CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Terkini:Ibu Solehah Sorok Mayat Bayi Bawah Telekung!

27-11-2014 03:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11281| Komen: 46

Description: “Pada Mulanya Saya Berasa Tidak Sedap Hati Dan Memberanikan Diri Membuka Bungkusan Kain Itu Lalu Ternampak Kaki Bayi.
Terkini:Ibu Solehah Sorok Mayat Bayi Bawah Telekung

LEDANG - Masjid Bandar Tangkak, di sini, gempar apabila mayat bayi perempuan yang dibungkus dengan kain batik ditemui dalam almari di ruang solat wanita masjid berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mayat bayi malang itu yang dipercayai dilahirkan kurang daripada tujuh hari, dijumpai seorang pekerja am wanita dikenali sebagai Nisha, 20an, ketika mengemas telekung dalam almari berkenaan.

Noja masjid, Othman Mahabat, berkata, Nisha memanggilnya mengatakan menjumpai satu bungkusan pelik di bawah timbunan telekung di bahagian bawah almari.

Menurutnya, dia segera ke ruang solat wanita dan terkejut mendapati bungkusan itu adalah mayat bayi perempuan.

“Pada mulanya saya berasa tidak sedap hati dan memberanikan diri membuka bungkusan kain itu lalu ternampak kaki bayi.

“Kemudian saya buka keseluruhan bungkusan dan mendapati mayat bayi perempuan yang cukup sifat bersama kesan potongan tali pusat yang sudah kering,” katanya.

Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam almari telekung ruang solat wanita Masjid Bandar Tangkak, semalam.


Menurutnya, dia meminta Nisha terus berada di ruang tersebut sementara dia ke pejabat agama terletak di hadapan masjid untuk memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada kakitangan pejabat tersebut.

Katanya, dia sedih melihat mayat bayi itu dan percaya ia ditinggalkan antara jam 7 hingga 8 pagi semalam kerana setiap malam selepas solat Isyak, masjid dikunci dan dibuka semula waktu Subuh atas faktor keselamatan.

Katanya, insiden tersebut adalah pengalaman pertamanya sejak lebih 30 tahun bekerja sebagai noja masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 kanun keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pihak polis sedang giat mengesan ibu bapa bayi malang itu termasuk membuat pengecaman menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid berkenaan.

1

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 27-11-2014 12:28 PM
kenapalah letak bawah timbunan telekung....kalau orang tak perasaan, lamalah mayat baby tu kat situ siap membusuk lagi
Quote alieyrina 27-11-2014 12:32 PM
Geram nyaaa...harap betina tu mampos digilis lori !
Quote asher 27-11-2014 12:34 PM
sedihnyer..sampai x terkata..
Quote kejoraria 27-11-2014 12:36 PM
mesti masa lahir tu hidup lg....ntah mcmanalah dia seksa baby tu supaya mati....maybe tak bg susulah tu.......atau ditekup muka baby tu ngan bantal bg mati ker.....mmg syiiiialllllll tahap ba alif ba ya tul la durjana itu!
Quote sunquick 27-11-2014 12:36 PM
sedihnyeeee....

sapa la yg tergamak wat camtu ...
Quote lizaluvliz 27-11-2014 12:39 PM
napela x bg org masjid je
dh la wat dosa...bertambah2 dosa dgn membunuh anak sendiri
Quote ad_hoc79 27-11-2014 12:42 PM
semoga cepat ditangkap pelaku nye
Quote lostfaith 27-11-2014 12:43 PM
Ini kes beranak tanpa nikah tapi bukanlah kes bunuh or seksa. Mungkin the mother tak reti jaga anak baru lahir n baby tuh mati. atas rasa kasih sayang, dia nak baby tuh disempurnakan dengan cara yang baik n mengikut agama. Kalu langsung takda kasih sayang, dah dicampak ke tempat sampah bagi anjing makan or buang dalam sungai. tak perlu susah susah ke hantar kat masjid bagi orang jumpa. Dia letak kat masjid supaya orang masjid boleh uruskan jenazah. Masih berhati perut cuma bodoh gi berzina pastu tak reti pulak nak ambik perancang kehamilan.
Quote namirulmukminin 27-11-2014 12:48 PM
Minah JDT mana la punya keje tu...
Quote ultra78 27-11-2014 12:50 PM
Semoga roh bayi itu dicucuri rahmat
Quote mak_wa95 27-11-2014 12:53 PM
sorok dalam almari telekung...

Quote prettyuglybabe 27-11-2014 01:02 PM
aduhai..

semoga mak bapak baby ni mandul selama-lamanya
Quote lavapiranha 27-11-2014 01:06 PM
Mesti belajar dari ozzy yg buang anak dlm longkang itu hari si mak budak ni..

Quote sashin 27-11-2014 01:38 PM
prettyuglybabe posted on 27-11-2014 01:02 PM
aduhai..

semoga mak bapak baby ni mandul selama-lamanya

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote Badut.Sarkas 27-11-2014 01:42 PM
baru je baca thread Isele telah menang tadi.. tup tup masuk thread ni ada plak malaun bohsia wat dajal..

Quote budak_gemuk91 27-11-2014 01:52 PM
siannye...nape xletak elok2???masjid tu besar kn....dlm almari gak ko nk sumbat...geram tol la...
bg la at aku ni
Quote myakayina 27-11-2014 01:57 PM
baby tu dah meninggal gigih ko nak sorok dlm lemari telekung..
Quote batmana 27-11-2014 02:09 PM
klu 7-8 pagi, msti dklgn pnduduk situ juge..
Quote kanan_kiri 27-11-2014 02:14 PM
kesiannye budak tu..
semoga kau akan menyesal tindakan kau ni..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top