CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kejutan ‘Awak Kat Mana’ - Taufik Batisah

19-11-2014 04:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24430| Komen: 86

Description: "Bahkan, Paling Membuatkan Saya Gembira Dan Terhibur Apabila Lagu Awak Kat Mana Ini Turut Menjadi Siulan Ramai. Di Laman Sosial Saja, Lagu Ini Menjadi Viral Dan Orang Ramai Juga Menghasilkan Parodi, ...
Kejutan ‘Awak Kat Mana’


Meskipun sudah sedekad membina nama dipentas nyanyian, namun penyanyi Taufik Batisah masih menganggap dirinya terlalu baru dalam industri seni. Penghibur terkenal kelahiran Singapura ini
mengakui dia seorang yang cukup bersederhana dalam kehidupan. Katanya, dia tidak pernah baerasa dirinya sudah dikenali ramai.

Ditemui baru-baru ini, Taufik, 32, berkata, populariti yang dinikmatinya kini adalah rezeki ditetapkan Tuhan. Jadi, dia perlu sentiasa bersyukur.

"Memang cara saya suka bersederhana. Justeru, saya tidak pernah berasakan diri begitu popular dan dikenali peminat meskipun sudah 10 tahun aktif menyanyi.


"Saya sentiasa berpegang kepada nasihat ibu bapa saya supaya ingatkan Tuhan dan bersyukur dengan nikmat diperoleh. Jangan cepat mendabik dada," katanya.
Taufik yang kini menarik perhatian ramai menerusi single terbarunya, Awak Kat Mana itu turut memaklumkan dia tidak sangka lagu itu diminati.


"Lagu Awak Kat Mana ini saya cipta sekadar untuk hiburan semata-mata. Saya menghasilkan lagu ini berdasarkan inspirasi percintaan rakan yang sering dikongkong kekasih.


"Bahkan, pada asalnya saya juga hanya mahu mengejek rakan dengan pertanyaan 'awak kat mana' di laman sosial. Namun, tak sangka akhirnya ia menjadi 'viral'," katanya.
Menurut Taufik lagi, niat suka-suka membuat video pertanyaan 'awak kat mana' dan dimuat naik ke laman Instagram miliknya untuk hiburan itu tidak diduga menjadi ikutan dan menarik perhatian ramai.


Bakal muncul dengan album terbarunya, Fique tidak lama lagi, Taufik berkata, 12 lagu dimuatkan termasuk Awak Kat Mana. Katanya, dia juga tidak mengambil masa lama menghasilkan lagu itu.
"Ini semua pada saya adalah rezeki. Pada kala saya memperuntukkan masa bertahun untuk menyiapkan satu album, inspirasi untuk lagu Awak Kat Mana pula diperoleh dalam masa kurang satu jam.

"Bahkan, paling membuatkan saya gembira dan terhibur apabila lagu Awak Kat Mana ini turut menjadi siulan ramai. Di laman sosial saja, lagu ini menjadi viral dan orang ramai juga menghasilkan parodi," katanya.

Kata Taufiq lagi, dia juga tidak kisah apabila lagu Awak Kat Mana dijadikan bahan jenaka. Katanya, dia seorang yang bersikap terbuka dan menerima apa saja tanggapan
masyarakat.

Berbicara mengenai sisi peribadinya, Taufik ternyata kurang selesa berkongsi kisah percintaannya. Katanya, dia sudah begitu gembira dapat berkongsi perkembangan kerjayanya dengan peminat.

"Sama ada hati saya sudah dimiliki atau sebaliknya, biarlah rahsia. Saya fikir perkara ini tidak perlulah dikongsi secara terbuka dengan peminat.

"Cukuplah peminat hanya mengetahui perkembangan karier nyanyian saya dan mereka terus setia memberikan sokongan. Itu sudah memadai," katanya.
Pernah bercadang untuk berhijrah ke negara ini bagi meluaskan karier seninya, Taufik berkata, impian itu terpaksa dipadamkan selepas mengambil kira keselesaan ibu tersayang. Kata Taufik, ibunya lebih selesa tinggal di Singapura.


