CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nad Zainal Nafi Bercinta Dengan Remy Ishak

17-11-2014 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12398| Komen: 56

Description: "Saya Tidak Tahu 'Bekas Kekasih' Mana Dimaksudkan Atau Siapa Kawan Rapatnya Yang Bercerita Kerana Gosip Berkenaan Bukan Datang Dari Saya Tetapi Orang Lain Yang Mengata.
Nad Zainal Nafi Bercinta Dengan Remy Ishak


PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak sebagai tidak logik.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia tidak mengenali aktor tersebut secara peribadi dan hanya bertemu ketika berada dilokasi penggambaran drama lakonan mereka iaitu Jalan Mati dan AntiDOT.

"Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja.

"Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.



Nad yang terkejut dengan gosip tersebut mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia sedang menyulam cinta dengan Remy.



















Remy Ishak.


Malah gosip itu turut menyebut cerita mengenai hubungan mereka didedahkan sendiri oleh salah seorang bekas kekasihnya kepada seorang kenalan rapatnya.

Dalam pada itu, Nad menegaskan dia tidak mengetahui siapakan 'bekas kekasih' yang dimaksudkan menyebarkan cerita berkenaan kerana gosip berkenaan bukan datang daripadanya.

Bagaimanapun kata Nad, jika benar gosip itu disampaikan oleh salah seorang bekas kekasihnya dia meminta lelaki berkenaan supaya meneruskan kehidupan dan tidak menganggunya dengan menyebarkan cerita buruk seperti itu.

"Saya tidak tahu 'bekas kekasih' mana dimaksudkan atau siapa kawan rapatnya yang bercerita kerana gosip berkenaan bukan datang dari saya tetapi orang lain yang mengata.

"Namun jika benar ia datang daripada 'bekas kekasih' tersebut saya minta teruskanlah hidup daripada melakukan perkara tidak berfaedah," ujarnya.

Sebelum ini, Nad bercinta dengan Hefny Sahad yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama diterbitkan oleh Zeel Production.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat daripada sebuah novel popular berjudul Street Vendettauntuk siaran RTM.

3

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apiang 17-11-2014 02:21 AM
xabes2 la...ehhehe nad comel..tp kadg  nyampah tgok. eh camno ne..kui3
Quote leezzaliza 17-11-2014 05:59 AM
G sambung belajar la dik.. Kebudak-budakan sgt ko ni. Mcm budak sekolah menengah main kaple2..
Quote makton 17-11-2014 08:18 AM
nad zainal ni macam nak test market dia je.. asyik la bersilih ganti
Quote ellZack 17-11-2014 08:28 AM
putus dah dengan hefny?
Quote ais_kosong 17-11-2014 08:37 AM
gosip cinta cintun akan menyebabkan karier menjunam dik non
Quote mijaa 17-11-2014 08:38 AM
nad zainal dan gosip cinta berpisah tiada
Quote tinkiwinki 17-11-2014 08:40 AM
boring... next!
Quote j3m4h 17-11-2014 08:40 AM
Elok la kalo nad+wemy tu..tp reput tu goreng cite baekk pny..padahal sndr create gosip picisan sampahan kevavian vetul...
Quote makneng 17-11-2014 08:51 AM
sukati ko la nad..ko pun muda lagi kalau nak test market
Quote Esmiria 17-11-2014 09:09 AM
Nad hooooooootttt
Quote Cahaya1 17-11-2014 09:12 AM
Nad mmg minat Remy sbg idola je..
Drama dorang tk lama lg nk tayang kt tv..promo lettew Last edited by Cahaya1 on 17-11-2014 09:15 AM

Quote budakmanentah 17-11-2014 09:30 AM
comel plk aku tgk dia dlm citer misah tarzan hajar runcit...mcm budak skolah
Quote duquesne 17-11-2014 09:42 AM
Adoiii.. Nad Nad... berenti la jadi artis gossip/artis majalah... keep quiet.. focus on your work..
Quote helmeita 17-11-2014 10:05 AM
tak masuk dek akal.. den tak dengar apa apa pun hahaha
Quote setokinpurple 17-11-2014 10:10 AM
Hahaha tak sesuai langsung.
Mohon nad baca komen ni.
Quote tomet05 17-11-2014 10:39 AM
semoga berjayalah nad
Quote cemolot 17-11-2014 10:47 AM
hubungan mereka didedahkan sendiri oleh salah seorang bekas kekasihnya kepada seorang kenalan rapatnya.
amboi..kau cantik dan berbakat dik..jangan sia2 kan.. cube ambik contoh bff kau si jihanmuse tu..pasal bf sepatah haram tak sebut..cerita pasal job kencang je sekarang..
Quote Jagendas 17-11-2014 10:48 AM
si belanga
Quote Mary_jane 17-11-2014 01:43 PM
Sinonim nya nad ni dgn gosip cinta. Tp dia blakon ok, g la focus dgn karier dulu.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.246858 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top