CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Nabil Gementar Bawa Watak Romantik Bersama Lisa Surihani

14-11-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12388| Komen: 36

Description: "Susah Sangat Bawa Watak-Watak Romantik Terutama Sekali Bila Bergandingan Dengan Pelakon Hebat Seperti Lisa Surihani.
Nabil Gementar Bawa Watak Romantik Bersama Lisa Surihani


PETALING JAYA:
Pelawak Nabil Ahmad  gementar untuk melakonkan babak romantik bersama  Lisa Surihani dalam filem bagi siara televisyen iaitu Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris.

Ia  bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).

Nabil berkata, beberapa kali lidahnya kelu ketika ingin melontarkan dialog romantik dan serius di hadapan pelakon wanita popular itu.

"Susah sangat bawa watak-watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani.

"Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu, malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan," ujarnya kepada mStar Online.

Nabil ditemui pada sidang media selepas tayangan filem televisyen Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris di TGV One Utama, di sini, Isnin.

Nabil berkata, ia merupakan kali pertama dia melakonkan watak serius.

Katanya, sepanjang bergelar anak seni dia banyak menolak watak-watak serius dan berat yang ditawarkan berikutan kurang yakin dengan keupayaannya membawa watak tersebut dengan baik.

"Saya memang tidak pandai berlakon watak serius. Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak.

"Berlakon bukan keutamaan saya dalam bidang seni, jadi lebih baik beri kepada orang yang lebih pakar," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengapa dia menerima tawaran dalam filem televisyen ini, Nabil berkata, ia adalah peluang untuk dia bercuti di Paris, Perancis.

Katanya, kesibukan sebagai pelawak dan pengacara menyukarkan dia mencari masa untuk pergi bercuti.

"Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, pihak produksi sudah mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria)," ujarnya.

Sementara itu, Lisa berkata, pertama kali bergandingan dengan Nabil adalah pengalaman yang menyeronokan kerana pelawak tersebut banyak menceriakan suasana sepanjang sepuluh hari penggambaran.

Katanya, penggambaran tersebut berjalan dalam keadaan bekerja sambil bercuti.

"Semuanya berjalan lancar dan gembira kerana kita tidak rasa tertekan dengan penggambaran tersebut terutama sekali dikelilingi oleh orang-orang yang disenangi," katanya.

Selain Nabil dan Lisa Surihani, filem televisyen otu turut dibintangi oleh Zizan Nin, Nelydia Senrose, Mia Sara dan Ryqal Iskandar.

Filem ini mengisahkan kegigihan dua kanak-kanak yang datang ke Paris dengan tujuan ingin menyatukan Pak Su Hairi (Zizan Nin) dan Aunty Lisa (Nelydia Senrose) yang semakin renggang.

Dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea dan Haris (Lisa dan Nabil) yang sedang berbulan madu di negara itu.

6

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 11-11-2014 01:02 AM
Astro de tunjuk faizul nyanyi ost tuk movie ni. Xdelah faizul tu sendu mana pn.
Quote CrowneGlory 11-11-2014 01:18 AM
Bahahhaahaaaaa... Pelakon Hebat?

hebat jd kayu ..
Quote RatuDunia94 11-11-2014 03:04 AM
Sesat kat Paris?
so Paris tu just latar penggambaran utk nampak ala2 gah je la kekdahnya?
so typical!
Quote putehkundor 11-11-2014 05:50 AM
Zizan nin jadi suami nelydia senrose?
Macam anak beranak jah
Quote mrsjiji67 11-11-2014 06:00 AM
suka ye lisa.. jgn ko cair kt nabil udahla.. muka nabil skrg pn lagi ensem dr dulu
Quote fifie_olin 11-11-2014 07:46 AM
x sesuainya...
Quote cicicumel 11-11-2014 08:29 AM
1st time watak serius?
bukan si nabil ada belakon citer seram hari tu watakserius..x sesui sgt
Quote tinkiwinki 11-11-2014 08:33 AM
cm tak suai je nabil dgn lisa.
Quote menjad 11-11-2014 09:43 AM
kelaut gandingan hero dan heroin... baik ambe jihan dari lisa surirumah tue
Quote menjad 11-11-2014 09:43 AM
kelaut gandingan hero dan heroin... baik ambe jihan dari lisa surirumah tue
Quote chickenwing 11-11-2014 10:28 AM
blom tgk dah nk kritik...haiyooo... tapi boring la asik Paris je...cer try Mexico City ke, Venezuala ke, Florida ke....Sri Langka ke.....
Quote Hessa 11-11-2014 11:28 AM
chickenwing posted on 11-11-2014 10:28 AM
blom tgk dah nk kritik...haiyooo... tapi boring la asik Paris je...cer try Mexico City ke, Venezuala ...

mexico? venezuela?..kang terserempak dgn mafia..
sri langka kang tak glemer lak film tuh
Quote rozza 11-11-2014 11:36 AM
yusri.. jgn biarkan isteri anda di peluk nabil...
Quote elamor 11-11-2014 11:51 AM
kelakar pulak iols tgk iklan hari tuh... lisa & nabil jadi suami isteri
Quote kejoraria 11-11-2014 12:20 PM
rozza posted on 11-11-2014 11:36 AM
yusri.. jgn biarkan isteri anda di peluk nabil...

hahahahaha...statement tak boleh blah
Quote mitnick 11-11-2014 01:26 PM
cite kat msia nie xabis2 dgn tajuk karipap, stroberi, nasi lemak
Quote tomet05 11-11-2014 01:48 PM
untongggg r  kikikii bang bil
Quote arira_arora 11-11-2014 02:24 PM
hurm....... lisa kayu ni pelakon hebat.. okey.. tkmo ckp pape dh...
Quote maxim 11-11-2014 02:33 PM
xyah nak gementar sgt la nabill oiii..lisa surikayu jah pong..pelakon kayu terhebat

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070716 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top