Menurut Taufik yang banyak mendapat pengiktirafan pada Anugerah Planet Muzik (APM) itu, selain fokus pada karier, semestinya ibu bapa dan keluarga adalah keutamaan. Katanya, ibu bapa adalah tulangbelakang kejayaan seorang anak.

3

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklehot 18-11-2014 12:09 PM
awak awak kat mane taufik..
Quote missyqaldina 18-11-2014 12:21 PM
die joget tu best
Quote ira_229 18-11-2014 12:31 PM
Nah belanja pix...




Bakal berduet dgn afgan..







Last edited by ira_229 on 18-11-2014 12:33 PM

Quote chinta89 18-11-2014 12:34 PM
awak kat mane tu???
Quote ira_229 18-11-2014 12:34 PM
haiya...taufik tak payah bedek....iol dah ternampak...mina dia jambu...

Quote Suchi 18-11-2014 12:43 PM
iols suke taufik nih

igt lg ade interbiu kt tb tnya pasal mata dia yg ala bercelak tu dia kata mmg dah ori gituuu..sbnrnya bulu mata dia jenis lebat hitam tu yg nmpk camtu kot.

sbb ade yg wat tatoo celak kan.. kira kekal mata bercelak sampai berbila.
Quote bambimo 18-11-2014 12:45 PM
Dance dia best anak iols suka ajuk huhuhu
Quote sepitsiput 18-11-2014 01:00 PM
dia ni lagi tua dari nabil ek...
Quote maxim 18-11-2014 01:06 PM
Wajahnya seiras amir..
Quote miss_baby 18-11-2014 01:08 PM
unik la muka dia..mix ke?
Quote Mary_jane 18-11-2014 01:13 PM
Wah bung taufiq dh 32. Tp maintain ganteng. Saban tahun tgk die muncul kt apm je. Tp apm this year, hady mirza xde plak.
Quote rosasa 18-11-2014 01:34 PM
maxim posted on 18-11-2014 01:06 PM
Wajahnya seiras amir..

aku pun perasan

cer amir tu bg pakai eye liner
Quote MissMamamia75 18-11-2014 01:34 PM
dulu masa tgk video si Shazwan ni..
ingatkan dia punya lagu..
rupanya si Topik punya..

lawak sengal Shazwan ni ada byk series..

antaranya..
[youtube]LkrE6qN_XLM[/youtube]


Quote Changa 18-11-2014 01:36 PM
namun begitu lagu ini memang beliau openly sample lagu beyonce diva kah?
sebab yg dok ulang awak kat mana itu memang sebijik lagu diva beyonce bukan?

[youtube]rNM5HW13_O8[/youtube] Last edited by Changa on 18-11-2014 01:39 PM

Quote setokinpurple 18-11-2014 01:46 PM
I love taufik batisah. Very the jantanz...i loikeeee auummmm
Quote edoraixora 18-11-2014 01:49 PM
Kalo ikut tahun, dah 33 tahun dah
Die lahir 1981
Quote ira_229 18-11-2014 01:50 PM
Mary_jane posted on 18-11-2014 01:13 PM
Wah bung taufiq dh 32. Tp maintain ganteng.  Saban tahun tgk die muncul kt apm je. Tp ap ...

Hady sudah basuh tangan tak mau bergiat dalam seni lagi dia sudah berhijrah ...hady sudah kawin dengan awek pontian...

Last edited by ira_229 on 18-11-2014 01:51 PM

Quote sekel 18-11-2014 01:51 PM
harap dgn lagu AWAK KAT MANA & menjadi JURI di MLM, masa depan Taufik di M'sia semakin cerah
Quote ira_229 18-11-2014 01:54 PM
Changa posted on 18-11-2014 01:36 PM
namun begitu lagu ini memang beliau openly sample lagu beyonce diva kah?
sebab yg dok ulang awak ka ...

lagu diva tak berapa dekat ada lagu lagi mcm sama aja..tapi terlupa..lagu rap..!

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.630950 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top