CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Amber Chia Keguguran Anak Kedua

27-11-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3289| Komen: 1

Description: Sebenarnya Pada Tahun 2008, Saya Telah Pun Menjalani Satu Pembedahan. Ketika Itu, Doktor Kata Peluang Untuk Saya Mengandung Agak Tipis Akibat Pembedahan Itu. Sukar Untuk Menggambarkan Perasaan Saya Ke ...
Amber Chia Keguguran Anak Kedua


Supermodel Malaysia terkenal, Amber Chia mengalami berita sedih apabila keguguran anak kedua akibat kandungan luar rahim.

Amber Chia yang menjalani rawatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur mengalami masalah komplikasi dalam rahim. Tambah Amber juga, pada awalnya dia berasa sedih kerana komplikasi yang dialaminya itu membuatkan peluangnya untuk mengandung lagi agak tipis.


Doktor kata saya boleh mengandung lagi. Dan saya pun tidak mahu memikirkan perkara tersebut. Saya sihat sepenuhnya dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Amber mengatakan pada tahun 2008 dia ada menjalani satu pembedahan. Menerusi pembedahan itu, doktor menjelaskan peluang untuk mengandung agak tipis.

Jelas Amber kepada m Star Online, 

Sebenarnya pada tahun 2008, saya telah pun menjalani satu pembedahan. Ketika itu, doktor kata peluang untuk saya mengandung agak tipis akibat pembedahan itu. Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu apabila doktor memberitahu saya mengandung. Kemudian doktor mengatakan kandungan itu gugur. Perasaan itu bercampur baur, saya pasrah.


Tak apalah Amber, kita orang disini sentiasa mendoakan Amber dalam keadaan baik-baik. Ibu mana yang tak sedih kan apabila mengalami keguguran ini. Apa pun, Amber sekarang berada dalam keadaan sihat. Itu yang kami mahu.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=842731&page=1#pid58532334

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Knowlee 1-12-2014 11:11 AM
Mod boleh tutup kot benang ni. Takde sambutan.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.030370 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top