CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Scarlett Johansson Bakal Berkahwin?

26-11-2014 04:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6292| Komen: 8

Description: Scarlett Menjadi Sorotan Setelah Memakai Cincin Berlian Di New York, Selasa (18/11). Namun, Scarlett Belum Memberi Komen Tentang Rumor Tersebut Sewaktu Ditanya Di Acara Yang Menjadi Peringatan 2 Tahun ...
Scarlett Johansson Bakal Berkahwin?


Pada Ogos 2013, Scarlett Johansson mengumumkan berita gembira telah bertunang dengan jurnalis asal Perancis, Romain Dauriac. Aktres "The Avengers" tersebut juga sudah melahirkan anak pertamanya pada September 2014 lalu.

Semakin serius menjalin hubungan, ketika ini Scarlett dikhabarkan akan segera berkahwin dengan Romain. Rumor tersebut berhembus setelah aktres berusia 29 ini dilihat mengenakan cincin di jari manisnya.

Scarlett menjadi sorotan setelah memakai cincin berlian di New York, Selasa (18/11). Namun, Scarlett belum memberi komen tentang rumor tersebut sewaktu ditanya di acara yang menjadi peringatan 2 tahun terjadinya Taufan Sandy.

Sementara itu, setelah kelahiran anak pertama, Scarlett pernah mengungkapkan bahawa dia ingin berkahwin. Jika benar bagai dikata, maka tidak lama lagi dia akan mengahwini Romain.

Scarlett sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor asal Kolombia, Ryan Reynolds. Mereka tidak mempunyai anak hasil dari perkahwinan tersebut.
                        


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 22-11-2014 11:24 PM
bila dia convert islam?
Quote fadzyjemi 22-11-2014 11:26 PM
huh.. xpun tulis dia convert
Quote Mary_jane 23-11-2014 12:40 AM
Ok dh tukar, nikah -> kahwin. nasiblah sapa dh copy
Quote zeeroo 4-12-2014 07:04 AM
oo.. xtau lak sebelum ni dia pernah kahwin ngn ryan reynolds...
Quote Mary_jane 6-12-2014 01:20 AM


Aktres terkenal Hollywood, Scarlett Johansson telah mendedahkan dia sudah pun berkahwin buat kali kedua pada September lalu dengan kekasihnya yang merupakan seorang wartawan, Romain Dauriac.


Dipetik dari sebuah akhbar, satu sumber terdekat telah memberitahu perkahwinan itu terpaksa dilakukan secara senyap-senyap kerana mahu mengelak dari dihidu pihak media.

"Mereka sengaja memilih Paris kerana ia bukan saja lokasi romantis, malah kota berkenaan juga tempat kelahiran suaminya.

"Pasangan itu berkahwin sebaik saja anak mereka dilahirkan," ujar sumber tersebut.

Scarlett dan Romain mula menjalin hubungan sejak tahun 2012 dan bertunang setahun kemudian.

Terdahulu, Scarlett pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds sebelum mereka berpisah kira-kira empat tahun lalu.




Last edited by Mary_jane on 6-12-2014 01:25 AM

Quote iluma 30-12-2014 02:19 PM
laki baru ni pun
muka lebih kurang cm ryan reynolds
Quote alesandra 30-12-2014 05:21 PM
dia neh bukan ke pregnant?dah beranakkah?
Quote reenaz 31-12-2014 02:17 AM
Mary_jane replied at 6-12-2014 01:20 AM
Aktres terkenal Hollywood, Scarlett Johansson telah mendedahkan dia sudah pun berkahwin buat kal ...

Ensem lg si ryan reynolds.. Ryan pun dah ade anak ngan blake lively kan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.254517 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top