CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangkai Objek Yang Sudah Tidak Misteri Lagi!

21-11-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5206| Komen: 23

Description: “Polis Tiba Ke Lokasi Kejadian Kira-Kira Jam 3.30 Petang. Setelah Diteliti Seorang Pegawai Polis Yang Dipercayai Pakar Dalam Menentukan Objek Terbabit Memberitahu Kemungkinan Objek Itu Bukan Janin Ma ...
Bangkai Objek Yang Sudah Tidak Misteri Lagi!

Mohd Hanafi menunjukkan tempat dia menemui objek mirip manusia terbabit.[url=][/url][url=][/url]

BAGAN NIRA – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Nira terkejut apabila menemui objek mirip janin manusia di belakang tangga utama Madrasah Ikhlasiah Kampung Bagan Nira petang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Muhamad Hanafi Yusop, 38, baharu selesai menunaikan solat Zohor di surau itu dan ingin pulang ke rumah, bagaimanapun terkejut apabila menemui tompokan darah pada lantai surau berkenaan.

Menurutnya, dia kemudiannya mengambil gambar objek berkenaan dan meminta pendapat rakan-rakan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp sebelum pulang ke rumah dan bersiap untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Bagan Nira.

“Saya terima pelbagai reaksi daripada kumpulan WhatsApp termasuk seorang rakan yang bekerja di hospital memaklumkan objek itu menyerupai janin manusia, sementara seorang lagi minta saya menghubungi polis,” katanya.

Mohd Hanafi berkata, dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Sabak Bernam bagi memaklumkan penemuan objek terbabit dan dia yang ketika itu berada di SRA Bagan Nira terus ke madrasah bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut.

“Polis tiba ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang. Setelah diteliti seorang pegawai polis yang dipercayai pakar dalam menentukan objek terbabit memberitahu kemungkinan objek itu bukan janin manusia,” katanya.

Menurutnya, polis kemudiannya membungkus objek terbabit dan membawanya untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa memaklumkan, objek mirip janin manusia yang ditemui itu disahkan bangkai seekor haiwan.



Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 21-11-2014 08:48 AM
dibuang kat situ ke? or terkeluar kat situ?
eh apa aku type ni
Quote kejoraria 21-11-2014 08:56 AM
mcm janin pun ada...ntahlah...biorler depa buat siasatan
Quote jazaa 21-11-2014 08:58 AM
Vellfire posted on 21-11-2014 08:48 AM
dibuang kat situ ke? or terkeluar kat situ?
eh apa aku type ni

Apa yg kau type tu buat aku gelakkk....


Quote Vellfire 21-11-2014 09:01 AM
jazaa posted on 21-11-2014 08:58 AM
Apa yg kau type tu buat aku gelakkk....

kalo terkeluar takdernya mcm tu kan?
sebab aku pernah miscarriage

mungkin terjatuh
Quote jazaa 21-11-2014 09:05 AM
Vellfire posted on 21-11-2014 09:01 AM
kalo terkeluar takdernya mcm tu kan?
sebab aku pernah miscarriage


Terjatuh pastu dia tak perasan???


Quote Vellfire 21-11-2014 09:07 AM
jazaa posted on 21-11-2014 09:05 AM
Terjatuh pastu dia tak perasan???

tunggu dorang buat siasatan
Quote duniaku85 21-11-2014 09:15 AM
seketul kecik tu pun nk buang merata2 ke?
tanam tak boleh ke???
Quote leylapple 21-11-2014 09:22 AM
buat test DNA...

pastu cekup la mana2 yang patut
Quote Noobish 21-11-2014 09:25 AM
Macam janin kucing je...
Quote rosasa 21-11-2014 10:01 AM
boleh ye jatuh2 kedebuk direct macam tu kalau betul janin manusia la...
Quote amiraira 21-11-2014 11:36 AM
mcm kucing je kn....
Quote PostBanhammer 21-11-2014 11:42 AM
Mungkin juga janin spesis seperti dalam avatar pakcik ni.
Quote pakis_hutan 21-11-2014 11:43 AM
PostBanhammer posted on 21-11-2014 11:42 AM
Mungkin juga janin spesis seperti dalam avatar pakcik ni.

Maksud pakcik, janin oink oink?
Quote melia_star 21-11-2014 11:45 AM
janin babi lehnat kah?

motip sgt nk buang ke dlm kawasan surau......
Quote missyqaldina 21-11-2014 11:46 AM
baby kucing ni kott...
Quote PostBanhammer 21-11-2014 11:48 AM
pakis_hutan posted on 21-11-2014 11:43 AM
Maksud pakcik, janin oink oink?

Ya, ada kemungkinan.
Quote chickenwing 21-11-2014 12:01 PM
sila tangkap ibu kucen sbb buang anak.....
Quote Suchi 21-11-2014 12:06 PM
PostBanhammer posted on 21-11-2014 11:42 AM
Mungkin juga janin spesis seperti dalam avatar pakcik ni.

er maksud pacik cik bab keguguran kah?
cik bab lalu tepi surau tak sedar beliau keguguran
hanya menyedari bila balik ke sarang terlihat lelehan lendir bercampur darah dicelah kelengkang beliau
lau menangis2 teresak2 beliau dipangkuan abam bab yg tersayang.

harap betul lah milik hewan, bkn milik manusia.
Quote PostBanhammer 21-11-2014 12:12 PM
Suchi posted on 21-11-2014 12:06 PM
er maksud pacik cik bab keguguran kah?
cik bab lalu tepi surau tak sedar beliau keguguran
hanya  ...

Tergelak pakcik dengan cerita kamu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053104 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top