CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

‘Skim Kenderaan Pertamaku’ Elak Belia Muflis

28-11-2014 04:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7316| Komen: 59

Description: Usul Yang Disambut Sorakan 992 Orang Perwakilan Itu Dicadangkan Oleh Ketuanya Khairy Jamaluddin Ketika Menyampaikan Ucapan Dasar Pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno Di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Daga ...
‘Skim Kenderaan Pertamaku’ Elak Belia Muflis

Gambar hiasan



Memandangkan hutang membeli kenderaan merupakan hutang kedua tertinggi yang dideritai oleh anak muda hingga menyebabkan ada golongan itu yang berusia 35 tahun ke bawah diisytihar muflis, Skim Kenderaan Pertamaku diusulkan Pergerakan Pemuda UMNO.

Usul yang disambut sorakan 992 orang perwakilan itu dicadangkan oleh Ketuanya Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut beliau, skim berkenaan dikhususkan kepada golongan muda yang mahu membeli kenderaan untuk pertama kali.

“Kita tahu ramai orang muda yang muflis kerana gagal bayar hutang kenderaan. Hutang pinjaman kenderaan adalah yang kedua tertinggi.. setinggi 18 peratus selepas hutang beli hartanah.

“Ramak anak muda bawah 35 tahun jadi muflis, mana tidaknya.. nak beli kereta di Malaysia nak kena bayar 36 kali gaji bulanan, di negara maju hanya 12 kali ganda,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Beliau berkata sudah tiba masanya, satu inisiatif diwujudkan untuk membantu golongan muda membeli kenderaan sekaligus meringankan beban hutang.

“Sudah terang lagi bersuluh, kita perlukan satu inisiatif untuk membantu anak muda membeli kenderaan, meringankan beban hutang dan harap-harap dijauhi dari sumpahan muflis.

“Mengambil kira perkara ini, Pemuda pada pagi ini mengusulkan kepada kerajaan ‘Skim Kenderaan Pertamaku’ di mana anak muda yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan boleh beli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais,” katanya.

Menurut beliau, kemudahan itu akan mengurangkan harga kenderaan khas untuk anak muda yang membeli kenderaan buat kali pertama sahaja.

“Kenderaan yang dibenar beli biarlah yang berharga sederhana dan dipasang di dalam negara,” katanya.

Khairy menolak cakap-cakap nakal bahawa cadangan skim itu dicedok daripada idea pembangkang, sebaliknya berkata inisiatif oleh Pemuda UMNO itu berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dituturkan lidah Pakatan Rakyat (PR).

“Sebelum ada yang kata, ‘macam pernah dengar sahaja idea ini’.. ‘Bukankah ia idea dari pihak lawan?’.. saya nak jelaskan ini bukan seperti pihak lawan telah cadangkan iaitu satu dasar populis potongan cukai untuk semua pembeli kenderaan.

“Ia akan menambah hutang kerajaan, menambah kesesakan jalan raya, merosakkan alam sekitar dan memberi diskaun kepada orang kaya,” kata Khairy.

Hari ini bermula Perhimpunan Agung tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri di PWTC.

Sejumlah 993 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung wanita yang akan berbahas mengenai isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara manakala 992 perwakilan Pemuda akan membahaskan isu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes lelaki berpakaian wanita, isu perumahan di kalangan belia, serta transformasi parti.

