CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairy Tak Puas Hati Layanan Singapura Pada Penyokong Malaysia

26-11-2014 12:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5166| Komen: 20

Description: Khairy Berkata Beliau Memperolehi Makluman Mengenai Penahanan Segelintir Penyokong Negara Di Pusat Pemeriksaan Tuas Di Singapura Sebelum Bermulanya Perlawanan Berkenaan Pada Hari Perlawanan.
Khairy Tidak Puas Hati Layanan Singapura Ke Atas Penyokong Malaysia   



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kecewa dengan layanan 'berat sebelah' pihak berkuasa Singapura yang didakwa tidak membenarkan segelintir penyokong negara memasuki negara itu bagi menyaksikan aksi pembukaan Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Jalan Besar, Ahad lepas.

Beliau turut mempersoalkan mengenai kebanjiran warga Myanmar di stadium berkenaan yang turut dibenarkan membawa masuk bendera gergasi negara mereka.

Justeru, Khairy berkata beliau telah mengutus surat kepada pihak berkuasa Singapura bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

"Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia.  

"Saya akan maklumkan pada semua apa jawapan yang diberi oleh pihak Singapura dan apa respons kita nanti," kata Khairy dalam entri terbaru di laman Facebooknya, pada Selasa.

Khairy berkata beliau memperolehi makluman mengenai penahanan segelintir penyokong negara di Pusat Pemeriksaan Tuas di Singapura sebelum bermulanya perlawanan berkenaan pada hari perlawanan.

"Saya diberitahu bahawa penyokong-penyokong tersebut ditahan dan dilarang untuk memasuki Singapura, semata-mata kerana mereka ingin menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan menentang Myanmar.

"Gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura pun sudah tersebar luas di media sosial," jelas Khairy.

Perlawanan berkenaan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

11

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 26-11-2014 09:07 AM
puihh singapurak.. macam la team die tu power sangat.

go myanmar! kalah kan dorang malam ni
Quote rosasa 26-11-2014 09:21 AM
tak baca artikel... tengok gambar saja
Quote zorrro_03 26-11-2014 09:29 AM
Aku nampak mcm kj ni byk sgt isu semenjak dua ni.  Senagaja nak publicity murahan kah?  
Quote kentel 26-11-2014 09:43 AM
singapork...what so weird about that...

Quote damian_lee 26-11-2014 09:46 AM
qronaldo7 posted on 26-11-2014 09:07 AM
puihh singapurak.. macam la team die tu power sangat.

go myanmar! kalah kan dorang malam ni

biasalah tuan rumah ..... secara logiknya dia nak main "pscychology war" la tu ...
sbb definately dia xmampu kalahkan Thailand .... so dia kna tumbangkan Malaysia la utk dpt top 2 utk melayakkan dia ke peringkat seterusnya ...
paling koman dia nak masuk final ......
Quote chaintea 26-11-2014 09:55 AM
zorrro_03 posted on 26-11-2014 09:29 AM
Aku nampak mcm kj ni byk sgt isu semenjak dua ni.  Senagaja nak publicity murahan kah?

ada majlis kt PWTC

kena tonjolkan kehebatan diri


Quote tinkiwinki 26-11-2014 09:56 AM
KJ ni suka justify isu semasa. Menteri lain mana?
Quote kentutmanis 26-11-2014 09:58 AM
myanmar punye penyokong mmg xsenonoh, sopan lg penyokong msia
Quote sriwanis 26-11-2014 10:01 AM
Ok jugak nampak jugak wat keje..klu fam kompem senyap..
Quote zorrro_03 26-11-2014 10:09 AM
chaintea posted on 26-11-2014 09:55 AM
ada majlis kt PWTC

kena tonjolkan kehebatan diri

Hahaha.  Fossible. Btw dia ni jenis wat khmer laa compared dgn menteri bodoh lain muka mintak penampar mcm menteri ayam badut tu.  
Quote ResellerMaxis 26-11-2014 10:27 AM
zorrro_03 posted on 26-11-2014 09:29 AM
Aku nampak mcm kj ni byk sgt isu semenjak dua ni.  Senagaja nak publicity murahan kah?

isu padang bukit jalil yang dia upgrade..habis berpuluh juta n stadium ditutup setahun..tapi rumput sama macam xupgrade..xpulak dia kecewa..
Quote ResellerMaxis 26-11-2014 10:29 AM
kentutmanis posted on 26-11-2014 09:58 AM
myanmar punye penyokong mmg xsenonoh, sopan lg penyokong msia

penyokong myanmar sudah tentu yang menetap di singapore..paling tidak pun hanya diperiksa ketika hendak memasuki stadium..bukan macam penyokong malaysia yang berarak dari sebalik tembok besar..karang jadi rusuhan payah pula..so memang patut pun dia orang halang mereka yang dilihat mampu mencetuskan kacau bilau dari memasuki negara mereka..
Quote zorrro_03 26-11-2014 10:51 AM
ResellerMaxis posted on 26-11-2014 10:27 AM
isu padang bukit jalil yang dia upgrade..habis berpuluh juta n stadium ditutup setahun..tapi rumpu ...

Bukan hari tu dia tendang tiang ke.  Kecewalah tu.  
Quote ResellerMaxis 26-11-2014 10:57 AM
zorrro_03 posted on 26-11-2014 10:51 AM
Bukan hari tu dia tendang tiang ke.  Kecewalah tu.

kecewa sepak tiang je?? dia ni macam anjing..menyalak jer lebih..action yilek.. dah terang upgrade padang tu bawah kuasa dia..sepatutnya suruhlah agensi bawah dia amik tindakan terhadap kontraktor yang terlibat..or suruh kontraktor tu buat sampai cantik ke denda ke apa lah..but nothing...dia dapat komisyen ke apa..dari sorang yang suka menyalak..tetiba jadi pemalu macam kucing untuk isu padang tersebut..
Quote CrowneGlory 26-11-2014 11:05 AM
Mohon warga prc berak merata2 kat Singapore lg.. :lol
Quote zorrro_03 26-11-2014 11:06 AM
ResellerMaxis posted on 26-11-2014 10:57 AM
kecewa sepak tiang je?? dia ni macam anjing..menyalak jer lebih..action yilek.. dah tera ...

Aku harap dia ada ambil tindakan wajar utk isu padang bt jalil tu.
Quote MelahJanda 26-11-2014 11:08 AM
ResellerMaxis posted on 26-11-2014 10:57 AM
kecewa sepak tiang je?? dia ni macam anjing..menyalak jer lebih..action yilek.. dah tera ...

aku setuju
menyalak lebih action yillek
nasib aku bukan dalam ministry dia
asik kene salak..pening kawan-kawan
Quote ResellerMaxis 26-11-2014 11:11 AM
zorrro_03 posted on 26-11-2014 11:06 AM
Aku harap dia ada ambil tindakan wajar utk isu padang bt jalil tu.

kita sama-sama saksikan..
Quote ResellerMaxis 26-11-2014 11:11 AM
MelahJanda posted on 26-11-2014 11:08 AM
aku setuju
menyalak lebih action yillek
nasib aku bukan dalam ministry dia

bersedialah kau..berdasarkan pengalaman di malaysia ni..siapa jadi menteri belia dan sukan berkemungkinan jadi semua menteri sebelum jadi tpm/pm..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065902 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top