CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Wanita Tipu Duit Kwsp Sambil Pura-Pura Pengsan!

10-12-2014 02:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18586| Komen: 106

Description: Modus Operandi Yang Digunakan Wanita Ini Adalah Dengan Membuat Mangsa Terdesak Untuk Membuat Pinjaman Dan Dia Dikatakan Dapat Membantu Memudahkan Urusan Pinjaman Kerana Mempunyai Kenalan Dengan Pihak ...
Hati-Hati:Kes Wanita Tipu Duit Kwsp Sambil Pura-Pura Pengsan!


Sebuah video yang berdurasi 55 saat menjadi viral sejak 3 Disember lalu apabila wanita yang dipercayai menipu orang ramai bagi mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditahan di Kuala Lumpur Sentral.

Wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai yang mempunyai masalah kewangan di laman sosial dan mahu mengeluarkan wang KWSP dengan cara mudah selain membantu mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank.

Dipercayai berasal dari Subang Jaya, wanita ini sudah aktif sejak 2011 juga turut menawarkan bantuan untuk menjual kereta dengan harga yang berpatutan selain membantu peminjam senarai hitam untuk membuat pinjaman.

Video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, T Annomey Bengkak dengan kapsyen ‘akhirnya tertangkap’ itu mendapat lebih 147 ribu penonton dan pelbagai komen dari orang ramai.

Wanita dalam video itu dilihat ditahan oleh seorang lelaki dan wanita yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian RM700 hingga RM3,500 sebelum dikatakan membuat laporan di Pondok Polis KL Sentral.

Modus operandi yang digunakan wanita ini adalah dengan membuat mangsa terdesak untuk membuat pinjaman dan dia dikatakan dapat membantu memudahkan urusan pinjaman kerana mempunyai kenalan dengan pihak bank.

Mangsa kemudiannya akan dikenakan bayaran RM500 hingga RM5,000 sebelum membuat urusan pinjaman bank.

Wanita itu juga menggunakan pelbagai alamat email bagi mengaburi orang ramai yang memerlukan bantuannya.

Annomey turut memuatnaik gambar wanita itu yang dibawa ke pondok polis untuk ditahan bagi siasatan dan mempersoalkan tindakan itu yang berpura-pura pengsan ketika berada laporan dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee mengesahkan kejadian seorang wanita yang ditahan di KL Sentral kerana didakwa menipu.

Menurutnya, suspek dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan.

“Kita ada menerima maklumat satu kes penipuan melibatkan RM400 di daerah ini yang dilakukan suspek, namun pengadu enggan membuat laporan polis.

“Kami merujuk kes ini di IPD Dang Wangi untuk siasatan,” katanya. 







Gambar yang dikongsi pembaca, suspek dah pengsan setelah tertangkap.  


7

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 10-12-2014 01:39 PM
Wanita tipu KWSP, polis sahkan terima 3 laporan



Laporan dari The Rakyat Post sebelum ini tentang seorang wanita yang dipercayai menipu orang ramai bagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini.

Kini pihak polis mengesahkan mereka menerima tiga laporan berkaitan wanita tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izani Abd Ghani berkata pihaknya menerima dua laporan dari Balai Polis Daerah Brickfield dan satu laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, polis juga telah menjalankan siasatan ke atas kes tersebut selepas menerima ketiga-tiga laporan berkenaan.

“Kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan kerana menipu,” kata kepada The Rakyat Post, hari ini.

http://www.ekeleh.com/wanita-tipu-kwsp-polis-sahkan-terima-3-laporan/

Quote GhostWalking 10-12-2014 01:40 PM
Ni bukan pengsan dah macam kerasukkan!
Quote misslauren 10-12-2014 01:42 PM
Ohh yang ini ada tengok kat Facebook hari tu. Ai tertarik dgn lelaki yg ada dalam tu yg suspek cakap duit haram duit haram kat dia. Apa la agaknya lelaki tu buat ye.
Quote Esmiria 10-12-2014 01:43 PM
wanita pun pandai tipu ek?
Quote Mary_jane 10-12-2014 01:45 PM
Tau plak nk pengsan bila dah kantoi. Xyah lah tipu sana sini, hidup xberkat makcik oi


Quote namirulmukminin 10-12-2014 01:48 PM
Esmiria posted on 10-12-2014 01:43 PM
wanita pun pandai tipu ek?

Belaja dengan mamat aprika kot...
Quote sapp73 10-12-2014 01:48 PM
Dah tertangkap pun masih buat muka berlagak lagi...dah habis idea nak berlawan cakap ngan mangsa buat buat pengsan. Memalukan orang islam je makcik ni
Quote TuntungReturn 10-12-2014 01:49 PM
klo pengsan jerit pelan2 kt telinga die marobukalol:lol..
Quote Esmiria 10-12-2014 01:50 PM
namirulmukminin posted on 10-12-2014 05:48 AM
Belaja dengan mamat aprika kot...

Aprika busuk.
Quote liyamariska 10-12-2014 01:51 PM
dgn stail pakaian ala makcik2 pun boleh menipu org...

mcm2 pesen penyangak zmn skrg...
Quote rosasa 10-12-2014 01:53 PM
nama putri , tapi pangai mcm bibik terdesak
Quote zehra2 10-12-2014 01:54 PM
ingatkan nak jd penipu ni mesti pakai smart baru orang boleh percaya kredibiliti nak menguruskan kewangan.
Quote haryatie 10-12-2014 01:55 PM
buat2 pengsan sbb kantoi & malu..
Quote liton 10-12-2014 01:56 PM
Macam busuk jah.
Tengok imej pun dah meragui networkingnya dgn pegawai2 kwsp & pegawai2 bank spt yg diiklankan. Kalau aku, x sanggup bagi duit dgn org camni.
Tapi tak taulah pulak kan  kalau jumpa, ayat power & meyakinkan , terus cair.
Quote noor2 10-12-2014 01:56 PM
Ada dua wanita...mana satu?
Quote GhostWalking 10-12-2014 01:59 PM
TuntungReturn posted on 10-12-2014 05:49 AM
klo pengsan jerit pelan2 kt telinga die marobukalol:lol..

aku membayangkan kalau dengar marobbuka pun dia akan jawab "apa buka2?masuk duit ke akaun xxxxxxxx sekarang" sambil tutup mata pengsan mulut menjawab
Quote fizroy 10-12-2014 02:01 PM
kesian....harap berubah
Quote bambimo 10-12-2014 02:03 PM
Gemuk pompuan ni kenyang makan duit harammmmm
Quote leylapple 10-12-2014 02:03 PM
TuntungReturn posted on 10-12-2014 01:49 PM
klo pengsan jerit pelan2 kt telinga die marobukalol:lol..

wahahaha...

lucu.. i mejin dia akan terbungkas bangun..

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.222797 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top