CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Kereta rempuh pam minyak. Nasib baik tak meletup.

26-9-2012 11:10 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7297| Komen: 67

Description: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal dalam kejadian di seb ...
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.

“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.

“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 26-9-2012 09:22 AM
Quote AHMADVW 26-9-2012 09:25 AM
dengarnya 1 pam minyak rm30-40k,, betul kaa?

gambar mnujukan kualiti kereta malaysia  model iswara,,
Quote devilito 26-9-2012 09:27 AM
rileks la wei..... minyak blum naik harga lagi.......
Quote crossfire 26-9-2012 09:30 AM
AHMADVW posted on 26-9-2012 09:25 AM
dengarnya 1 pam minyak rm30-40k,, betul kaa?

gambar mnujukan kualiti kereta malaysia  model iswar ...

Shell depan Petronas Alam Damai nie.......
Quote seroja11 26-9-2012 09:34 AM
nasib baik yg naik moto x der kat situ....kalo x dgn dia2 sekali tumbang...
Quote dragger 26-9-2012 09:36 AM
boikot myk ke ape nih>?

Quote beatgirlX 26-9-2012 09:39 AM
AHMADVW posted on 26-9-2012 09:25 AM
dengarnya 1 pam minyak rm30-40k,, betul kaa?

gambar mnujukan kualiti kereta malaysia  model iswar ...

sib baik tindakan pantas di ambil...bahaya gak ni..

kete iswara tu model lamakan?
kalau model baru mau lagi teruk dari ni..


Quote wirazam 26-9-2012 09:41 AM
AHMADVW posted on 26-9-2012 09:25 AM
dengarnya 1 pam minyak rm30-40k,, betul kaa?

gambar mnujukan kualiti kereta malaysia  model iswar ...

mantap model iswara..nasib baik takde minyak memancut2..mcm dlm filem holiwudd
Quote amyainsamad 26-9-2012 09:43 AM
senang roboh rupanya pam myk...
Quote tupaiterbang 26-9-2012 09:45 AM

mabuk ka?
Quote kakiputaralam 26-9-2012 09:48 AM
Malu nya kalo jadi encik pemandu tu
Quote cmf_wombat 26-9-2012 09:48 AM
LELAKI
Quote prettyuglybabe 26-9-2012 09:50 AM
kasihannya. tapi syukur kerana pemandunya lelaki. kerana jika tertulis pemandu wanita, harus la semua pemandu wanita dikutuk kaw kaw
Quote Changa 26-9-2012 09:54 AM
pemandu pondan LGBT ke?
Quote epal10 26-9-2012 09:55 AM
Nasib baik bukan pemandu perempuan..kalau tak, thread ni akan menjadi tmpt kutukan kpd mereka. Maklumlah..sebelum ni kebanyakan eksiden rempuhan di stesen minyak melibatkan pemandu perempuan.
Quote kecimpret 26-9-2012 09:55 AM
kat shell tu ka?..aku selalu gi kat Petronas McD tuh

Quote waksir 26-9-2012 09:55 AM
ni mesti iswara, motorsikal & pam minyak tu guna minyak ron97  ... kalu guna ron95, mesti dah terbakar tu ....


Quote fatehana 26-9-2012 10:03 AM
betul yg penting pemandunya lelaki klu pompuan sure akan jadi bahan kutukan yg kaw kaw dr semua poremer
stesen shell nie berdepan dgn petronas yg ada kepsi tue, x pernah isi kat sini tp selalu lalu masa nak gie umah abg kat alam damai
Quote shahx 26-9-2012 10:09 AM
shell ni jadi tempat bypass traffic light kat situ...

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.188327 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top