CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahok Gabenor Jakarta Pertama Beragama Kristian

21-11-2014 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8112| Komen: 65

Description: Kerusi Gabenor Jakarta Merupakan Antara Jawatan Politik Paling Berkuasa Di Indonesia. Presiden Joko Widodo Menyertai Majlis Angkat Sumpah Basuki Yang Sebelum Ini Merupakan Timbalan Gabenor Jakarta Di ...
Ahok Gabenor Jakarta Pertama Beragama Kristian


ANGGOTA kumpulan Barisan Pembela Islam (FPI) mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perlantikan orang bukan Islam sebagai Gabenor Jakarta di Jakarta semalam.

JAKARTA – Gabenor Jakarta Kristian pertama dalam tempoh hampir 50 tahun, Basuki Tjahaja Purnama mengangkat sumpah jawatannya semalam walaupun mendapat bantahan ramai penduduk Islam yang menentang orang bukan Islam dipilih menduduki jawatan tersebut.

Kerusi Gabenor Jakarta merupakan antara jawatan politik paling berkuasa di Indonesia. Presiden Joko Widodo menyertai majlis angkat sumpah Basuki yang sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Jakarta di Istana Presiden di sini.

Basuki yang popular dengan gelaran Ahok memangku jawatan Gabenor sejak Widodo berundur pada bulan lalu untuk menjadi Presiden Indonesia.

Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus orang Islam mengadakan tunjuk perasaan terhadap Ahok sekali gus membayangkan situasi sukar Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi untuk memupuk toleransi agama di Indonesia.

Negara itu memiliki populasi orang Islam paling ramai di dunia.

Ahok berbangsa Cina yang merupakan etnik minoriti di Indonsia. Kaum Cina dibenci penduduk pada masa lalu ekoran mereka dituduh mengawal sebahagian besar perniagaan dan perdagangan di Indonesia.

Terdahulu, beribu-ribu anggota polis dikerahkan ke bandar raya ini pada minggu lalu untuk menghadapi kemungkinan berlakunya keganasan.

Sebelum ini, majlis angkat sumpah Ahok telah ditangguhkan untuk mendapatkan dekri Presiden berhubung perlantikan tersebut.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo berkata, majlis itu akan diadakan pada minggu hadapan manakala akhbar Jakarta Globe melaporkan ia diadakan kelmarin.

Setakat ini, masih tidak jelas punca majlis itu dianjakkan pada semalam.

Indonesia yang memiliki 240 juta penduduk menyaksikan peningkatan dalam serangan terhadap penduduk Kristian, Syiah dan ajaran Ahmadiyah sejak lebih sedekad lalu.

Pentadbiran Jokowi yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada bulan lalu bagaimanapun berjanji akan melindungi semua agama minoriti di Indonesia yang mempunyai 90 peratus penduduk Islam.

5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeMax 20-11-2014 09:22 AM
Harap umah PERKASA n ISMA sentap..boleh la buat bisnes demo
Quote revolusi_30 20-11-2014 09:26 AM
Teroris dimana2.
Quote dondangdendang 20-11-2014 10:11 AM
ooo...ni yg org malaysia ikutkan... rupa penduduk Indon. RACIST DETECTED..............
Quote cmf_herrhughie 20-11-2014 10:37 AM
Malaysia? Makin racist adalah...
Quote Esmiria 20-11-2014 12:54 PM
So whatt?????
Quote Kerêta_Angin 20-11-2014 01:08 PM
Esmiria posted on 20-11-2014 04:54 AM
So whatt?????

ahok ni bagus mmg bagus la...tegas ..tp statement yg keluar dari mulut dia tu yg takleh tahan...dia siap2 marah n bentak2 pekerja dia dpn org ramai...pastu upload kat utube...satu indonesia boleh tengok tu
Quote Kerêta_Angin 20-11-2014 01:14 PM
ahok jg dianggap arrogant, sering mencabar org yg mengkritiknya(istilah indonesianya menantang duel), sesetengah org islam di jakarta merasa dirugikan dgn kebijakan2 ahok...

tp byk jg yg menyokong beliau...
Quote Simunggu 20-11-2014 01:36 PM
indong...baru kamu tahu...rasakan....
Quote the_killer 20-11-2014 01:38 PM
presiden indon pon masih jawa..ok la tu

kat malaysia bugis
Quote nolya 20-11-2014 03:18 PM
Kerêta_Angin posted on 20-11-2014 01:14 PM
ahok jg dianggap arrogant, sering mencabar org yg mengkritiknya(istilah indonesianya menantang duel) ...

revolusi mental Pres. Jokowi sedang mengorak langkah tetapi sebahagian rakyatnya masih mahu kekal dgn mental kampungan.  Sudahlah pintarnya nggak bisa diikut......... juga nggak biasa diajar.  Bila Ahok melawan, ya Ahok dilawan.
Quote tinkiwinki 20-11-2014 05:04 PM
Jadinya apa dong?
Quote Kerêta_Angin 20-11-2014 06:42 PM
nolya posted on 20-11-2014 07:18 AM
revolusi mental Pres. Jokowi sedang mengorak langkah tetapi sebahagian rakyatnya masih mahu kekal  ...

wah awak pinter jg ngomong indo ye...tapi gunakan bhs baku...tu slang aje....nggak2 ...duh gue
Quote Kerêta_Angin 20-11-2014 06:43 PM
tinkiwinki posted on 20-11-2014 09:04 AM
Jadinya apa dong?

jadinya kedondong...
Quote nolya 20-11-2014 06:52 PM
Kerêta_Angin posted on 20-11-2014 06:42 PM
wah awak pinter jg ngomong indo ye...tapi gunakan bhs baku...tu slang aje....nggak2 ...duh gue

bisa dong.  pernah tinggal di sana sambil menyelami kesusahan rakyat di sana.
Quote Kerêta_Angin 20-11-2014 07:00 PM
nolya posted on 20-11-2014 10:52 AM
bisa dong.  pernah tinggal di sana sambil menyelami kesusahan rakyat di sana.

oh patut ler...camtu rupanya..

kalo begitu lebih pinter awaklah ngomong2 sih2 ni berbanding saya
Quote dcruins 20-11-2014 07:39 PM
nak dijadikan presiden la tu!! tak lama lagi propaganda film si Ahok pulak keluar, strategi sama macam mereka naik kan Jokowi. media indon dah start dah promote lebih2 dengan si ahok ni.
Quote Mary_jane 20-11-2014 07:49 PM
Pak ahok ni tegas org nya. Tgk dia kt talk show sarah sechan. Nama panggilan ahok tu ayah dia yg bagi, as according to chinese ahok means gigih/keinginan tuk belajar.
Quote primemova 20-11-2014 08:05 PM
Ahok adalah orang indonesia yg fasih berbahasa indonesia pergi ke sekolah indonesia... Cina malaysia???
Quote nolya 20-11-2014 08:17 PM
Kerêta_Angin posted on 20-11-2014 07:00 PM
oh patut ler...camtu rupanya..

kalo begitu lebih pinter awaklah ngomong2 sih2 ni berbanding say ...

mungkin............. gaya Jkt. bahasa daerah ngak bisa juga....

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085481 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top