CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Burger King Kini Milik Penuh Bumiputera

27-11-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12208| Komen: 63

Description: "Pelupusan Ini Mencatat Kadar Pulangan Dalaman Kasar (Irr) Negatif Sebanyak 21 Peratus Dan Jumlah Pelaburan Diterima Balik Sebanyak 0.64 Kali Ganda Modal Yang Dilabur Menerusi Dua Dana," Kata Ekui ...
Burger King Kini Milik Penuh Bumiputera


KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) menjual keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Burger King kepada sebuah konsortium Bumiputera yang diterajui oleh Brahim's Holdings Bhd (Brahim's) pada harga RM95 juta.

Susulan penjualan restoran sajian segera (QSR) dalam portfolio Burger King yang meliputi Malaysia dan Singapura, EKUINAS memeterai satu perjanjian penjualan saham dengan konsortium Bumiputera yang diterajui oleh Brahim's Holdings Bhd (Brahim's) hari ini.

Langkah penjualan itu adalah berikutan penstrukturan semula secara komprehensif portfolio makanan dan minuman (F&B) Ekuinas.

Ekuinas dalam kenyataannya hari ini berkata konsortium berkenaan dipilih berdasarkan merit selepas proses penjualan yang menyeluruh dilaksanakan, yang telah menarik minat empat pihak tempatan dan antarabangsa.

Konsortium yang diterajui Brahim's, jelas Ekuinas, mengemukakan tawaran terbaik dan paling kompetitif dari segi harga, sumber kewangan, keupayaan operasi dan kemampanan objektif sosial, termasuk pemilikan Bumiputera.

Katanya, pemilihan itu juga dibuat selepas konsortium berkenaan menerima sokongan dan kelulusan pihak BK Asiapac Pte Ltd, iaitu pemegang francaisor global Burger King di rantau Asia Pasifik.

"Pelupusan ini mencatat kadar pulangan dalaman kasar (IRR) negatif sebanyak 21 peratus dan jumlah pelaburan diterima balik sebanyak 0.64 kali ganda modal yang dilabur menerusi dua dana," kata Ekuinas menerusi kenyataan itu.

Ekuinas memiliki 95 peratus ekuiti dalam Burger King Malaysia dan mengambil alih kepentingan 100 peratus dalam Burger King Singapura secara progresif pada tahun 2011 dan 2012.

Mengikut kenyataan itu, keputusan untuk menyusun semula portfolio F&B dibuat selepas menjalankan kajian terperinci mengenai portfolio F&B Ekuinas dan mengambil kira bahawa perniagaan QSR memerlukan pelaburan kewangan tambahan serta keupayaan operasi untuk mengembangkan lagi rangkaian cawangan bagi mencapai keuntungan.

"Pelaksanaan penstrukturan semula portfolio akan membolehkan Ekuinas dan syarikat F&B (miliknya), Integrated Food Group Sdn Bhd (IFG) memberi tumpuan khusus serta mengembangkan segmen restoran makanan kasual dan francais manisan dan minuman di bawah pelbagai jenama seperti Tony Roma's, Manhattan Fish Market dan Coolblog," katanya.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif EKUINAS, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata pihaknya gembira kerana setelah lima tahun beroperasi, aktiviti penjualan kepentingan kini berjalan dengan lancar dan berupaya merealisasikan pulangan.

"Pelaksanaan penstrukturan semula bagi portfolio F&B Ekuinas akan membolehkan kami mengembangkan lagi perniagaan restoran makanan kasual kami iaitu Tony Roma's, Manhattan Fish Market dan jenama yang baru sahaja dilancarkan iaitu New York Steak Shack serta memberi tumpuan kepada pengembangan rangkaian CoolBlog," katanya.

Secara terkumpul, jenama restoran makanan kasual dan francais manisan dan minuman di bawah IFG mempunyai perolehan bergabung sebanyak RM280.1 juta dan kini mempunyai 443 cawangan di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Semua jenama berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM26 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM9.8 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

Dengan pengumuman aktiviti pelupusan itu, Ekuinas akan mengumpul pendapatan berjumlah RM640.4 juta selepas prosesnya dimuktamadkan dan dijangka terus mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi tahun semasa.

