CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bertudung Tapi Terserlah Hasil Gambar Yang Di Curi

28-11-2014 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29128| Komen: 160

Description: “Malah Jika Ia Mengundang Rasa Kurang Senang, Adalah Baik Sekiranya Individu Terbabit Menasihati Daripada Sengaja Memalukan Ramai Wanita Islam Yang Baru Berhijab,” Katanya.
Bertudung Tapi Terserlah Hasil Gambar Yang Di Curi

Kuala Lumpur: Seorang wanita kini trauma selepas beberapa keping gambar peribadinya di laman sosial Facebook (FB) ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab sebelum disebarkan bersama pelbagai kata-kata lucah pada keterangan gambar itu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu.


Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT).

“Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.

Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung.

“Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum.


“Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.

Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu.

Ekoran kejadian itu, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara di sini, untuk siasatan lanjut selain merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dia turut menasihati individu terbabit supaya membuang kembali gambarnya dan beberapa wanita lain yang dijadikan mangsa hinaan di FB itu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan berkata siasatan sedang dijalankan.


LAMAN Facebook yang didakwa mengambil gambar beberapa individu dengan menulis keterangan gambar berbaur lucah dan memalukan.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emma.giggs 26-11-2014 07:38 AM
Er.. bukit dia.
Quote myvios 26-11-2014 07:40 AM
sape suruh letak gambar mcm tu kat media sosial...
Quote jazaa 26-11-2014 07:40 AM
Iyalah tu memang gambar peribadi....kau letak situ satu donia nengok...:lol


Quote batusembilan 26-11-2014 07:41 AM
Dh agak dah.....smpi masa nnti tentu ada yg nk kena saman
Quote jazaa 26-11-2014 07:42 AM
Gambar pun mcm duta produk besarkn kebooommmmmm..




Quote alieyrina 26-11-2014 07:48 AM
Padanla..tayang lagi ...pastu meroyan
Quote rospinki 26-11-2014 07:49 AM
haaa..jenuh aku scroll..ramainya buah betik buah nangka masak ranum..hahaha.
Quote exclusive_vvip 26-11-2014 07:51 AM
tak faham motif buat fb camtu....nak mendidik, tapi dengan cara menghina....lg 1, admin fb tu pun feeling2 buat amal jariah ke apa...menyebar2kan gambar2 seksi tu pun sama jer...tuan punya badan tu sendiri dia mmg dah tau dah hukum pakai ketat2 camtu...yg orang lain sibuk nak memanjangkan dosa tu apa hal...alasan nak mendidik?
Quote Syd 26-11-2014 07:51 AM
page khk pung rajin upload gambo betik mengkal, separa ranum, ranum, susu dah jd keju etc
Quote nour2001 26-11-2014 08:01 AM
akk pi jengah fb tu ...bnyk lah gambar minah bertudung tapi separa telanjang....mmg memalukan...dah ambik gambar mendada menonggeng letak kat facebook tak ke bodoh namanya....bila disebarkan tau pulak malu...muka masing2 takdak blur2 semua kasi terang tengok...mmg padan muka lah..lenkali nak ambik gambar seksa jgn letak kat facebook....tu fb tu dah bukan nama private lagi dah..
Quote CiliPadiSedap 26-11-2014 08:04 AM
Akak ada jual serum kecikkan kopek.
Quote tipuware 26-11-2014 08:05 AM
kalua gambar peribadi takyah la upload. biarkan aje la dalam memory kad atau komputer peribadi tanpa diupload. kalau dah upload, dah jadi hak umum la..

tapi kesian org2 yg kena curi gambarnyua. admin page FB pun macam takde topik lain.. Admin tu jaga page satu lgi "Gadis bertudung Ayu" tapi gambar2 dalam tu ada aje gambar gadis bertudung tak tutup dada, tapi pasal angle camera drpd depan so tak nampak sgt lurah masing2..yg tu tak diberi plak dikomen lucah bagai./. sangat la ntah  apa2. Last edited by tipuware on 26-11-2014 08:11 AM

Quote myakayina 26-11-2014 08:07 AM
CiliPadiSedap posted on 26-11-2014 08:04 AM
Akak ada jual serum kecikkan kopek.

err..bole kecikkan ke? skrg ni berlumba lumba nak besarkan aset tu..

Quote haryatie 26-11-2014 08:08 AM
kalau peribadi xyah la upload dlm FB
da tentu la org tengok..
musykil lak aku..
Quote CiliPadiSedap 26-11-2014 08:09 AM
myakayina posted on 26-11-2014 08:07 AM
err..bole kecikkan ke? skrg ni berlumba lumba nak besarkan aset tu..

Besar kalau londeh cm vokuru watpe? Buat tosei?
Quote myakayina 26-11-2014 08:11 AM
CiliPadiSedap posted on 26-11-2014 08:09 AM
Besar kalau londeh cm vokuru watpe? Buat tosei?

besar londeh sampai bole selak ke blkg ke?
Quote umie 26-11-2014 08:11 AM
ni la namanya bodoh bertingkek-tingkek!
Quote aechae 26-11-2014 08:12 AM
Pic peribadi upload kt fb?syok berselfie lah tu smpai sel otak x berhubung.... Lenkali pic peribadi save dlm thumbdrive yg bleh buat loket tu gantung kt leher,xda org bleh view klu nk bergmbar sgt lah kannn.... Slalu nya muka nan ado je,part lain yg over
Quote magnus 26-11-2014 08:15 AM
Ish ish ish...yg pakai ketat ketat tu dah kenapa..tp okla bila dpt free publisiti...masih ada rasa malu tu...jgn nak kebangga sgt pakai ketat ketat ni ya....

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058969 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top