Jac belum bersedia berhijrah ke Amerika Syarikat
Bagaimanapun katanya, suaminya akan kembali ke Malaysia sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember nanti. "Kami bukannya berjauhan untuk tempoh lama dan dia baharu sahaja kembali ke Amerika pada Oktober lalu kerana urusan kerja. "Malah dia merancang untuk menetap di Malaysia selepas ini kerana selesa tinggal di negara ini," jelasnya. Tambah Jaclyn, bagi mengubat rasa rindu terhadap suaminya, mereka sentiasa berhubung menerusi telefon untuk mengetahui keadaan masing-masing. Sementara itu, Jaclyn memberitahu, Unleashed memperlihatkan kredibilitinya sebagai penulis lirik menerusi tiga lagu. Jelas Jaclyn, dia teruja diberi peluang oleh KRU Music untuk berbuat demikian kerana telah lama memendam hasrat untuk menulis lagunya sendiri. "Biarpun ia bukan proses yang mudah tetapi saya berjaya melakukannya dan sudah pasti suami banyak memberi input tentang penulisan lirik yang baik.
"Selepas sepuluh tahun bergelar penyanyi, saya yakin ini adalah masa paling sesuai untuk saya tampil dengan karya sendiri," ujarnya. Selain Remedy , album terbitan Edry Abdul Halim itu turut memuatkan lagu seperti Over and Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan Magical Moment duet bersama Az Yet. Dalam perkembangan sama, Jaclyn berkata, album berkenaan turut memperlihatkan kepelbagaiannya dalam menyampaikan lagu- lagu selain berentak balada bersesuaian dengan kehendak muzik masa kini. Malah jelas Jaclyn, album berkenaan turut dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia mencapai standard dan dapat diterima pendengar antarabangsa. "Asalnya pihak KRU ingin melancarkan single sahaja tetapi kami menyedari untuk pergi ke luar negara kita perlukan album penuh dan inilah hasilnya. "Biarpun terpaksa berulang-kali melakukan rakaman bagi mendapatkan hasil terbaik namun saya puas," katanya. Unleashed mula dipasarkan dalam bentuk fizikal dan digital bermula Khamis. |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064365 second(s), 32 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.