CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mh17 Malaysia Sedia Hadapi Saman

8-12-2014 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4384| Komen: 8

Description: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai Berkata, Sebarang Tindakan Saman Merupakan Hak Keluarga Penumpang Bagi Mendapat Pembelaan Sewajarnya Kerana Kerajaan Juga Sedang Membuat Tuntutan Keadil ...

Mh17 Malaysia Sedia Hadapi Saman



KUALA LUMPUR 6 Dis. – Malaysia mengambil sikap terbuka dan bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu sekalipun bakal disaman oleh pihak keluarga mangsa.
Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebarang tindakan saman merupakan hak keluarga penumpang bagi mendapat pembelaan sewajarnya kerana kerajaan juga sedang membuat tuntutan keadilan yang sama di mahkamah antarabangsa.

Dalam konteks itu, jelas beliau, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kes jenayah itu mampu diselesaikan dan kerja-kerja penyiasatan ke arah itu akan berjaya menemukan sesuatu.

“Saya belum lagi menerima maklumat terperinci berhubung kes saman ini.

“Tetapi saya pasti Malaysia bersedia untuk menghadapi apa-apa pendakwaan di mahkamah bukan sahaja membabitkan pesawat MH17, malah kes-kes berkaitan kehilangan MH370. Ini kerana kita tahu itu adalah hak ahli keluarga penumpang masing-masing,’’ katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis graduasi Institut Kojadi di sini hari ini.

Portal berita Daily Mail semalam melaporkan lapan keluarga mangsa dari Australia akan mengemukakan saman terhadap kerajaan Rusia, Malaysia, Ukraine serta syarikat penerbangan tersebut berhubung tragedi berkenaan.

16

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
29

Sedih
27

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 7-12-2014 07:10 AM
Portal berita Daily Mail semalam melaporkan lapan keluarga mangsa dari Australia akan mengemukakan saman terhadap kerajaan Rusia, Malaysia, Ukraine serta syarikat penerbangan tersebut berhubung tragedi berkenaan.

Eight Australian families of MH17 victims will sue Russia, Ukraine, Malaysia and the airline after their loved ones were shot out of the sky

- Lawyer Jerry Skinner will lodge their case at the European Court of Human Rights
- He previously obtained millions of dollars from Libya for the families of the 1988 Lockerbie disaster
- 38 Australian citizens and residents were killed when flight MH17 was downed on July 17

Eight families who lost loved ones in the Malaysia Airlines flight MH17 disaster when it was shot out of the sky in rebel-controlled eastern Ukraine are preparing to sue Russia, Ukraine and Malaysia.

The Boeing 777 was travelling from Amsterdam to Kuala Lumpur on July 17 when it was downed, killing all 298 people on board, including 38 Australian citizens and residents.

It is not known which of the families are suing, however News.com.au reports they are from five different states across Australia and will also take action against Malaysia Airlines.

Aviation lawyer Jerry Skinner, who is based in Alaska, has taken up their case and is preparing to lodge it at the European Court of Human Rights.

Credit To:
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2859714/Eight-Australian-families-MH17-victims-sue-Russia-Ukraine-Malaysia-airline-loved-ones-shot-sky.html

Quote Decaffeinated 7-12-2014 07:27 AM
baguslah saman...
Quote boyagombak 7-12-2014 07:38 AM
Ala ala latok ala ala latok kita saman. Yang ptt kna saman adalah samaada Russia @ Ukraine krn merekalah penyebab utama jatuhnya MH17
Quote zainmahmud 7-12-2014 08:10 AM
orang jahat buat onar, orang lain yg jadi mangsa pulak yg kena saman, dunia...dunia..
Quote Al-Patih 7-12-2014 09:44 AM
apoh pulak Malaysia...oreng yang bertanggu jawab le...
Quote akusukaq 7-12-2014 06:18 PM
Yang pasti pihak peguam jgk yg buat duit. Menang atau kalah waris tetap kena bayar
Quote azrain98 8-12-2014 04:31 PM
tetibe malaysia airlines pulak kena saman
Quote kluangman 8-12-2014 05:03 PM
boyagombak posted on 7-12-2014 07:38 AM
Ala ala latok ala ala latok kita saman. Yang ptt kna saman adalah samaada Russia @ Ukraine krn merek ...

Kena sapina US sebab US masih taknak reveal data radar US.

Aku bimbang ada pihak ke-3 yang menembak MH17 untuk mencetuskan peperangan.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058471 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top