CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangisan Cuba Berhijab

27-11-2014 02:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12850| Komen: 106

Description: “Namun Sambutan Diterima Daripada Masyarakat Bandar Luar Biasa Apabila Seramai 100 Wanita Mencubanya Dan Kami Yakin Ia Mampu Membuka Hati Mereka Untuk Menutup Aurat Dan Berubah Demi Allah,” Katanya ...
Tangisan Cuba Berhijab

Johor Bahru: “Tanpa disedari, saya menangis sebaik berjubah dan memakai niqab (pelindung muka). Walaupun hanya kurang 20 minit mencuba, ia membuka hati saya untuk berhijab dalam masa terdekat,” kata seorang kakitangan awam, Ummul Khairi Fatimah Ibrahim, 26.

Ummul Khairi Fatimah antara 100 wanita Islam yang menyertai Program Hijab anjuran World Event Management di Plaza Angsana, di sini, kelmarin.
Berasal dari Kempas, dia yang sudah bergelar ibu kepada dua anak pernah terfikir untuk berhijab, tetapi hatinya belum sepenuhnya terbuka.

“Ini kali pertama saya mencuba niqab dan berjubah dan berasa amat selesa. Dalam tempoh terdekat ini, saya berniat mahu bertudung, tambahan pula saya sudah berkeluarga dan ingin menjadi contoh kepada anak,” katanya yang ditemani suami, Saiful Bahri Shamri, 27, ke program itu.

Sementara itu, pengerusi penganjur program, Noor Diana Hashim, 36, berkata, program berkenaan antara pengisian karnival pengantin Dunia Raja Sehari yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, objektif program berkenaan  untuk menggalakkan lebih ramai wanita Islam bertudung dan menutup aurat.

Katanya, sepanjang karnival yang diadakan selama seminggu itu, wanita Islam berpeluang untuk berkunjung ke gerai menjual pakaian Muslimah di pameran pengantin untuk mencubanya terutama niqab.

“Kami tidak memaksa mereka untuk berniqab atau berhijab kerana program ini juga bukan bertujuan menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Namun sambutan diterima daripada masyarakat bandar  luar biasa apabila seramai 100 wanita mencubanya dan kami yakin ia mampu membuka hati mereka untuk menutup aurat dan berubah demi Allah,” katanya.

UMMUL (tiga dari kiri) antara 100 wanita Islam yang menyertai Program Hijab.


4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 27-11-2014 08:16 AM
Najib baru nak bentang Kertas Putih IS...
Quote Neraka Bulan 27-11-2014 08:24 AM
Bertambah lagi ninja celup haram sana sini kat malaysia ni.
Quote batmana 27-11-2014 08:34 AM
biarla dia  nk pakai,
bukan pakai duit mak pak hang pun
Quote Bell 27-11-2014 08:43 AM
Aku tak setuju org tutup muka mcm nie sebab kita tak tahu siapa di sebalik tutup muka tersebut....
Quote mak_wa95 27-11-2014 08:43 AM
baguslah..

anjur program berhijab...
Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2014 08:45 AM
Melayu nak jadi bangsa arab. Cina India masuk Islam nak jadi bangsa Melayu. Kekeke
Quote tunaluna 27-11-2014 08:46 AM
drama sangat sampai nak nangis2
Quote famri7 27-11-2014 08:47 AM
Ajaib sungguh sis,sampai melekat kelubung lalu menangis meratib hiba..Habistu makcik tudung merah yng nampak lengan tuh bila lagi nak menangis bila pakai niqab?..Semakin ramai la ninja di meleisia.alhamdulillah.
Quote Badut.Sarkas 27-11-2014 08:50 AM
welcome to the club.

Quote tinkiwinki 27-11-2014 09:13 AM
aku tgk org berjilbab berniqab ni boleh tahan galak jugak kt media sosial.
Quote Equalizer 27-11-2014 09:35 AM
Neraka Bulan posted on 27-11-2014 08:24 AM
Bertambah lagi ninja celup haram sana sini kat malaysia ni.

haram @ salah ke berniqab??

kalau haram @ salah, maka salah lah isteri Nabi s.a.w. berniqab....

