CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pemuda Maut Dipukul Kerana Mengendap Isteri Orang Di Kemamang!

3-12-2014 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13013| Komen: 49

Description: Lima Suspek Termasuk Si Suami Ditahan Pihak Polis Kemaman - Seorang Pemuda Maut Setelah Dipukul Sekumpulan Lelaki Kerana Dipercayai Bertindak Mengintai Salah Seorang Isteri Suspek Dalam Kejadian Di ...
PEMUDA MAUT DIPUKUL KERANA MENGENDAP ISTERI ORANG

Gambar hiasan


Lima Suspek Termasuk Si Suami Ditahan Pihak Polis Kemaman - Seorang Pemuda Maut Setelah Dipukul Sekumpulan Lelaki Kerana  Dipercayai Bertindak Mengintai Salah Seorang Isteri Suspek Dalam  Kejadian Di Kampung Bujar, Air Jernih, Di Sini Ahad Lepas.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita  berkenaan bersama empat lagi rakannya memerangkap mangsa dalam kejadian  kira-kira pukul 8.30 malam itu.

"Mangsa ketika itu dipercayai leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah yang  terletak di satu kawasan yang dikelilingi tanaman kelapa sawit.

Geram dengan tindakan berulang itu, mereka menangkap mangsa dan  dipercayai memukul lelaki itu sehingga pengsan sebelum membuat keputusan untuk menghantarnya ke Pusat Kesihatan Kemasik," katanya pada sidang  akhbar di sini hari ini.

Menurut Wan Abdul Aziz, akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan  telinga akibat dipukul.

Mangsa kemudian dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kemaman.  

Wan Abdul Aziz berkata, bagaimanapun kira-kira pukul 12.01 tengah malam Isnin, pihaknya telah menerima maklumat daripada Hospital Kemaman  tentang mayat seorang lelaki yang diterima di hospital itu.  

Katanya susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menjejaki dan menahan  kelima-lima suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun di sekitar  Kemaman pada hari yang sama.  

Jelasnya kesemua suspek termasuk suami wanita berkenaan yang antaranya  bekerja sebagai mekanik, jurukimpal dan pemandu lori ditahan reman  selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.  Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Bagus
4

Marah
1

Terkejut

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-12-2014 08:43 AM
Ngendap lagi..
Apa da sangap sgt ngendap vini orang??
Quote SoalanSayaLagi 3-12-2014 08:45 AM
shernazz posted on 3-12-2014 08:43 AM
Ngendap lagi..
Apa da sangap sgt ngendap vini orang??

tu la pasall... awak xnk layan saya saya pun antara individu yg sangap dlm porem... setakat dpt sorang dua xpuas lg...
Quote GhostWalking 3-12-2014 08:46 AM
shernazz posted on 3-12-2014 12:43 AM
Ngendap lagi..
Apa da sangap sgt ngendap vini orang??

fefeeling citer perempuan isteri dan .....
Quote shernazz 3-12-2014 08:49 AM
GhostWalking posted on 3-12-2014 08:46 AM
fefeeling citer perempuan isteri dan .....

Huhu....
Kan dh maut..
Padan muka dia...
Quote OmJualGas 3-12-2014 08:51 AM
keciannnn c mungu ani...
Quote mak_wa95 3-12-2014 08:54 AM
dua dua padang muka...

Quote rosasa 3-12-2014 08:56 AM
sendiri cari bala...

sampai meninggal ye ... dasat
Quote PEPPERMAN 3-12-2014 09:07 AM
bagus lah tu, mangsa ke kubur, suspek ke penjara.

aman dunia
Quote mak_wa95 3-12-2014 09:09 AM
penagih dadah kut..
dah nyawa2 ikan..
pukul sikit je..dah gol..

5 orang,sorang sekali pukul dah 5 tempat dah..kalau sorang 2x habis satu badan..

Quote lindarafee 3-12-2014 10:10 AM
i dgn husband pernah mengendap jiran yang tengah mengendap jiran dia. binik jiran tu hot. hahahahah. rumah kami 2 tingkat. kami mengendap pengendap dari tingkat atas. dia x tau sampai sekarang.
Quote KudaTutuhMuntz 3-12-2014 10:20 AM
kena tutuh smpai mampos ... nak tutuh pun jgn smpai mampos la bang ...
Quote chinta89 3-12-2014 10:38 AM
padan muka.. gatal sgt nk mengendap.
Quote kaknab 3-12-2014 10:56 AM
lagu tu lah org jantan :-

menyamun kedai dan lain lain
mencuri bra ank dara orang dan lain lain
merompak bank, kedai dan lain
meragut nenek, makcik orang, ank biri, lembu,kambing pun dirogol
merogol nenek, bayi, anak org
membunuh ank, makcik, org
mengendap ank, bini orang
meliwat anak,mak orang
menoreh muka ank dara orang
memukul, membelasah isteri tendang keluar pintu lif, belasah bini,
merempit dgn lesen tak dak,
mebiawak hidup kerja malas, semua harap bini
me....
me.....

berhati-hati kerana kita semua adalah mangsa lelaki -  (wanita, kanak-kanak, bayi, nenek aka warga emas, lembu, kambing, biri) juga tak selamat.
Quote namirulmukminin 3-12-2014 11:10 AM
Geram dengan tindakan berulang itu, mereka menangkap mangsa dan  dipercayai memukul lelaki itu sehingga pengsan sebelum membuat keputusan untuk menghantarnya ke Pusat Kesihatan Kemasik," katanya pada sidang  akhbar di sini hari ini.

Yang bodo sangat gi antor klinik tu pasal apa?? Kasi campak je kat hutan mana2 orang bodo kaki ngendap bini orang camtu... Orang bukan tau pon kalu dah campak dalam hutan tu... Tau2 jumpa mayat je.. Macam kes kat Penang tu... Jumpa kepala dulu... pastu jumpa tangan.. pastu jumpa badan.... Pembunuh sampai lani tak tau sapa.... Itu baru smart..
Quote jofizo 3-12-2014 11:12 AM
bodo la pi pukul smp mati........ lenkali pakai topeng pi korek biji mata je mcm kassim selamat....
Quote lipans 3-12-2014 11:20 AM
Orang kata, tengok & ngendap je. Bukan luak pun.

Pukul jangan la sampai mati. Kan tak pepasal masuk penjara, orang kebas bini ko.
Quote IzzahF 3-12-2014 11:24 AM
huhu mengendap tu mmg satu kesalahan, tapi cer compare antara mengendap dengan membunuh
mana satu dosa besar huahuahua....
Quote batmana 3-12-2014 11:30 AM
somi dia patut psg wayar hidup je kt tingkap nako tu,
ada kes pengendap terus mati terenjat elektrik masa tgk bini org mandi

tapi tkdela plak aku dgr keene penjara
Quote sub5zero 3-12-2014 11:31 AM
lipans posted on 3-12-2014 11:20 AM
Orang kata, tengok & ngendap je. Bukan luak pun.

Pukul jangan la sampai mati. Kan tak pepasal mas ...

hahaha...pasni ko puas mengendap banduan lain kna ***** bontot kt dlm jel. Bini hot ko plk bersedap kawin jantan lain

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.067734 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top