CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Saintis Rancang Hidupkan Semula Mamot (Bangkai Anak Gajah Purba)

20-11-2014 12:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4572| Komen: 18

Description: Kini Para Saintis Berharap Sampel Yang Masih Sempurna Yang Diambil Daripada Bangkai Berkenaan Membolehkan Haiwan Itu Dihidupkan Semula Dengan Teknik Pengklonan Selepas Pupus Hampir 10,000 Tahun Lalu.
Saintis Rancang Hidupkan Semula Mamot (Bangkai Anak Gajah Purba)



Agensi - SEORANG saintis melihat bangkai seekor anak mamot yang dijumpai di satu kawasan berais di Siberia, Rusia pada tahun lalu.


NEW YORK – Bangkai seekor anak gajah purba atau mamot yang dijumpai di dalam satu kawasan berais di Siberia mungkin akan diklonkan untuk menghidupkan semula haiwan berkenaan.

Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dilaporkan berusaha mengambil sampel daripada bangkai berkenaan yang dijumpai pada tahun lalu itu.


Mamot itu berada dalam keadaan baik selepas berada di dalam ais sejak beribu-ribu tahun lalu.

Kini para saintis berharap sampel yang masih sempurna yang diambil daripada bangkai berkenaan membolehkan haiwan itu dihidupkan semula dengan teknik pengklonan selepas pupus hampir 10,000 tahun lalu.

Seorang pakar paleontologi dari AS, Dr. Tori Herridge berkata, inilah kali pertama beliau menemui bangkai mamot yang berada dalam keadaan sangat baik dan masih mempunyai daging.
“Saya sebelum ini mengkaji haiwan yang hanya tinggal sisa tulang atau bulu tetapi kali ini sangat berlainan kerana saya boleh menghidu bau darah mamot ini,” katanya. – Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikLijah 19-11-2014 12:05 AM
agak2 mamot ni jd zomnie ki tidok klo idup?
Quote anees~nuhara 19-11-2014 08:09 AM
nk idupkan balikk??
Quote anees~nuhara 19-11-2014 08:37 AM
nk idupkan balikk??
Quote alphawolf 19-11-2014 09:42 AM
Maksud nak idupkan balik tu bukan la macam monster frankestein atau zombie....tapi lebih nak klonkan.
Quote kejoraria 19-11-2014 11:07 AM
idupkan balik.... apa kuasa depa nak bg nyawa kat kehidupan
Quote lavendernovella 19-11-2014 01:25 PM
maksud nak hidupkan balik tu adalah nak diklonkan.

macam dorang klonkan dna dinosaur kedalam induk biawak komodo , tak menjadi, cuma biawak yang dihasilkan tu besar sikit dari yang normal.
Quote din_atos 19-11-2014 01:26 PM
Lawan hukum alam. Bolehkah? Mau jd planet of the ape nnti..
Quote Artemesiaa 19-11-2014 01:48 PM
Gajah mengamuk pun susah nak control kalau memot cam mana pulak agaknya
Quote zuerinaBP 19-11-2014 05:02 PM
klon dgn binatang ape plak
Quote noell 19-11-2014 09:42 PM
zuerinaBP posted on 19-11-2014 05:02 PM
klon dgn binatang ape plak

klone dgn gajah la takkan la depa nak klon dgn kucem plak...jenuh
Quote alphawolf 20-11-2014 07:50 AM
Artemesiaa posted on 19-11-2014 01:48 PM
Gajah mengamuk pun susah nak control kalau memot cam mana pulak agaknya

Kalau mamut ni mengamuk? Hantar aje dia pergi kedai Courts.....
Quote DeMax 20-11-2014 09:32 AM
Cuba klone dgn singa + harimau=Kehancuran planet bumi
Quote uori 20-11-2014 10:24 PM
alphawolf posted on 20-11-2014 07:50 AM
Kalau mamut ni mengamuk? Hantar aje dia pergi kedai Courts.....


Quote Jerambut 21-11-2014 11:17 PM
DeMax posted on 20-11-2014 09:32 AM
Cuba klone dgn singa + harimau=Kehancuran planet bumi

kalau  kacukan singa + harimau aje.....
'Liger' namanya....

kalu plus dgn mammoth tu...sempoi lagi kot namanya...

Last edited by Jerambut on 21-11-2014 11:20 PM

Quote -electrifying- 22-11-2014 10:39 AM
alphawolf posted on 20-11-2014 07:50 AM
Kalau mamut ni mengamuk? Hantar aje dia pergi kedai Courts.....

hahaha... kasi pijak spe xbyr hutang CM
Quote supernaturalee 25-11-2014 10:18 AM
lavendernovella posted on 19-11-2014 01:25 PM
maksud nak hidupkan balik tu adalah nak diklonkan.

macam dorang klonkan dna dinosaur kedalam ind ...

really?

tak tau plak psl ni


btw saintis ni nk buat ala2 dlm filem jurassic park dah

plus, Jurassic World akn keluar next year 12 Jun 2015

Quote kentel 25-11-2014 12:23 PM
ambik la semen dia..pastu breed dgn gajah...huhuhu...
Quote lavendernovella 25-11-2014 01:27 PM
supernaturalee posted on 25-11-2014 10:18 AM
really?

tak tau plak psl ni

Mmg ade dulu2 saintis tu wat experimen, mmg ala2 kisah jurassic park (entah2 novel jurassic park tu diinspirasikan dr kisah experimen saintis ni), nk create/revive dinosaur , tp mmg xder manusia yg boleh cipta balik ciptaan tuhan. Lagipon dna tu dh terlalu tua. Mungkin jugak saintis tu reengineered dna dinosaur tu kepd dna komodo tu jer.

Mmg x sabar nk tgk jurassic world june 2015.

Kisah dinosaur kt terengganu tu pon silap haribulan sejarah dinosaur dunia kene tulis semula.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072761 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top