CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Anne Ngasri Tidak Idam Jawatan Politik

17-11-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9528| Komen: 29

Description: Bagaimanapun Anne Mengakui, Tawaran Berlakon Yang Diterimanya Sejak Akhir-Akhir Ini Agak Kurang Selain Dia Lebih Selektif Memandangkan Perlu Memberi Perhatian Kepada Empat Cahaya Matanya Yang Sedang M ...
Anne Ngasri Tidak Idam Jawatan Politik

Anne Ngasri.



PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagai wakil rakyat sebaliknya hanya mahu melakukan aktiviti kebajikan membantu golongan Melayu.

Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 30, berkata, tugas sebagai seorang wakil rakyat bukan perkara ringan sebaliknya ia adalah satu amanah besar dan berat yang memerlukan persediaan mantap dalam menjadi suara kepada masyarakat.

"Biarpun saya aktif dalam Umno tetapi buat masa ini tidaklah sampai ingin menjadi wakil rakyat kerana ia tanggungjawab yang besar dan saya belum mampu memikul amanah tersebut.


"Biarlah saya hanya sekadar dibelakang tabir melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu bangsa saya dengan ikhlas dan sepenuh hati," katanya kepada mStar Online.




















Anne lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang datang kepadanya.


Anne menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang sejak tahun lalu manakala suaminya, Mohd Sumali Reduan adalah Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.

Dalam pada itu, Anne berkata, biarpun dia kini dilihat semakin menyepi daripada lakonan namun dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang tersebut.

Bagaimanapun Anne mengakui, tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini agak kurang selain dia lebih selektif memandangkan perlu memberi perhatian kepada empat cahaya matanya yang sedang membesar.

"Saya tidak pernah bersara daripada lakonan cuma kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak menjadi penyebab saya kurang berlakon sejak akhir-akhir ini.

"Tambahan pula tawaran agak kurang dan saya hanya menerima watak yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak-anak kerana mereka masih kecil untuk ditinggalkan lama-lama," jelasnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leezzaliza 17-11-2014 05:56 AM
Die ni anak dah 4 pun badan maintain je..
Quote cheezzy 17-11-2014 07:36 AM
comel dan subur
Quote makneng 17-11-2014 09:12 AM
suka lakonan dia adik beradik masa diorg kecik2 dulu
Quote Esmiria 17-11-2014 09:31 AM
makneng posted on 17-11-2014 01:12 AM
suka lakonan dia adik beradik masa diorg kecik2 dulu

Eh..makneng disini! hihi.
Quote tinkiwinki 17-11-2014 09:46 AM
ohh join politik jugak ek dia ni?
Quote j3m4h 17-11-2014 09:57 AM
makneng posted on 17-11-2014 09:12 AM
suka lakonan dia adik beradik masa diorg kecik2 dulu

Yup iols. Pon ske cite cilipadi tu....tp si shafiq tu kemana skrg. Ek?
Quote iman_aly 17-11-2014 10:14 AM
cili cili padi! cili cili padi!!
Quote jefri90 17-11-2014 10:27 AM
Madiha!!!!!!!! Urghhh sengal
Quote lavender_aqua 17-11-2014 10:29 AM
tinkiwinki posted on 17-11-2014 09:46 AM
ohh join politik jugak ek dia ni?

baru la jugak
sejak dia menang jawatan ketua puteri umno bukit bintang

Quote tinkiwinki 17-11-2014 10:35 AM
lavender_aqua posted on 17-11-2014 10:29 AM
baru la jugak
sejak dia menang jawatan ketua puteri umno bukit bintang

i see. baru arini aku tau. hihih
Quote tomet05 17-11-2014 10:40 AM
cili padi lah kan dulu nih
Quote cemolot 17-11-2014 10:49 AM
puteri balqis banyak resemble anne ni..

cilipadi! cilipadi!
Quote MissLibra 17-11-2014 10:53 AM
anne ni makin berumur makin cantik la pulak.
Quote voiletiris 17-11-2014 11:42 AM
diantara anak2 ngasari  dia ni yg paling comel..muka sentiasa muda walau pun dah 30
Quote mitnick 17-11-2014 12:29 PM
xde ker nk buat show cili padi reunion?
Quote ZaraPalarae 17-11-2014 12:32 PM
"Lily tak tau nak rap! "
"Mana syafik? "


Hahaha sukaaa sgt anne masa kekecik dlm cili padi, comelssss
Quote doubleA 17-11-2014 12:34 PM
suka dia jadi lily dan madiha
Quote elamor 17-11-2014 12:46 PM
rindu pulak kat madiha
Quote makneng 18-11-2014 08:33 AM
Esmiria posted on 17-11-2014 09:31 AM
Eh..makneng disini! hihi.

windu kita ke CE

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069558 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top