CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Farhan Kata Karisma Kapoor Sombong

26-11-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34749| Komen: 232

Description: "Saya Masih Belum Berisi Lagi. Kami Pun Masing-Masing Sibuk Dengan Agenda Kerja. Tambah Pula Nak Dekat Hujung Tahun Dan Alhamdulillah Rezeki Terus Murah. Suami Pun Perlu Kerja Luar Kawasan Hingga Ka ...
Farhan Kata Karisma Kapoor Sombong


KUALA LUMPUR: Satu acara membabitkan jenama barang kemas di pusat membeli-belah Starhill Gallery, Bukit Bintang diadakan, malam tadi.
Malah beberapa orang artis Bollywood turut diundang memeriahkan acara berkenaan termasuk Karisma Kapoor.

Artis tempatan, Farhan Azizan turut diundang ke acara yang bertemakan Bollywood itu. Malah acara berkenaan turut dihadiri golongan kerabat dan orang kenamaan (VIP) yang semestinya antara penyokong jenama barang kemas terbabit.



Farhan sendiri berpeluang memilih barang kemas di sisi Karisma. Selain sempat mengabadikan gambar berdua, mereka sempat bersembang sekitar setengah jam kerana kesuntukan masa.

Karisma yang sebelum ini dilihat berbadan tembam sudah kembali ramping sehingga Farhan sendiri tidak menyedari kelibatnya. Kata Farhan, Karisma terlalu kurus daripada penampilannya beberapa tahun dulu.

Cuma di sebalik keseronokan bersua bintang Bollywood yang pernah digilai penggemar filem Hindi suatu ketika dulu di negara kita, Farhan berani menempelak kakak kepada Kareena Kapoor itu cukup berlagak dan sombong. Ia bukan perkara pelik pun.

"Adatlah kalau bintang luar diagung-agungkan di negara kita. Sedangkan mereka seperti memijak kepala kita saja. Tapi dia masih mampu tersenyum di depan tetamu dan melayan permintaan untuk bergambar.

"Cuma satu yang saya perhatikan dia memang tak bersalam dengan orang di acara itu. Benar kalau dia dianggap Tuhan di negaranya sendiri tetapi di negara kita dia tidak dianggap sebegitu. Dia datang ke sini pun semestinya dibayar.

" Pada satu tahap saya tengok dia sendiri menolak untuk bergambar dengan tetamu. Malah hingga bercakap atau menyahut percakapan orang pun seperti tak kuasa lagaknya. Negara kita murah dengan adab dan senyuman, jangan fikir kita nak puja dia seperti di negaranya," katanya yang dihubungi BH Online sebentar tadi.

Ketika dihubungi Farhan sedang berada di rumah dan mahu bergegar ke luar untuk melangsaikan urusan kerja seninya.

Farhan kini sudah sebulan bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi. 

"Saya masih belum berisi lagi. Kami pun masing-masing sibuk dengan agenda kerja. Tambah pula nak dekat hujung tahun dan Alhamdulillah rezeki terus murah. Suami pun perlu kerja luar kawasan hingga kami belum sempat berbulan madu.

"Dek kesibukan itu kami bercadang untuk berbulan madu tahun depan saja. Kami akan ke Kepulauan Maldives," kata bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat.














Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadzyjemi 25-11-2014 03:59 PM
ooookkkk.. mmg pun bintang bollywood ni berlagak.. xsedooo diri
Quote supernaturalee 25-11-2014 04:04 PM
lainnya karisma
kurus sangat hey?
hari2 makan kari ka hey?
Quote ellynorman 25-11-2014 04:04 PM
fadzyjemi posted on 25-11-2014 03:59 PM
ooookkkk.. mmg pun bintang bollywood ni berlagak.. xsedooo diri

sungguh laaa
Quote ikaizraa 25-11-2014 04:04 PM
yg ok kajol je kot
Quote PEPPERMAN 25-11-2014 04:05 PM
dah berkurun orag melalak puak2 bolywood ni sombong nak mampus,
yang ko hadap sangat apsal?
feeling2 kalo ko artis minah bollywood pun terkinja nak jumpa ko?
ko pun artis suam2 air sejuk saja...
Quote mixed 25-11-2014 04:05 PM
dah berceraikan kan karisma kapor ni

bollywood ni mmg berlagak
dulo amithabelacan dtg sini pn berlagak jugak
Quote chinta89 25-11-2014 04:07 PM
kurus gila karisma...
Quote shernazz 25-11-2014 04:07 PM
Mcm muka shahora..
Quote blinkazwa 25-11-2014 04:08 PM
naik kete besar pun, buka tingkap,berlagak bawak laju2 cucuk kereta org merata..
ini kan pulak jadi retis satu dunia kenal.. Last edited by blinkazwa on 25-11-2014 04:10 PM

Quote dauswq 25-11-2014 04:09 PM
yg okay sket yg tak popular kt negara sendirik
Quote Munnalicious 25-11-2014 04:10 PM
Naib baik Farhan x sombong. Moga Farhan sentiasa menjadi retis yg sentiasa disanjung peminat.
Quote Dadadi 25-11-2014 04:11 PM
kurus sgt karisma ni
Quote fizamn 25-11-2014 04:12 PM
lahai mmg kaum kaler tue majoriti nye berlagak... mmg bukan semua tapi kebanyakkan mmg mcm tue.. ape leh wat di ajar gitew ikut kasta.... kui kui kui kui...
Quote cmf_blingblings 25-11-2014 04:15 PM
Kalau yg berdiri sebelah dia si Pajura ke Pasah pastilah Karisma tu terbuntang mata.....kalah bollywood ohhh
Quote cikgojesss 25-11-2014 04:20 PM
iols ingat farhan ex hubby kak bakyah..
Quote kakprik 25-11-2014 04:45 PM
karisma dgn kareena dekat negara diaorang sendiri pon tak der yang suka..malah adik beradik ni digelar pasangan adik beradik yang paling banyak bergaduh sesama rakan artis..meh akak senaraikan..dgn peminat lagi la berlagak..pernah terbaca yg kareena pernah renung budak yg tengok dia sampai budak tu menangis..

diaorang bergabung tenaga bergaduh dgn..
1-manisha koirala
2-priety zinta
3-bipasha basu
4-raveena tandon
5-amisha patel
6-diya mirza
7-john abraham
8-priyanka chopra
9-aishwarya rai
10-sanjay leela bhansali

dan banyak lagi.... Last edited by kakprik on 25-11-2014 04:46 PM

Quote Orix 25-11-2014 04:48 PM
lawa lagi rita rudaini... choiii
Quote SweetShera 25-11-2014 04:51 PM
kakprik posted on 25-11-2014 04:45 PM
karisma dgn kareena dekat negara diaorang sendiri pon tak der yang suka..malah adik beradik ni digel ...

mental ka apa karisma ni
Quote yuyoi 25-11-2014 04:52 PM
ramainya senarai musuh adik beradik ni.  karisma kurus sangat, xnampak cantik sangat dah

Lihat semua komen(232)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.323161 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top