CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Enggan Beri Rm5 Duit Minyak Suami Naik Minyak Di Pintu Rumah.

28-11-2014 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7217| Komen: 31

Description: “Namun, Suspek Yang Bekerja Sendiri Itu Berkeras Tidak Membenarkan Mangsa Keluar Dan Masih Tidak Berganjak Dengan Arahannya Mahu Melihat Mangsa Di Rumah Bersama Anak-Anak Sebelum Berlaku Perang Mulut ...
Enggan Beri Rm5 Duit Minyak Suami Naik Minyak Di Pintu Rumah

Suspek, 32, dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, semalam, untuk mendapat perintah tahanan reman.

KUALA TERENGGANU - Dipercayai gagal mengawal amarah apabila isterinya enggan mendengar teguran, seorang suami bertindak ganas dengan membelasah mangsa.

Kejadian berlaku di kediaman pasangan itu di Kampung Beladau Selat, pagi kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek, 32, dikatakan telah menghalang mangsa, 33, dari keluar rumah dengan alasan supaya dapat menjaga ketiga-tiga anak mereka.

Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pembuat keropok lekor memaklumkan yang dia perlu keluar sekejap membeli barang-barang untuk membuat keropok lekor.

“Namun, suspek yang bekerja sendiri itu berkeras tidak membenarkan mangsa keluar dan masih tidak berganjak dengan arahannya mahu melihat mangsa di rumah bersama anak-anak sebelum berlaku perang mulut di antara mereka.

“Tanpa menghiraukan bebelan suspek, mangsa yang sudah masak dengan perangai suaminya tetap nekad keluar, lalu mengambil kunci kereta,” katanya.

Sumber berkata, bengang melihat kedegilan mangsa, suspek terus bertindak membelasah mangsa ketika dia baru sahaja keluar dari muka pintu rumah.

“Suspek bertindak menampar muka mangsa sebelum menumbuk dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan,” katanya.

Jelasnya, walaupun hanya cedera ringan, mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan sikap panas baran suspek dan kejadian seumpama ini sering berlaku sebelum ini.

Sementara itu, di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, semalam, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek direman selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah tangga.

Dalam pada itu, Sinar Harian semalam menyiarkan kes seorang wanita yang dibelasah suami selepas suspek dikatakan berang apabila isterinya enggan memberikan duit sebanyak RM5 yang diminta, atas alasan untuk mengisi minyak motosikal.


Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 26-11-2014 02:33 PM
Korang semua jangan bimbang, itu bukan saya dengan Puan Botakchinpeng. Kami aman-aman je tak gaduh-gaduh.
Quote ice_sky92 26-11-2014 02:38 PM
Asalkan berlaki kekdahnya.
Quote izabellemylia 26-11-2014 02:40 PM
pfttttt.....banyak nau jejantan yg gini skrg....

salah didikan mak pak kah sebab kecik2 tak ngajo anak?

Quote drivethru 26-11-2014 02:47 PM
Kesian.... Last edited by drivethru on 26-11-2014 02:48 PM

Quote FOTHER-MUCKER 26-11-2014 02:49 PM
Ostaz bawah pokok kata kalau si isteri tak mau dengar kata wajib di pukul.

Kan dah kena tu.
Quote kanan_kiri 26-11-2014 03:38 PM
panas baran sgt ni..
Quote kluangman 26-11-2014 03:39 PM
Banyak kejadian pelik di Ganu kita ni.
Quote freebird 26-11-2014 03:52 PM
gara2 sabsidi minyak di hapuskan...
Quote kekcawan 26-11-2014 03:53 PM
minyak oh minyak
Quote zach2008 26-11-2014 04:06 PM
sengkek nya laki ni... duit minyak RM5 pun mintak bini.
tau tak mampu jangan kawin la... tak tahan melanc** je la
Quote haryatie 26-11-2014 04:06 PM
da selalu kan..
asal berlaki...
Quote asyriqa 26-11-2014 04:10 PM
hok oloh... natang sungguh puok2 nih...kije malah tapi duik nok...macang bela bewok idup je... baik la tinggal je laki hat natang bodo gini...
Quote Mary_jane 26-11-2014 04:12 PM
Suspek bertindak menampar muka mangsa sebelum menumbuk dan menendang mangsa sehingga mengalami kecederaan, katanya.


Scary nya dpt laki prgai cmni.
Quote arira_arora 26-11-2014 04:22 PM
ayo... cmni pn ade.. bini pn.. dah taw laki panas baran lek la dulu..
dah reda kuar la... ayoo.. laki pn jantan tk gunaaaa
Quote Orange1 26-11-2014 04:25 PM
Low class sgt jantan ni!
Quote Vellfire 26-11-2014 04:31 PM
huhu tak boleh ke bincang elok2
skit2 nak belasah bini
Quote Eliadaisy83 26-11-2014 04:34 PM
Ni la akibat anak lelaki yg terlampau dimanjakan oleh makbapak...
Dah tua bangka mintak duit kt bini plak.
Quote mak_wa95 26-11-2014 11:39 PM
bini nak kerja pun xbagi..

patut bini terajang muka dia..
Quote JDT 26-11-2014 11:46 PM
Keganasan rumahtangga semakin menjadi-jadi sekarang ni...apakah faktor yg menyumbangkan fenomena ni?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072963 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top