CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Martha Stewart Bekerjasama Dengan Blake Lively

26-11-2014 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4071| Komen: 0

Description: Dipetik Daripada Laporan Vogue, Personaliti Televisyen Stewart Telah Menawarkan Dirinya Untuk Melakukan Sesuatu Istimewa Terhadap Blog Gaya Hidup Milik Lively.
Martha Stewart Bekerjasama Dengan Blake Lively


Walaupun pernah dikatakan berselisihan faham sebelum ini, nampaknya hubungan antara Blake Lively dan Martha Stewart dilihat sudah pulih ketika mereka digandingkan bersama ketika persidangan American Made baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan Vogue, personaliti televisyen Stewart telah menawarkan dirinya untuk melakukan sesuatu istimewa terhadap blog gaya hidup milik Lively.

"Apabila saya mempunyai masa, saya janji akan melakukan sesuatu untuk blog anda," ujarnya.

Sebelum ini Stewart, 73, telah memberi memberi komen kurang enak terhadap Lively seperti dipetik dari The Huffington Post dan mengkritik pemilihan karier keusahawanan yang dipilih oleh aktres ini.

Namun kedua-dua wanita ini dilihat mesra ketika muncul bersama pada persidangan tersebut.


Malah Stewart sempat bergurau selepas melihat perut Lively yang semakin membesar. Aktres berusia 27 tahun ini kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan aktor Ryan Reynolds.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037951 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top