CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Jembalang Laut Melambai

27-11-2014 03:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6027| Komen: 1

Description: Pastu Nenek Aku Citer La Tu Jembalang Air Tu. Untuk Pengetahuan Semua, Dekat Tempat Aku Tengok Minah Melambai Tu, Few Years Back, Ada 2 Orang Budak Kecik Meninggal Lemas Kat Situ. Sadis Kisah Tu.. Dan ...
Jembalang Laut Melambai

Gambar hiasan


Ini kisah masa hari raya aidilfitri yang lepas.  Seperti biasa aku memang akan beraya di kampung halaman aku yang indah nun jauh di perkampungan melanau tepi kuala yang menghala ke laut.

Rumah nenek aku ni, belakang dia sungai. Cantik. Aku suka. Memang tempat aku bermain dari kecik sampai sekarang. Dan satu lagi, rumah kampung nenek aku ni, dapur mesti besar. sebab time kenduri, time raya ruang nak memasak dan berkumpul dengan family tu luas. Termasuklah ruang untuk membasuh pinggan mangkuk. Kat bahagian dapur rumah nenek ada satu beranda yang ada pangkin untuk tempat basuh pinggan mangkuk. Tapi menghala ke arah sungai la. Best duduk situ, lagi lagi kalau angin laut sepoi-sepoi dipetang hari sambil makan buah rambutan ke buah durian ke cucur cempedek ke lagi la sedapppp


Nak dijadikan cerita, di suatu maghrib tu, aku mencuci pinggan mangkuk kat pangkin tu. So aku kena menghadap ke sungai kat belakang rumah nenek aku tu. Maghrib kat sarawak memang dah gelap macam jam 9 malam. Dah lah aku sorang je kat luar masa tu. Dengan lampu luar tak hidup entah kenapa entah. Tapi aku buat bodo je la habiskan pencucian aku tu. Sebab nak bersiap pergi jalan raya. Hehehehe.

Tengah aku syok2 cuci tu, aku terpandanglah ke hadapan. Walaupun sebenarnya mata ni gatal nak pandang. 
Terkejut siot sebab ada seseorang melambai aku. Orang tu macam perempuan, sebab dari pakaian yang dia pakai, macam pakaian perempuan, rambut pun panjang, kepala dia ada macam perhiasan apa tah, pastu melambai-lambai kat aku. Yang paling tak bestnya, dia berdiri kat atas air tu. Umpama dia tu dari dalam air sungai tu  laa... Choiiiiiiiii... aku mana nak tunggu lari masuk rumah lahhh... HAhahahaah.. Tapi aku buat cool je..

Esok baru aku citer kat family2 aku hahahaa. Semua pakat takut. 

Pastu nenek aku citer la tu jembalang air tu. Untuk pengetahuan semua, dekat tempat aku tengok minah melambai tu, few years back, ada 2 orang budak kecik meninggal lemas kat situ. Sadis kisah tu.. dan agak misteri jugak kematian dorang tu. 

Then, nenek aku pun citer, memang dari dulu arwah atuk aku selalu nampak perempuan berambut panjang akan keluar dari air sungai belakang rumah tu naik ke darat dan selamba badan berjalan masuk kampung.. apakah???

And lagi yang paling aku scary, dulu arwah atuk aku ada kapal tunda tangkap ikan tu (sebab dulu pengangkutan utama kampung tu adalah jalan air) .. Sebab tu aku panggil atuk aku 'nenek kapal' sebab masa aku kecik aku tengok dia ada kapal yang di'parking' kat sungai belakang rumah tu dimana aku lihat minah melambai tu jugaklah.. Tapi aku dari kecik sampai besar, aku bermimpi mimpi yang sama. Iaitu, aku bermain disekeliling kapal atuk aku lepas aku terjatuh dari kapal tu dan masuk ke dalam sungai dan lemas. Tempat aku jatuh tu lah tempat minah melambai tu muncul.

Aku rasa macam choiiiii nya lah. Aku cita kat family aku pasal mimpi tu. Actually aku jadi takut dengan air sungai ke air laut ke sejak aku dapat mimpi macam tu. Lagi2 sungai belakang rumah nenek aku. MAcam ada sesuatu je menunggu aku kat situ. Hahahaha. Perasaan yang bukan bukan begitulah..

Tapi sejak aku nampak minah melambai tu, family aku selalu halang dan elak aku dari pegi dekat dengan sungai tu. huhuhuu.. 

Sekian.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=841843

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote starbee 2-12-2014 08:49 AM
hati2 tt beliau mcm menggoda tt utk masuk ke alam dia jer...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.042249 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top