CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Biarkan Anak Main Di Luar Untuk Elak Panahan Petir

25-11-2014 12:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2432| Komen: 1

Description: Kajian Yang Dibuat Oleh Seorang Penyelidik Iklim Di Universiti California, Berkeley, David Romps, Menunjukkan Bahawa Walaupun Dengan Peningkatan Suhu Hanya Beberapa Darjah Celsius Sahaja, Impak Kep ...
Jangan biarkan anak main di luar untuk elak panahan  petir

Pakar Kilat Hartono Zainal Abidin menasihatkan  ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka terutamanya semasa musim hujan ini,  untuk elakkan serangan kilat



KUALA LUMPUR: Adakah anda tahu di mana  anak-anak anda akan pergi semasa cuti sekolah ini? Apakah aktiviti-aktiviti yang  akan mereka akan lakukan?

Apa sahaja aktiviti mereka, berhati-hatilah  apabila membenarkan anak-anak anda bermain di luar, terutamanya semasa musim  hujan ini.

Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini di Amerika Syarikat  membuat ramalan bahawa kesan pemanasan global akan turut sama menyaksikan  peningkatan ketara fenomena kilat.

Kajian yang dibuat oleh seorang  penyelidik iklim di Universiti California, Berkeley, David Romps, menunjukkan  bahawa walaupun dengan peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius sahaja,  impak kepada iklim adalah sangat besar.

Kajian ini menunjukkan bahawa  kedua-dua faktor - hujan dan ketidakstabilan - boleh menyumbang kepada  77  peratus daripada kebolehubahan dalam pembentukan kilat di Amerika Syarikat.

Ia kemudiannya digunakan di dalam sebelas model perubahan iklim – iaitu  sebuah simulasi berkuasa tinggi yang menggunakan superkomputer, yang cuba untuk  mencatatkan kelakuan atmosfera dalam persamaan fizikal - untuk mengesan  bagaimana perubahan masa depan dalam parameter ini akan meningkatkan fenomena  kilat.

Hasilnya ialah peningkatan 12 peratus dalam pembentukan kilat  per darjah Celsius kepada pemanasan global, dan dengan itu, peningkatan sebanyak  50 peratus kilat pada abad ke-21 sekiranya ia berterusan.

Walau  bagaimanapun, pakar kilat, Hartono Zainal Abidin, berkata Malaysia telah dan  sedang mengalami banyak fenomena kilat kerana kita mengalami ribut petir secara  kerap.

Beliau berkata kajian Romps adalah berdasarkan model simulasi  dan secara umumnya ia dikatahui bahawa paras haba yang tinggi akan membawa  kepada paras kelembapan yang tinggi dan ini akan membawa kepada peningkatan  kekerapan ribut petir.

"Walau bagaimanapun, Malaysia belum lagi melihat  kesan pemanasan global di dalam kejadian kilat.

"Para penyelidik tidak  sebenarnya memerhatikan ribut petir. Tetapi mungkin ada kemungkinan ia berlaku  di sini. Kita hanya perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, "katanya kepada  Astro AWANI baru-baru ini.

Hartono berkata Malaysia mengalami sebanyak  180 hingga 200 ribut petir  dalam setahun berbanding dengan negara-negara  barat.

“Contohnya, Florida hanya mempunyai sebanyak 80 ke 100 hari yang  mengalami ribut petir dalam setahun. London pula hanya menpunyai 10 ke 20 hari  yang mengalami ribut petir dalam setahun.

"Malaysia pula adalah antara  10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Oleh kerana kita kini  berada di dalam musim akhir peralihan monsun,  dan pada permulaan monsun  timur laut di mana terdapat peningkatan angin dan ribut, jadi kita perlu lebih  berhati-hati," katanya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, monsun  timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.

  Jabatan itu turut menyatakan bahawa semasa musim-musim peralihan monsun, angin  pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah.

Sementara itu,  Hartono berkata warganegara Malaysia tidak harus mengabaikan bahaya kilat dan  mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya semasa musim cuti sekolah ini.

Usaha pelbagai pihak diperlukan bagi mewujudkan kesedaran tentang kilat  untuk kanak-kanak sekolah dan melindungi mereka daripada serangan kilat,  katanya.

"Ibu-bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka  lakukan semasa ribut petir. Jangan biarkan anak-anak anda berada di luar semasa  ribut petir. Terangkan kepada mereka mengapa ia adalah bahaya untuk berada di  luar semasa ribut petir.

“Kesedaran itu harus datang dari peringkat  sekolah, kementerian serta Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Sebagai  contoh, perkara yang paling mudah yang boleh mereka lakukan adalah untuk  menjalankan program keselamatan kilat di sekolah-sekolah serta  jabatan-jabatankerajaan dan mengedarkan poster mengenai tips keselamatan kilat  ke sekolah-sekolah," katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 24-11-2014 03:12 PM
Thx ..mak aku suka biaq anak main kt porch keta la ni..risau plak..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053800 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top