CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mufti Kelantan 
Selar Tindakan Bogelkan Remaja

12-11-2014 04:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3135| Komen: 0

Description: “Orang Mencuri, Dia Memang Salah, Tapi Kita Yang Menahannya Tidak Boleh Juga Melakukan Kesalahan. Telanjangkan Dia, Itu Sudah Dikira Bersalah.
Mufti Kelantan 
selar tindakan bogelkan remaja


KOTA BHARU 5 Nov. – Mufti Kelantan, Mohammad Shukri Mohammad menyelar tindakan penduduk membogelkan seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal di Masjid Pauh Lima, Bachok, semalam.


Beliau berkata, ajaran Islam menegah umatnya menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata.

“Jadi tindakan diambil itu sa-ngat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Shukri memberitahu, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah.

“Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.


“Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah.

“Nasihat saya, orang ramai perlu merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” tegasnya.

Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Shamsuri Shafie menyifatkan tin--dakan tersebut cukup memalukan kerana mendedahkan aurat pesalah tanpa seurat benang di perkarangan masjid.

Katanya, aurat perlu dijaga dalam apa jua keadaan sekalipun dan tindakan itu seolah-olah tidak menghormati kesucian masjid sebagai rumah Allah.

“Tidak salah jika ingin memberi pengajaran atau teladan tetapi biar guna akal dan bukannya menggunakan nafsu amarah semata,” ujarnya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838632&extra=page%3D1
8

Bagus
10

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.034377 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top