Ketahui Siapakah Disebalik Potret Mona Lisa
Leonardo Da Vinci Kemisterian lukisan ini sering kali menjadi tanda tanya hinggakan menjadi inspirasi ramai pihak dalam puisi, lagu dan sebagainya. Rata-rata peminat seni lukisan tertanya-tanya sehingga kini siapakah insan sebenar disebalik ‘Mona Lisa’ ini hinggakan pelukis itu mampu memberi sentuhan terhebat menerusi karya tersebut. Namun, muncul pula pelbagai pendapat yang kononnya Monalisa adalah wanita dari Itali iaitu Lisa del Giocondo dan ada juga yang berpendapat Monalisa adalah ibu kandung da Vinci sendiri. Angelo Paratico Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini akan digarapkan dalam buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Cendekiawan China Hilang Pada Zaman Renaissance Itali). Buku yang dijangka akan diterbitkan tahun depan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh. Menurut Paratico, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong dan yakin pelukis itu berasal dari Asia. Dalam buku tersebut Paratico turut mendedahkan beberapa faktor yang menunjukkan pelukis terkenal itu, Leonardo da Vinci berketurunan Cina. “Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian. “Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico Sumber mynewshub.cc |
wrdzin posted on 8-12-2014 02:51 PM
Cantik ek? aku tgk cam biasa je gmbr tu...huhuhu...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072350 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.