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tepisket.. 26-11-2014 11:35 PM
Good luck la brahim's. Airline dapat, katering pun dapat. Jgn lupa bonus k.
Quote AHMADVW 26-11-2014 11:45 PM
tahniah , nti KJ boleh belanjo pemudo umno rembau mkn pree
Quote sharlenetexas 26-11-2014 11:46 PM
jangan makin tak sedap pulak
Quote TuntungReturn 27-11-2014 12:03 AM
mcm a&w sape owner die,,lupe lak..tak nk jual a&w walaupun sendu..sendu2 pun masih catat keuntungan!
Quote mziskandar 27-11-2014 12:08 AM
fries burger king dah x sedap - bukan sesaje condem, harap ubah.
Quote mbhcsf 27-11-2014 12:14 AM
saya sebenarnya di maklumkan  yang burger king ni mmg  memberikan peluang pekerjaan pada golongan kelainan upaya jugak , kan?

kalau ya , bagus  la. ini saya dimaklumkan in 2007 .
Quote TuntungReturn 27-11-2014 12:15 AM
aku suke makan hot dog 1901..mmg sedap dan puas makan,syg die ade kt bandar2 besar,..patot sosej tu dijual..silap hbulan leh lawan ramli beger.masyarakat lebih kenal beger dari hot dog..
Quote primemova 27-11-2014 12:15 AM
Jom boikot mcd dan support ramly burger dan burger king... Kita support ekonomi bangsa kita dan boikot yahudi
Quote taikor 27-11-2014 12:34 AM
masa aku pegi Terengganu, Mekdi tak laku langsung! sendu jah. orang sana cakap Mekdi ni burger daging manusia. paham2 jer lah ada kaitan dgn Palestin.

ni Burger King pun same jer lah. burger daging manusia!
Quote slavehunter 27-11-2014 12:50 AM
TuntungReturn posted on 27-11-2014 12:15 AM
aku suke makan hot dog 1901..mmg sedap dan puas makan,syg die ade kt bandar2 besar,..patot sosej tu  ...

Tula i pun suka 1901...dulu ada kt klia pastu hilang dah...sedap hotdog tu..
Quote oggy 27-11-2014 01:01 AM
slavehunter posted on 27-11-2014 12:50 AM
Tula i pun suka 1901...dulu ada kt klia pastu hilang dah...sedap hotdog tu..

Saya pun.. especially yang ada relish tu..
Sedapnyaa...

I burger kurang sket..
Prefer hotdog lagi.. a&w pun sodap!
Quote slavehunter 27-11-2014 01:09 AM
oggy posted on 27-11-2014 01:01 AM
Saya pun.. especially yang ada relish tu..
Sedapnyaa...



Hehehe now lapar teringat hotdog
Quote BotakChinPeng 27-11-2014 01:11 AM
Whopper satu.
Tak mau mayonis
Quote Acong 27-11-2014 01:14 AM
apasal beli burger king yg sendu nak mampuih tu?
Quote CrowneGlory 27-11-2014 01:47 AM
Syukurrr... :lol
Quote otai_g 27-11-2014 01:49 AM
aku lg suka beger king dr mcd.

ntah aku rs beger kat beger king lg sedap drp beger mcd.

aku da boring mkn beger mcd.
Quote Al-Patih 27-11-2014 05:32 AM
apoh nak diherankan....ambik aleh ajo...bukang dari permulaan...
Quote amiraira 27-11-2014 05:42 AM
Biasa je, x de beza pn...burger je kot
Quote R2D2 27-11-2014 08:30 AM
TuntungReturn posted on 27-11-2014 12:03 AM
mcm a&w sape owner die,,lupe lak..tak nk jual a&w walaupun sendu..sendu2 pun masih catat keuntungan! ...

A & W dimiliki oleh KUB

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067039 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top