Sila rujuk Hadis riwayat Imam Bukhari (4750) daripada Urwah dalam Kitab Tafsir, bab ke 60,
Dibawah adalah petikan hadis yg diriwayatkan oleh Aisyah r.a.:


Safwan bin Muattal as-Sulami az-Zakwani[4] pula merupakan askar yang terlewat dan berjalan di belakang para tentera. Dan tatkala beliau sampai di kawasanku, beliau nampak bayangan orang yang sedang tidur, lalu dia pun datang, dan setelah melihatku dia mengenaliku. Ini kerana dia pernah melihatku sebelum turunnya suruhan berhijab. Setelah beliau cam diriku, beliau (terkejut seraya) mengucapkan istirja’ (Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un) dan aku terjaga (dari tidurku) kerana mendengar istirja’nya itu. Lalu aku segera menutup mukaku dengan kain penutup mukaku. Demi Allah, dia tidak bercakap denganku walau sepatah dan aku pula tidak mendengar satu kalimah pun (dari mulutnya), kecuali kata-kata istirja’nya sahaja. Lalu beliaupun menarik untanya mendekatiku dan mendudukkannya (untuk menyenangku naik tanpa perlu menyentuhku), dan aku pun naik (menunggangnya). Safwan pun mula berjalan (kaki) mengheret untanya sehinggalah kami sampai di kawasan perhentian tentera di waktu panas terik matahari.

(Aisyah meneruskan ceritanya lagi dengan katanya): Lalu dengan sebab itu binasalah orang yang binasa (dengan menyebarkan fitnah bahawa aku berzina dengan Safwan) dan orang yang mengepalai fitnah besar ini ialah Abdullah bin Ubai bin Salul.

Quote budaktua 27-11-2014 09:42 AM
batmana posted on 27-11-2014 08:34 AM
biarla dia  nk pakai,
bukan pakai duit mak pak hang pun

mmg dah mcm...

sorang nak buat baik, 10 yg lain pg maki...

cuma nak pesan juga klu nak buat perubahan tu biarkan dgn ilmu..klu ikut rasa teringat je..cepat cair benda ni...

Quote pooh~key 27-11-2014 09:50 AM
selamat masuk bangsa arab. anda sudah boleh diblacklist dari status bumiputra. no more ASB.
Quote fifie_olin 27-11-2014 10:32 AM
niqab ni x wajib...tepulg pd individu...jgn la dia di maki2...
Quote pooh~key 27-11-2014 10:34 AM
fifie_olin posted on 27-11-2014 10:32 AM
niqab ni x wajib...tepulg pd individu...jgn la dia di maki2...

mengkhianati bangsa melayu, mestilah dimaki.
Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2014 10:47 AM
Bangsa arab sendiri pun kata tutup macam tu hanyalah pakaiyan tradisi mereka je. TIDAK di tuntut oleh agama. Ada aku nampak perempuan arab yang tutup macam tu bertatoo pun ada, kaler kaler rambut ada, aku biasa nampak dia orang beli benda alah tu untuk kaler kan rambut dan bersepah yang cukur bulu kening. Lagi satu aku tak pasti lah sejenis tu warga negara mana, dia orang pun tutup macam tu tapi keluar masuk rumah yang ada bendera israel tu. Yang tu aku tak boleh nak pastikan dia orang agama apa sebab aku selalu nampak dari jauh je. Yang pasti mereka adalah bangsa arab.
Quote wanlya 27-11-2014 10:48 AM
apa keperluan niqab ni sebenarnye??? confius aku...sepaham aku org arab ni kalau berniqab sebab nak elakkan pasir masuk mulut sebab merekan kan tinggal kat kawasan berpasir...huhuhuh
Quote famri7 27-11-2014 10:48 AM
Alhamdulilleh..akhirnya berjaya akak tersebut transform jadi yummah ereb suchi syumul.
Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2014 10:51 AM
Aku rasa lah. Sepatutnya ostaz ostaz Malaysia ni kena bagi penerangan kepada warga pprt ni bahawa tutup muka macam alien tu bukannya tuntutan agama tetapi hanyalah pakaiyan tradisi bangsa arab je. Jangan fikir bila dah tutup macam tu mereka adalah terlalu islam ataupun terlalu alim sedangkan ianya tiada kena mengena dengan agama.

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056244 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top