropah, dolar Eropah dan menjadi saingan kuat kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lebih lanjut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tembok_Berlin
Quote dani-rox 9-11-2014 02:55 AM
In pictures: 25 years since the fall of the Berlin Wall


Motorcycle police watch workers lay bricks during the construction of the Berlin Wall in August 1961.(AFP)


East German tanks assemble in front of the Friedrichstrasse train station with their guns pointed west, August 1961.(AFP)


Gunter Litfin, the first person to be shot whilst attempting to escape across the Berlin Wall, is moved by East German guards, August 24, 1961.(AFP)


Four-year-old Michael Finder of East Germany is tossed by his father, Willy Finder, into a net held by residents across the border in West Berlin, October , 1961. Mr Finder then made the jump himself. (AFP)


East German guard Conrad Schumann leaps over barbed wire into West Berlin days after construction began on the wall. (CIA photo)


West Berliners wave to friends and family across the Berlin Wall, September 1961. (CIA photo)


A car drives between US tanks across the famous Berlin Wall crossing point at Checkpoint Charlie, October 1961. (AFP)


Men on the western side of the Berlin Wall talk to their girlfriends behind a fence at the train station Stettiner Bahnhof in Berlin, Germany, August 1961. (AFP: Gunter Bratke/DPA)


The Berlin Wall at the Bernauer Strasse in East Berlin (Soviet sector), June 1968. (AFP)


A section of no man's land, marking the border between East (Soviet sector) and West Berlin (American sector), April 1984. (AFP: Joel Robine)


People in West Berlin (American sector) look over the Berlin Wall, October 1976. (AFP)


West Berliners continue their vigil atop the Berlin Wall in front of the Brandenburg Gate, November 10, 1989. (Reuters)


West Berliners crowd in front of the Berlin Wall and watch as East German border guards demolish a section of the wall near the Potsdamer Square in order to open a new crossing point, November 11, 1989. (AFP: Gerard Malie)


A section of the Berlin Wall is lifted by a crane as East Germany starts to dismantle the Berlin Wall near the Brandenburg Gate. (AFP)


Celebrations in front of the Berlin Wall at the Brandebourg Gate after the fall of the wall. (AFP: Gerard Malie)


People from East Germany greet West German residents at the Berlin Wall in front of the Brandenburg Gate. (AFP: Patrick Herzog)


East and West Berliners meet at Potsdamer Platz after the Berlin Wall was torn down to make way for a new border crossing, November 12, 1989. (Reuters)


An East German border guard stamps the passport of an exiled East German woman after the Berlin Wall fell. (AFP: Patrick Hertzog)


An East German border soldier looks at a man hammering a section of the Berlin Wall near Checkpoint Charlie. (Reuters: Fabrizio Bensch)


People look through a preserved segment of the Berlin Wall near the memorial site at Bernauer Strasse in Berlin, August 2010. (AFP: Johannes Eisele)


The photos of some of those killed as they tried to cross the Berlin Wall are displayed at memorial site at Bernauer Strasse in Berlin. (AFP: Johannes Eisele)

SOURCE
Last edited by dani-rox on 9-11-2014 02:56 AM

Quote cowey 9-11-2014 09:01 PM
wooow...

1989, so baru lg la Germany gabung..

aku follow gak sejarah german, since zaman kingdom of german..
Quote Artemesiaa 9-11-2014 09:47 PM
Mengimbau kembali sejarah lama
Quote keladi_merah 9-11-2014 10:17 PM
this is interesting..
Quote alphawolf 10-11-2014 07:48 AM
Dan lagu ni mesti terngiang dalam telinga

Scorpions - Wind Of Change
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051086 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top