CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kepala Dalam Kotak

20-11-2014 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3452| Komen: 12

Description: Pemangku Ketua Polis Metropolitan, Srivara Rangsipramanakul Berkata, Satu Pasukan Penyiasat Ditubuhkan Bagi Mengesan Dari Mana Organ Manusia Itu Diperolehi.
Kepala Dalam Kotak

Bangkok: Polis Thailand menyiasat bagaimana tiga bungkusan berisi organ manusia terawet boleh berada di sebuah premis syarikat penghantaran antarabangsa dan bersedia diterbangkan ke luar negara.

Polis dimaklumkan mengenai kotak mencurigakan itu selepas pekerja syarikat penghantaran itu di cawangan Rama III mendapati bungkusan berkenaan berisi anggota badan manusia.
Jurucakap polis daerah Yannawa berkata, apabila penyiasat tiba, mereka mendapati bungkusan itu berisi pelbagai anggota badan, termasuk kepala dan kaki bayi, kulit manusia bertatu harimau serta simbol misteri.

“Bungkusan itu diambil dari cawangan kami di Maboonkrong dan dilabelkan sebagai mengandungi barang mainan kanak-kanak.


“Kecurigaan pekerja terbabit timbul apabila kotak itu diimbas,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kotak berkenaan sepatutnya dihantar ke Las Vegas, Nevada.




Sementara itu polis menyiasat kemungkinan anggota badan manusia itu dicuri dari sekolah perubatan sebelum dijual kepada warga asing sebagai cenderahati.

Pemangku Ketua Polis Metropolitan, Srivara Rangsipramanakul berkata, satu pasukan penyiasat ditubuhkan bagi mengesan dari mana organ manusia itu diperolehi.
“Siasatan awal menunjukkan organ itu sudah diawet dengan baik,” katanya.

Srivara berkata, dua lelaki warga asing disoal siasat berhubung penemuan itu dan seorang daripada mereka mengaku pemilik kotak bungkusan berkenaan.
“Dia mendakwa objek itu dibeli untuk bersuka-suka,” katanya.

Suspek berusia 31 tahun dan memiliki tatu pada hampir seluruh badannya kini berada di Kemboja dan berjanji pulang ke Bangkok pada 25 November ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lan_86 18-11-2014 10:54 PM
ngeri
Quote alphawolf 19-11-2014 07:48 AM
Kepala dalam kotak? Macam muvi Se7en
Quote anees~nuhara 19-11-2014 08:06 AM
wahhh...siap diawet tuk wat cenderahati? apakahhh
Quote duri_durians 19-11-2014 09:51 AM
kenapa perangai manusia sekarang mengalahkan babi?
Quote din_atos 19-11-2014 01:28 PM
Suka2 katanya... Cam syial
Quote Artemesiaa 19-11-2014 01:43 PM
Euwww macam le tak da ke benda lain yang boleh dibuat cenderamata.
Quote siape_aku 19-11-2014 04:01 PM
duri_durians posted on 19-11-2014 09:51 AM
kenapa perangai manusia sekarang mengalahkan babi?

babi?? babi tak wat keje2 jahat mcm tu...beliau hanya menghabiskan masa dengan makan dan membiak dgn banyak....x sempat nak buat jenayah.... hahahaha...jgn marah ea....chill....

kesian cik babs....
Quote amyainsamad 19-11-2014 04:04 PM
mcm2
Quote asher 19-11-2014 04:20 PM
ni mesti psiko punyer org nie..
Quote mattzzx 19-11-2014 04:43 PM
Dia suka suka nak buat koleksi kot....
Quote duri_durians 19-11-2014 05:55 PM
siape_aku posted on 19-11-2014 04:01 PM
babi?? babi tak wat keje2 jahat mcm tu...beliau hanya menghabiskan masa dengan makan dan membiak d ...

kan baru ni ada kes cik bab kunyah kepala baby.. tu la tujuan nye bandingkan dgn cik bab
Quote siape_aku 21-11-2014 09:42 AM
duri_durians posted on 19-11-2014 05:55 PM
kan baru ni ada kes cik bab kunyah kepala baby.. tu la tujuan nye bandingkan dgn cik bab

oooo ye ke....kihkihkih....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052846 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top