CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sejarah Penemuan Batu Hajar Aswad

13-11-2014 02:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18008| Komen: 12

Description: Nabi Ibrahim Mencium Lagi Batu Itu Dan Diikuti Oleh Nabi Ismail A. S. Sehingga Sekarang Hajar Aswad Itu Dicium Oleh Orang-Orang Yang Pergi Ke Baitullah. Siapa Sahaja Yang Bertawaf Di Kaabah Disunnahka ...
SEJARAH PENEMUAN BATU HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.




Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa.


Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab

Apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Baihaqi dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat. la da-pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Sejarah awal mendedahkan secara kasar, Hajarul Aswad pernah pecah pada Za-man Pertengahan menjadi lapan ke-pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime-ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, mengatakan bahawa Hajarul Aswad berasal dari syurga. Juga diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajarul Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Kesemua riwayat - riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Bagaimanapun, saintis Barat mem-pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru-laswad dari syurga sememangnya adalah benar.

An-Najjar meyakinkan dunia Is-lam bahawa kajian itu tidak akan me-rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye-lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarul Aswad bersaiz mikro.

Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un-tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Hajarul Aswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele-takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajarul Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kota Mekah mengalami banjir besar yang menyebabkan kerosakan teruk pada Kaabah. Setelah selesai kerja-kerja membina dan membaikpulih semula Kaabah, timbul satu pertelingkahan dalam menentukan siapakah yang paling berhak meletakkan Hajarul Aswad pada Kaabah. Pertumpahan darah hampir-hampir berlaku di antara kabilah-kabilah di Mekah.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang yang mula-mula sekali memasuki pintu Safa adalah Nabi Muhammad dan dengan ini maka Bagindalah yang paling berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad itu di tempatnya.Namun begitu, untuk memberi peluang kepada ketua-ketua kabilah yang lain membawa Hajarul Aswad ke Kaabah maka Baginda telah melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada.

Hajar Aswad diletakkannya di atas serban tersebut lalu Baginda meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan mengangkatnya secara bersama-sama. Setelah Hajarul Aswad sampai di Kaabah, Nabi Muhammad memegang Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya. Tindakan ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Awalnya, Hajarul Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), (seorang ahli sejarah kelahiran Mekah) bahawa Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajarul Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.

Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 809M=189 H, Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Bani Abbasiah (786-809 M), ketika Baginda melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan pada tahun 1268 H oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Daulah Uthmaniah ( 1225-1277 H=1839-1861 M ). Baginda telah menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajarul Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.

Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Kemudian pada tahun 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad atau Muhammad V, ( 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru.

Sehingga ke hari ini, Hajarul Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak demi untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya

2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 24-9-2014 05:54 PM
SUBHANALLAH! - HAJAR ASWAD MERUPAKAN SUMBER GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK BUMI?

Hajar aswad merupakan sumber gelombang elektromagnetik bumi? biar betul. Sepertimana yang kita tahu hajar aswad adalah merupakan salah satu batu yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah. Ianya merupakan tempat permulaan dan akhir tawaf dan juga tempat yang paling mustajab dikabulkan doa.

“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawa ataupun solat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah putaran bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil kajian dari 15 Universiti : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, iaitu 23.000 kali dari besi yang ada di bumi.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga dimana tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Ikuti Kisah Asal Usul Batu Hajar Aswad

Beberapa angkasawan yang berada di angkasa melihat suatu sinar yg teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata ia datangnya dari Bait Allah atau Ka’bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi sebagai mikrofon yang disiarkan dan mencapai beribu-ribu batu menyiarkan liputan.

Pada November 2012 seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu Makkah Paling Terang Dari Angkasa Lepas.  
Quote pestol 24-9-2014 05:54 PM
Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar.

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji dan Umrah. Tulisan ini boleh menjawab fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan ; iaitu mengapa kaum Muslimin solat ke arah kiblat dan bahawa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.Wallahu a’lam, hanya Allah Yang Maha Tahu.
Quote alphawolf 25-9-2014 08:11 AM
Satu je...tau la kau ada fetish ketiak...tapi cerita kisah Nabi2...adoiii tak synergy langsung

BTW satu lagi, tak semua benda boleh dijelaskan sains. Penjelasan secara pseudoscoence sebenarnya lagi memalukan.....
Quote Dark_Vampire 25-9-2014 12:24 PM
ermmmmmmmmmmmmm................
Quote dondangdendang 30-9-2014 09:23 AM
mmmmmmmmmm
Quote Milah_tonggek 24-10-2014 03:17 PM
thanks for the info tt
Quote Sailendra 4-11-2014 12:27 AM
Saya fikir, tak perlulah pengulangan "batu" dalam ayat. Maksud saya, perkataan "hajar" jika diterjemah, ia bermakna "batu".
Manakala, "aswad" pula ialah "hitam". Jadi, "Hajar Aswad" secara literal, bermaksud "Batu Hitam" (bukan "batu Hajar Aswad).

Sebab, "batu Hajar Aswad" akan menjadi "batu batu hitam".

Ini dah jadi bentuk lewah dalam berbahasa, contohnya, "Cuba 'try' baju yang mak beli tadi." Try = cuba, tapi makna yang sama telah disebut 2 kali.


p/s: Bukan berniat menyinggung. Cuma nak beri info berguna tentang makna sebenar je, sebab ramai orang suka sebut istilah Arab tapi tak tahu maknanya. Harap maaf, jika tersinggung.

Quote justchu 7-11-2014 01:42 PM
dan Siti hajar pula bermaksud puan batu?
Quote unoryah 9-11-2014 11:55 AM
Kajian sains membuktikan Hajar Aswad bkn dari bumi- ada sumber rujukan tak?
Quote acescripters 25-3-2015 11:00 AM
unoryah replied at 9-11-2014 11:55 AM
Kajian sains membuktikan Hajar Aswad bkn dari bumi- ada sumber rujukan tak?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).

Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga selain batu itu." (riwayat Tabarani)
Quote ninjago 25-3-2015 04:32 PM
Subhanallah.. just imagine Hajar Aswad tu yg pernah diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Ibrahim a.s. and kita dapat lihat dan pegang skarang.. Subhanallah...
Quote unoryah 29-3-2015 06:57 PM
acescripters replied at 25-3-2015 11:00 AM
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih pu ...

terima kasih

tapi maksud saya lebih kepada jurnal sains hasil kajian spt yang dinyatakan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.101231 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top