Perhimpunan tahunan Puteri Umno dengan 991 perwakilan akan memfokuskan isu pengangguran di kalangan generasi muda sebagai usul utama.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aechae 26-11-2014 05:49 PM
Anak muda pn klu gaji siket xpayah lah berangan nk pkai myvi se full spec....ni contoh plg cikai dh ni... G amek keta axia yg basic, manual aje ckup....suh naik motor bg alasan nnt berhujan pns plak, tp poket pn sendu
Quote clarizsa 26-11-2014 06:20 PM
amboi mengadanyaa... xde duit xyah bli kereta la... pfftt...
Quote nebulagazer 26-11-2014 06:21 PM
Da tadek mende lain da nk pikir
Pastu buat itu ini modal bilion..last sonyap lingkup
Vangangs
Quote sahamboi 26-11-2014 06:33 PM
dari buat skim itu ini baiklah kurangkan cukai jualan kereta tu. Bukan setakat orang muda, orang tua pun kena beli kereta la kj.. kereta bila lebih 10 tahun macam2 nak kena repair... bukannya kete vintage sebulan sekali keluar garaj.
Quote sepiITUindah 26-11-2014 06:35 PM
semua skim ajar berhutang
Quote xtahumenahu 26-11-2014 06:45 PM
baik di pulihkan jalinan pengangkutan awam tuh..xder laa org pikir sgt nak beli kete
Quote bangcak 26-11-2014 06:51 PM
Kalu nak generasi bijak join umngok hapus la ptptn anak melayu.

Kepala hotak dok pikir duit sanggup promot moto/keta buat anak muda merempit.

Mmg takde yg bijak dlm umngok.
Quote ultra78 26-11-2014 07:00 PM
'Skim Bini Pertamaku' ada tak?

Quote shielammb 26-11-2014 07:10 PM
Kawan aku yang bergaji dekat 10K pon nak downgrade dari civic ke preve, katanyer dari bayar monthly 1300 baik bayar 700, baki 600 bole gak buat bayar insurans dan pendidikan anak2.
Quote aechae 26-11-2014 07:18 PM
ultra78 posted on 26-11-2014 07:00 PM
'Skim Bini Pertamaku' ada tak?

Nk jd org pertama mendaftar ke?
Quote tepisket.. 26-11-2014 08:12 PM
Baik beli insurans. X pun beli rumah. Public transport da byk update skang.
Quote MengkuduMasam 26-11-2014 08:18 PM
dari skim tu kompem proton ngan perodua jer...

baik ko turunkan harga keta je.. lagi bagus
Quote oni313 26-11-2014 08:18 PM

adik2 yg baru nak beli kereta tu, ce pikir kos lepas utk kereta baru, : premium insurans, servis kereta, minyak, tol (kalau duduk area KL)... kalau tak mampu in long term (walaupun ada skim yg bantu beli kereta ni) lupakan niat tu... beli je motor.... idakpun kalau nak jugak beli kereta, try la survey2 kereta second hand yg tak bnyak ragam..
Quote vespa_oren 26-11-2014 09:49 PM
Aku gie kerja pun naik motor sbb selagi single (xada awek/bini) baiklah pakai motor jer
Quote sekngucing 26-11-2014 10:18 PM
bawa la motor
jimatnya teramatla banyak
Quote otomen_taro 26-11-2014 10:21 PM
vespa_oren posted on 26-11-2014 09:49 PM
Aku gie kerja pun naik motor sbb selagi single (xada awek/bini) baiklah pakai motor jer

awek skrg xpandang laki nek moto der... lg msyarakat cop sbgai mat rempit.. haha
Quote vespa_oren 26-11-2014 10:29 PM
otomen_taro posted on 26-11-2014 10:21 PM
awek skrg xpandang laki nek moto der... lg msyarakat cop sbgai mat rempit.. haha

Patutlah single sampai skrg



Quote otomen_taro 26-11-2014 10:30 PM
vespa_oren posted on 26-11-2014 10:29 PM
Patutlah single sampai skrg

lau lu naik ducati or z800 bru awek pandang.. haha
Quote vespa_oren 26-11-2014 10:40 PM
otomen_taro posted on 26-11-2014 10:30 PM
lau lu naik ducati or z800 bru awek pandang.. haha

Tahun depan kawasaki nak keluarkan virago 660cc bwh rm30K jer, rasa nk beli lak bwa gie kerja

aku dh xcari awek, nak cari peneman hidup jer, hrp diaorg xpndg ducati atau z800 nie

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060625 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top